Saturday, 11 March 2017

Trip ke Bali, Indonesia

It has been awhile since my last update in blog. Approximately 3 years for me to start the engine back. After settle down and finished my postgraduate studies, get married and being hired, now I feel comfortable to write something. Hai Hai Hai!

Rasanya kalau tak silap last entry pasal Gunung Rinjani. Kali ini aku nak kongsi itinerary sepanjang percutian ke Bali, Indonesia. Plan kali ni agak adhock sebab aku beli tiket dua bulan sebelum pergi tapi harga tiket masih ok la lagi lah. Persiapan nak pergi tu macam biasalah, boleh refer kat sini (yang ni korang refer yang bersesuaian untuk negara Asean la ye). Sebelum pergi, wajib buat itinerary sendiri sebab aku cuma amek khidmat supir iaitu tanpa pakej. Segala perancangan nak pergi explore tempat-tempat yang cantik  tu aku buat sendiri. Sebenarnya aku da aim mane tempat yang aku nak pergi. Kalau ambek pakej takut tak berpuas hati. Kirenya ni barulah macam half backpackers. hihi. Oleh kerana kedengaran backpackers, so perbelanjaan haruslah digunakan sejimat mungkin. Tapi tak lah backpacker sebab guna supir. Pening jugak nak bukak peta kat situ kang sesat pulak. haha

Bajet untuk supir adalah sebanyak IDR350.000 untuk satu hari dan kitorang dapat kereta Avanza. Bayaran kereta termasuk petrol, parking fee dan makanan untuk driver. tidak termasuk makan (tengahari dan malam) , entrance fee dan juga hotel. Aku menggunakan khidmat Pak Isme selama 2 hari setengah dengan total bayaran IDR950.000.

Day I (7 Januari 2017)

Perjalanan lebih kurang mengambil masa selama 3 jam. Kitorang sampai agak lambat sebab flight delay. Setibanya disana, Pak supir da siap-siap pampang nama aku. Jadi flow perjalanan sangat mudah dan lancar. Kalau ada yang tak booking supir lagi, jangan risau sebab banyak juga teksi-teksi yang akan offer korang. For smooth journey, better contact supir awal-awal sebab tak ada advance bayaran pun. Kitorang bayar full masa last day nak balik Malaysia tu. Setibanya di Ngurah Rai Airport, Kitorang terus check in kat Manggar Indonesia Hotel. Hotel ni dekat je dengan Airport iaitu sekitar kawasan Kuta dengan 10 minit perjalanan. Untuk nak jimat, korang leh amek B&B ataupun bed and breakfast. Pekerja hotel sangat welcoming, pastu masuk bilik terus tido sebab penat dan nak get ready untuk perjalanan esok. 


Day 2 (8 Januari 2017)

Matahari kat Bali ni naik awal, sudahnya subuh die pun awal tapi waktu Malaysia dan waktu Bali sama je, tak yah pening-pening. Style breakfast kat Bali ni bukan style buffet tau. Mungkin oleh kerana Bali dikenali dan sememangnya menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia, set sarapan ada beberapa set iaitu ada english breakfast, continental breakfast, local breakfast. Pilih la mana-mana yang korang suka. Disebabkan aku nak kenyang sampai tengahari dan tahan lama, aku amek local breakfast iaitu nasi goreng + local fruit + juice&coffee.

Manggar Indonesia Hotel

Aku da janji dengan supir untuk gerak seawal jam 9 pagi. Pagi-pagi tu kitorang pergi tengok pembuatan Batik. Secara amnnya, tak banyak beza hasil pembuatan batik kat Bali dengan kat Malaysia. Masuk kawasan batik ni percuma je. Lepas tu kitorang pergi Yan-Yan silver. Kat sini ditunjukkan bagaimana silver itu dihasilkan. memang seratus peratus adalah handmade. Terjuling-juling la mata aku nak tengok diorang buat bentuk-bentuk kecik sampai jadi product macam cincin, gelang dan rantai. masuk kat sini pun percuma sahaja. kemudian kitorang dibawa ke tempat canvas painting. Lukisan di Bali adalah sangat jelas motifnya iaitu tumbuh-tumbuhan dan kawasan-kawasan popular di Bali. Husband aku adalah terbeli jugak sebagai ole-ole Bali untuk feeling-feeling Bali masa balik Malaysia nanti haha.

Seterusnya, perjalanan diteruskan ke tempat yang aku aim iaitu Rice Teracce! Tengok gambar masa google je dah cantik, lagilah kalau tengok depan mata kan. Kat sini fees entrance yang dikenakan adalah sebanyak IDR10.000/person. Pada ketika ini, padi bukit tak la hijau sangat sebab diorang baru nak tanam balik padi tu. Orang kat bali tu bagitahu yang kawasan kat sini paling cantik dengan keindahan warna hijau dan nampak segar adalah pada sekitar bulan March. Tapi aku tengok pun da cukup cantik dan teruja. Dengan bayaran IDR10.000 tu korang boleh masuk dari mana-mana laluan pun. Oleh sebab aku tak cukup stamina nak naik turun kawasan padi bukit tu, aku stick pada satu kawasan. kalau korang nak naik lagi tinggi, ada lagi fees entrance yang dikenakan. Senang cakap, semakin tinggi korang naik, semakin banyak la kena bayar. Berapa jumlah entrancenye aku pun tak pasti. Kat rice terrace ni aku sempat duduk-duduk sambil menghayati pemandangan sekitar sambil minum air teh dingin dan makan local aiskrim.

Tea Dingin di Rice Terrace

Pemandangan dari restoran
mampu tengok ja, tak larat nak daki.hihi

overall view

Selesai di Rice Terrace, Kitorang meneruskan perjalanan ke Kintamani. Waktu pun dah tengahari perut pun dah lapar, apalagi makanlah! Untuk pengetahuan korang, penduduk Bali majoritinya adalah penganut Hindu. Oleh kerana itu, untuk korang mencari makanan yang halal adalah agak susah. Di kawasan Kintamani ni ada satu kedai makan buffet yang terpampang tulisan Halal. So , confident la sikit kalau nak makan. Restoran kat sini adalah style buffet dan harganya sebanyak IDR150.000/person , yang mana bagi aku harga nya adalah agak mahal berdasarkan dengan menu yang disediakan. So apalagi makanlah sampai kenyang, selagi belum kenyang jangan balik. hihi. Istimewanya disini adalah korang boleh makan sambil menikmati keindahan kawasan pergunungan iaitu kawasan Gunung Batur. Cuacanya juga agak sejuk dan nyaman. Kat sini juga ada musolla disediakan dan korang boleh solat jamak dan qasar untuk memudahkan perjalanan.

makan tengah hari di Kintamani

Pemandangan Gunung Batur


Perjalanan diteruskan ke tempat yang aku nak sangat pergi! Tapi sebelum tu kitorang singgah sebentar di kawasan tempat penghasilan kopi luwak. Disini kitorang diberitahu dan ditunjukkan bagaimana kopi luwak dihasilkan dari awal sampai akhir. teruja jugaklah sebab pertama kali tengok musang live depan mata. Selepas tu, kitorang disajikan dengan pelbagai produk teh dan kopi. Cuma aku tak rasa kopi luwak pun dan kos nak minum adalah IDR50.000/cup. Kitorang cuba yang percuma je. Well, kopi luwak sangat popular disini dan antara kopi yang termahal disini dengan kos pembelian sekitar IDR280.000/60gram. Kitorang adalah beli teh sikit suntuk ole-ole balik Malaysia nanti.

lokasi kopi luwak dihasilkan

pelbagai perisa teh untuk dicuba dan kesemuanya adalah percuma

minum kat atas pokok

Seterusnya kitorang pergi Tanah Lot! kalau korang pergi sekitar waktu petang, air laut dah pasang dan bolehlah korang nikmati deruan bunyi ombak. Untuk masuk ke kawsan ni sebanyak IDR60.000 dikenakan untuk seorang. Untuk pengetahuan korang, ritual sembahyang hindu bagi orang hindu di Bali adalah pada waktu pagi, tengahari (12pm) dan petang (6pm). kebanyakan kawasan tumpuan di Bali adalah kuil seperti kawasan Tanah Lot. Kitorang habiskan masa  lebih kurang 1 jam dan kitorang rasa tak cukup! hihi.. 

air pasang dikawasan Tanah Lot

ambik gambar sekejap
Kawasan sekitar di Tanah Lot

Seharian berjalan perut pun dah lapar. Kitorang makan malam kat tempat yang supir rekemen. Tempat halal tapi aku tak ingat pun nama die hihi. Selesai Makan kitorang check in di Bali Breeze Hotel. Hotel ni sangat best dengan harga yang sangat berpatutan. Aku sengaja pilih dekat kawasan Jimbaran sebab keesokkan harinya aku nak feeling-feeling romantik dinner dekat Jimbaran Beach! Kaki pun dah penat, badan pun dah letih, jom Tido esok nak jalan lagi!

Day 3 (9 Januari 2017)

Seperti biasa pagi tu kitorang breakfast kat hotel dan meneruskan perjalanan seawal jam 9 pagi. Nusa Dua adalah destinasi pertama untuk hari ke-3. Untuk pengetahuan korang, Nusa Dua adalah kawasan pantai yang popular dengan water sport. Cuma kat sini korang boleh bargain harga die. kalau nak dibandingkan harga water sport kat sini sama je dengan kat Malaysia, malah ada yang lebih mahal. Yelah kawasan pelancongan kan. Kitorang decide untuk ambil pakej boat tour dengan bayaran IDR700.000 untuk dua orang dengan lebih kurang 1 jam perjalanan. Untuk pakej ni, kitorang bagi makan ikan kat lautan tapi tak la dalam sangat. Aku rasa ikan-ikan dah kekenyangan sebab aku tabur roti ikan tak mahu timbul unuk makan. lol. kemudian perjalanan diteruskan ke kawasan Turtle island dengan bayaran sebanyak IDR10.000. Dekat sini korang akan diperkenalkan dengan Penyu lah! First time la jumpe turtle livee! Usia penyu kat sini ada yang mencecah sampai umur 75 Tahun, aku pun lagi muda hihi. Selain penyu ada jugak binatang lain yang korang boleh tengok macam burung helang, ular sawa, kelawar dan banyak lagi. 


Breakfast di Bali Breeze Hotel


Pemandangan pool 

cafe di Bali Breeze

boat tour di Nusa Dua


ular ni pasif je hihi

ok itu Iguana

The Turle

Jalan punya jalan punnya jalan, dah tengah hari dan perut pun dah lapar. Selesai makan, kitorang pergi Masjid Agung Ibnu Batutah, Bali. Masjidnya agak besar dan sangat selesa. Kemudian perjalan an diteruskan ke kawasan-kawasan pantai. Pantai yang kitorang sempat cover kat kawasan Bali ni adalah Pantai Pendawa dan Dreamland. Nak dikatakanlah, kawasan pantai kat Bali ni sangat cantik dan ombak nye boleh tahan besar bersesuaian dengan aktiviti surfing kat sini. 


Makan tengah hari

Masjid


sebelah tu ada gereja tapi tak nampak pulak 


Pantai Pendawa

waktu ni panas terik

Dreamland beach

Pantai ni menghadap ke lautan Hindi

walk by the beach

A selfie at Dreamland beach

ramai orang mandi tapi kami lalu lalang ja


Seterusnya kitorang ke Uluwatu Temple, di antara tempat yang tak kurang popularnya di Bali. Sebanyak IDR30.000 dikenakan untuk entrance fees. Korang kena pakai kain samada kat pinggang ke kepala ke, janji pakai. Kat sini korang kena hati-hati dengan topi dan cermin mata sebab kawasan sini monyet die nakal dn aggresive. Kalau hilang nasib lah hihi. Lama dan agak jauh jugak kalau nak jalan kaki dari hujung ke hujung. Kat Uluwatu Temple ni ada jugak Kechak dance, tapi kitorang tak masukkan dalam itinerary pun. Selesai di Uluwatu, kitorang pulang ke hotel semula berehat sebentar sebelum meneruskan perjalan untuk dinner romantik hihi.

Uluwatu

potrait di Uluwatu




Jarak antara Bali Breeze Hotel dan Restoran Jimbaran hanya 10 minit. Kitorang gerak dalam jam 6.45 petang. Makanan kat Jimbaran beach ni ada set ataupun ala-cart. Harga untuk ala-cart adalah serendah IDR400.000 dan harga untuk set adalah serendah IDR1.000.000. kitorang makan malam sambil menikmati suasana matahari terbenam "sunset" dengan didengarkan lagu "suci dalam debu" versi unplugged oleh kugiran tempatan. Untu makan malam tu, kitorang tak habis pun pastu siap bungkus. hihi. Dah kenyang pulang lah kami ke hotel untuk berehat.

Dinner di Jimbaran Beach

a lovely sunset view

lobster lah!

fullhouse already


time ni dah kenyang balik la kot hihi


Day 4 (10 Januari 2017)

Untuk hari terakhir di Bali, kitorang pergi tempat paling murah untuk membeli belah dan memborong barang ole-ole, iaitu di Krisna. Kat sini korang leh jumpe macam-macam dari makanan, baju-baju, kain-kain sarung, barang perhiasaan, fridge magnet, key chain, barang-barang mandian dan macam-macam lagi. dengan IDR 300.000 korang leh dapat banyak bende hihi. Selesai cuci mata ole-ole dan memborong, kitorang makan siang di Ayam Tulang Lunak Malioboro. Aku rasa ni lah satu-satunya tempat makan yang aku ingat. hihi. Masa pun da suntuk, kitorang meneruskan perjalanan ke Ngurah Rai Airport untuk meneruskan perjalanan pulang.

enak jugak rasanya hihi

the menu

Secara keseluruhannya, percutian ke Bali adalah menarik. Banyak juga tempat yang lawa yang tak sempat cover sebab cuti nya sedikit saja. Next time la kalau ada rezeki.  Cuma diingatkan agar korang tak pergi ketika waktu sambutan Hari Nyepi kerana, pada waktu ni tiada seorang pun akan keluar dari rumah selama 24 jam. Kalau korang pergi, rugilah satu hari tu. Rancanglah perjalanan korang baik-baik kalau nak pergi. Ok tu je nak kongsi, Bai!







Friday, 7 November 2014

XPDC Gunung Rinjani, Pulau Lombok , Indonesia

Gunung Rinjani aku datang!

23/10/2014

XPDC yang aku nak sangat pegi ni telah disertai seramai 11 orang yang mana majoritinya adalah ahli daripada Gunung Online. XPDC ini telah diterajui oleh Abang Ngai diikiuti dengan Abang Jenal, Bett, Adik Idan, Sham, Jimi, Arip, Pak Abu, Gate dan Haidar. Sebenarnya yang yg join xpdc pada mulanya agak meriah, tapi disebabkan faktor kerja dan keluarga, Eppot, Abang Peja, Sani dan Tojen terpaksa menarik diri secara paksa rela dan redha. kitorang bertolak daripada KLIA2 pada jam 8.40 pagi  waktu Malaysia dan dijangka tiba ke Lombok International Airport pada jam 11.45 pagi dengan menaiki AirAsia. Hanya syarikat penerbangan AirAsia yang menawarkan penerbangan ke Lombok. maksud aku tu dari airline Malaysia la. ada gak airline dari Negara lain tapi kos die agak mahal sikit. kalo korang pandai carik harga promo nice jugak. cariklah lah yang berbaloi-baloi keh. kalau kena pada masanya nak book tiket korang akan dapat tiket murahla. tapi kalo style backpacker pun boleh gak, lompat-lompat flight, kos lagi jimat, lagi boleh jalan merata cuma korang akan rasa penat sikit la. dah kate backpacker, kena la taff kan. lol

Setibanya di Airport Lombok, bende yang pertama kitorang buat adalah tukar duit bagi sapa-sapa yang tak sempat nak tukar duit tu. aku sempat gak gak beli simcard Indonesia "simPATI" nama die dengan harga IDR60,000.00 dengan data sebanyak 4.5G. bagi aku cukup sangat-sangat dah tu. pahtu kitorang meneruskan perjalanan ke Lesehan Nuansa Indah untuk makan  tengah hari. makanan kat situ agak sedap dan suasananya turut nyaman. Selesai makan tengahari, kitorang pun meneruskan perjalanan ke Pondok Indah Senaru Cottage and Restaurant yang mana perjalanannya lebih kurang 2jam.sepanjang perjalanan nak ke cottage tu , kitorang sempat disajikan dengan keindahan tepian pantai yang mana kitorang dapat tengok pemandangan sekitar kepulauan gili. sempat gak la berhenti tepi jalan semata nak ambik2 gambar.
 
ok, malam tu dapat taklimat daripada Madil selaku ketua guide untuk esok. setelah aku fikir banyak kali, aku rasa aku nak amek porter. dari kat Malaysia lagi aku dah fikir kebarangkalian yang mungkin berlaku. nak senang, aku leh cakap aku bukan tahap truly hiker. tak sempat nak naik mana2 G7 kat Malaysia pun, nak khatam lagila jauh sekali.  IDR80,000 untuk setiap 20kg dan aku adalah tong-tong jugak ngn orang. tapi kalo tak ada orang nak tong pun, aku dah sediakan bajet. Madil pun ada pesan,die rekemen amek porter tu sebab berdasarkan pengalaman die a few gak yang refuse and give up masa kat tengah-tengah jalan. Memandangkan aku tak pernah trekking kawasan savanna-like, tak salah kalau aku perlukan khidmat porter.
 
Mostly barang keperluan untuk hiking aku bawak dari Malaysia, kecuali sleeping mat. sleeping bag ngn sleeping mat kite leh sewa ngn guide sane. bayaran trekking Rinjani termasuk makan ngn khemah. kitorang amek pakej 4h3m lalu dari starting point Sembalun-Segara Anak-Senaru. malam tu jugak kemas barang-barang pe yang patut dikemas and aku bawak beg 20L untuk trekking esok.
 












 
 
 
24/10/2014
 
pukul 6.30 pg kitorang siap-siap untuk sarapan. sarapan pagi tu kitorang disajikan dengan Banana Pancake. wow, nama agak kelas, tapi hakikat Nye lempeng pisang je pun lol. first time rasa sedap, sebab mkan pun habis. selesai sume, kitorang naik lori secara berhimpit-himpit menuju ke pejabat pendaftaran bahagian perlindunagn hutan dan konservasi alam untuk wat pendaftaran. korang akan dapat tag dan mandatory untuk sangkut kat beg masing-masing. Dalam pukul 9 pagi kitorang mula mendaki. dah boleh Nampak psyco die dah. nun nun jauh disana puncak die. sebelom jalan, sapu sunblock macam orang letak icing kat kek. lagi tebal lagi bagus.lol. baru jalan sikit, aku da mula rasa panas dah, nak wat cane..pandai kan aku sebab aku pilih baju warna hitam kan. nasib la.. jauh disudut hati ada gak rasa nak patah balik. #iniserious bukan main-main. tapi kena jadi determine, jangan mudah give up! come on.. keep ur step because this is what you want! jalan punya jalan punya jalan sampaila aku kat post satu. aku tak ingat la pukul berapa sampai. jalan punya jalan punya jalan akhirnya sampai kat pos 2. sampai kat pos 2 pukul 12 tengahari. cuaca waktu tersangat la terik, panas, berdebu. waktu ni lah air sangat sangat mahal. hahhaa. Madil bagi masa rehat 2 jam. bunyi macam lama kan, cukupla la masa untuk diorang masak and untuk kitorang rehat jugak. kitorang disajikan dengan gado2, nasi, nenas sebagai pencuci mulut ngn air sprite. macam sedap je kan.  cukup 2 jam kitaorang teruskan perjalanan ke cp3 dan kemudian bermula-mula episode  sesal atau tak sesal. mana taknye, nama trek tu bukit penyesalan, nak tau macam mane, rasa la sendiri sebab tak tergambar macam mana rasa sesalnye. hahhaa. aku sampai campsite pelawangan sembalun jam 7 malam. dah pun malam, khemah da siap pasang. suhu yanag agak sejuk gile. pergh 6 lapis baju pun tak jamin kehangantan yang ada. LOL. malam tu mkan dinner nasi goreng ayam ngan teh o panas. time ni kalau dapat pegang bende panas memamg best gile! keindahan bintang malam tu tak tergambar dengan kata-kata. one word, AMAZING. lepas tu, aku sambung tido sebab esok pukul 2.30 pagi nak sambung trekking untuk ke summit.
 
























 
 
 
25/10/2014
 
sayup-sayup aku dengar orang kejut suh bangun. tdo bukannya lena sangat, so aku siap2 kan barang apa yang patut disiapkan. jangan lupa pakai gaiter, sbb trek nak ke summit berbatu dan berpasir. kalo tak de, jenuh jugak nak keluarkan batu and pasir dalam kasut tu nanti. dengan keadaan yang sejuk aku meneruskan perjalanan yang mana aku dipahamkan perjalanan ke puncak akan mengambil masa selama 3 jam. hurm dah bajet nak tengok sunrise. aleh2 amek kau. pewai tahap tak boleh nak kata. dipendekkan cerita, setiap kali kau melangkah, pasti akan ada step yang korang turun balik. daripada 5 langkah turun 3 langkah. kalo salah step lagi la.. rasa macam tak naik langsung. inilah cabaran Rinjani ni. aku agak bertuah la sebab dapat guide macam Win, encourage aku nak sampai puncak. perasaan determined tu kadang-kadang cukup. tapi bila dihantui bisikan give up, sampai satu masa korang akan tumbang. Cikgu cakap, jalan slow-slow sebab mesti akan sampai punya. aku sebebarnya ada gak rasa give up ngn sempat wat cut off time ngan Win untuk descend! jalan punye jalan punye jalan, sampailah kat route yang paling mencabar. Win cakap nak naik 1 jam untuk 200 meter tu. tapi aku naik 2 jam kot. kat situ memang mencabar giler. aku tanak tulis panjang-panjang, sebab tak terkata-kata. dan akhirnya penat lelah saikologi aku terbalas dengan papan tanda Puncak Rinjani. yeay! dah sampai puncak amek gambar victory moment! rehat beberapa minit pahtu turun dari Puncak ke campsite Sembalun. untuk naik aku amek masa 7 jam setengah, bila turun aku amek masa 2 jam.  korang bayangkan macam mana nak bermain dengan saikologi waktu tu. 
 
 
bila sampai campsite kitorang makan banana pancake lagi.. rasa die separuh sedap dah. lol. penat kot. rehat dalam 2 jam, kitorang teruskan perjalanan ke Campsite Danau Segara Anak yang mana akan amek masa 3 jam untuk sampai. Perjalanan die menurun, ada gak kena ascend tapi tak ada la hardcore. kitorang sampai tepat jam 5 petang. Mashallah subhanallah. Sungguh nyaman sekali pemandangan itu. dari bawah ku lihat puncak Rinjani yang aku daki semalam. mak ai, tinggi gile! terima jela hakikat kan.hahhaa... kat danau segara anak ni, air tasik die korang tak leh minum sebab tinggi dengan sulfur dan memudaratkan kesihatan, tapi kalo nk mandi ok. kalau nak mandi atau nak amek air untuk masak, ada kawasan punca air yang tertentu. wow, air panasssss.... sape nak mandi boleh mandi, sape tak nak mandi takde sape halang. hahahhaa.. nak ke water point agak jauh dan perjalanan die naik dan turun. kalau dah mandi, nak patah balik ke campsite kalau korang berpeluh balik tak pelik la..hahhaha..Oleh kerana, last makam kitorang pukul 1, tu pun makan pancake, perut kitorang adalah sangat-sangat lapar! malam tu guide masak nasi dengan lauk kari. lauk kari die macam kuah lodeh. oleh kerana lapar semua pun sedap , semua pun habis!!! lepas makan, borak-borak pahtu tdo. oleh kerana untuk ke segara anak kite dah descend dari pelawangan Sembalun, nak keluar dari tempat tu kitorang kena ascend canak balik. saiko yang bermain difikiran aku. penat summit attempt tak habis lagi kan.hahhaa.tengokjela besok macam mane.
 























 






 
 
26/10/2014
 
Bangun pagi sembahyang subuh, kitorang disajikan dengan keindahan sunrise live from Segara Anak. sangat-sangat cantik, tak nak cite lebih korang pergilah sendiri. hari ketiga, kitorang disajikan dengan banana pancake lagi. hurm.. aku da rindu nasi lemak ngan roti canai. sedapnyeeeee... hahhaa. makan jela, kalau tak lapar nanti. guide cakap, kitorang akan amek early lunch; makan spageti ngn air coke yeay! kali ni aku makan licin, sedap, lapar?? semuanya! hahha. tepat jam 10 pagi, kitorang teruskan perjalanan ke campsite palawangan senaru. trek ascend nak ke permatang amatlah meruntun jiwa. tapi pemandangan die sangat -sangat lawa. asek kate lawa je kan. tapi memang seriously lawa. sewaktu perjalanan ke campsite pelawangan Senaru, kitorang decide untuk keluar dari trek pada malm tu jugak. setelah mencapai kata sepakat, trekking selama 4 hari 3 malam telah dipendekkan menjadi 3 hari 2 malam. aku pun tak sabar nak mandi, tak sabar nak tdo atas katil, tak sabar nak membuang jat tempat yang ada flush. lol. masing-masing dengan azam masing menuju ke kegarisan terakhir dengan kadar yang segera. trek dari kawasan permatang ke pintu Senaru adalah menurun. nak turun pun kena hati-hati, kawasan curam, kawasan berdebu kalau jatuh memang pedih. pada jam 8 malam, akhirnya kitorang Berjaya sampai di pintu keluat Senaru. perasaan die hanya tuhan yang tahu. wow! malam tu jugak balik cottage yang sama. malam tu kitorang dinner, borak-borak pastu tdo!
 











































 
 
27/10/2014
 
Pagi ni korang leh teka kitorang sarapan apa. time ni aku dah keuarkan paket milo sendiri dah rindu nak mkan sarapan ala-ala Malaysia konon! hahaa.. tak lain tak bukan banana pancake dihati laaaa...hahhaa. sepatutnya harini adalah hari kitorang keluar dari hutan, disebab kan awal sehari, ada  yang plan pergi Gili Island dan ada yang plan nak stay kat Mataram. Aku dan beberapa kawan yang lain, stay kat Mataram sebab flight kitorang esok tengahhari. oleh kerana tak rush kitorang just stay and having a good and relax day kat Lombok raya Hotel. very nice hotel! malam tu kitorang makan kat kawasan yang berhampiran dengan kos IDR400,000. terima kasih sebab sudi belanja! yeay! jasamu dikenang!
 
28/10/2014 
 
sampailah hari yang dinanti! Malaysia Im coming home! tell the world Im coming home! pengalaman mendaki ke Gunug Rinjani adalah satu pengalaman yang amat unik, memorable, adventure and the most your determination value in life. you have your own way to feel happy. there is no wrong and no right because it is very subjective. kalau korang Tanya samada aku nak repeat ke x? jawapan die masih lagi dipikirin... hahhaa..
 
ok tu je nak cite.. k bye!