Friday, 22 November 2013

Deejavu di Kinabalu Part I : New Zealand, Malaysia

 
Assalamualaikum bloggers!
Arini rasa malas buat kerja sekolah, tapi rajin pulak update blog ye! Hahaa.. Entri kali ni sepatutnya aku tulih sebelum pegi sini. Tapi disebabkan keterujaan melampau, tertinggal episode yang tidak kurang bestnye! Al kisah bermula macam ni. Ok sediakan hot coklat ke, milo panas sekali ngn biskut pun bole. Punye semangat nak nek flight dari Kuala Lumpur, aleh2 flight delay. Duduk la kat situ termenung sambil update status kat FB. Ceceh drama sebelom take off kot. muka masing-masing hampa, sebab sebelom tu kitorang lambat loading barang, lantas termengah-mengah nak check in untuk boarding. penat je termengah-mengah, rupa-rupanya delay.haha. Kitorang pergi berempat untuk xpdc menakluk puncak Gunung Kinabalu. gila tak takut, risau tak sampai puncak je sebernarnye sampailah tak lalu makan sedap-sedap lepas raya masa tu. Mana tak nya, minggu terakhir syawal orang sibuk beraya lagi, aku dah lari pergi kejar puncak gunung. Aku demam 2 minggu berturut semenjak hari raya pertama. Mana tak risau, takut-takut tak jadi jerk. Dah la kasut raya tahun ni tak ada,sebab aku mintak kasut raya Salomon. Hahhaa.. penangan hiking punye pasal, sanggup berkorban? Hahhaa boleh la boleh la…bagi can keh.
Setelah lebih kurang 2 jam lebih dalam kapal terbang yang mana aku tidur je, maka sampai la kami di Kota Kinabalu, Sabah. Pahtu kitorang naik kereta pergi ke hotel bajet. Hahaa.backparker kan, tok sah la demand-demand ok! XPDC ni telah diketuai oleh Hafiq dan beliau telah menjalankan tugas ketua dengan baik. Hahhaaa… daripada booking membooking dan urusan transportation. Pada malam tu kitorang bermalam kat Sensi Hotel. ni hotel backpacker, so what do you expect? haha. bagi aku, tempat ni selesa. boleh request kalo nak bilik yang tak campur lelaki dan perempuan, shared bathroom, breakfast provided ( korang boleh guna pantry die, tapi die xadalah nak sediakan makanan panas-panas, sume selfservice). kalo korang rasa nak makan goreng-goreng, kat bawah hotel tu ada je kedai makan. senang kata, tempat ni agak strategik la. kalau terlupa bawak berus gigi, kat depan Sensi Hotel ni ada guardian.haha.
tak payah nak jet leg sangat sebab beza waktu semenanjung dengan Sabah cuma satu jam je. hikhik..jangan sampai terlepas sembahyang subuh sudahla kan. Pagi Khamis tu, kitorang adalah jugak jalan-jalan sekitar kawasan KK sambil carik barang. kitorang terus bergerak ke kawasan Kinabalu Park dan check in di Dvillalodge. ok suhu kat sini da sejuk dah. bilik kat sini takde kipas, malam tu baru tahu sejuk ke tak sejuk. petang tu kitorang rehat-rehat je sambil siapkan barang apa yang patut kena ada nak bawak pergi mendaki. kat Dvillalodge ni, ada jugak café. mana lah tahu korang lapar, tak yah carik tempat jauh jauh nak makan. kat sini ada free Wifi, breakfast provided. ahhaaa...breakfast kat sini style omputih gitu...sedap, not bad la.
pada keesokkan harinya, barulah aku dan bersama yang lain pergi menjelajah apa yang ada kat Kundasanag ni. cita-cita teringin sangat nak pergi NewZealand, tapi manalah ambe mampu nak pergi sane. pergi ala-ala NewZealand pun boleh bah, ada je kat Sabah ni ha! tapi sebelom tu aku dan yang lain pergi Poring, Air Panas.ha sempat bawak baju spare tau, kot kot tetiba nak pergi mandi kan. Sampai je kat sana, kitorang naik canopy walk.fiuhhh mengah dah, cemana nak naik Kinabalu esok ni.hahhaaa.. itu sume mental belaka!! ok je tengok ape yang ada kat gambar bawah ni.

 
 
sapa yang amek gambar  jadi lagu ni..hahaa....

merah mak ngah walaupun kabur
 
muka hampa flight delay
 
yang ni sikit lagi nak nanges.hihi
 
Sensi Hotel tu ada kat atas Azlina Sulawesi. Don't judge book by its cover. kat Sensi tu ok je..

yang ni kat Dvillalodge. rasa ala-ala kat kampong gitew. yang penting selesa. kat sini ada Tv gak walaupun jaundice.hik3

sekitar kawasan di Dvillalodge
 
macam sedap je.yang tu bukan tong cat tau, tu cawan ok.
 
sejuk sejuk
 
yea. Hot Spring, Poring kami terjah
 
jangan main mercun?

canopy walk!
 
sorang bawak handbag, sorang bawak beg g pasar, sorang lagi baru betul.ish2

canopy walk!

1,2, 3 they didn't say cheese..ughh!
 
me on Canopy walk
 
sepanjang perjalanan nak pergi air terjun
 
 

the waterfall
 
sejuk sangat air die

Kipungit place!
 
tak jadi mandi, rendam kaki pun best
 
we reached this place!

kenkonon baca peta, walhal nak balik dah.haha

the tugu?haha
 
Sebenarnya kitorang tak plan pun nak tengok bunga terbesar kat dunia ni. aleh-aleh Nampak ada tulisan "Open Now Raflessia Blooming" untuk hari yang pertama. bertuah ke kitorang sebab dapat tengok bunga yang kembang empat tahun sekali ni?hahaa. dah alang-alang sampai jom la, so, kitorang pun pergi tengok. Ingatkan kat makcik tu cakap RM 20 untuk empat orang, mak aih rupa-rupanya RM20 seorang. senyum jela, sampai tak berkata-kata. bila jalan jauh sikit dari mak cik tu, barula ada kekuatan nak pok pek pok pek.hahhaa... tapi inilah pengalaman pertama aku tgok Raflessia secara LIVE beb!
 

RM 20 untuk itu
 
muka dah agak terima kenyataan lepas dah dapat tengok bunga rafflesia secara live untuk pertama kalinya

 

on the way nak pergi tgok bunga tu..ada guide tuu

tadaaaa..ni la bunga die tu haaa

kena sayang lebih sebab mahal walau artificial sekalipun hahaaa

the GONG

Lepas berpuas hati tengok Raflesia, ayuh kite ke "NEW ZEALAND" Malaysia!!!! nak sangat pergi tempat ni sebab cantik. selalu tengok kat TV, magazine, Instagram je. kali ni,  its for REAL! teruja laaaa

 

Alhamdulillah cuaca baik pada waktu tu

callalily, the flower I love the most. suka sangat!

cantik awan, cantik rumputnya jua

my fevered picture!

NEW ZEALAND sangat!

owh kambing, lapar eh

semangat Ajim bagi minum susu eh

I love to be here

penunjuk arah

the sibling

good to have nice weather

NZ, only in Malaysia

semangat nak tengok lembu kena perah susu

fresh milk

 

NZ!

amboi, muka baju kuning tu

tak pernah menyesal untuk sampai kesini walau sesaat pun, sebab die besttttt



ok tu je perjalan kitorang sebelom memulakan XPDC Gunung Kinabalu keesokan harinya.

thank for reading bye!










 

Euro Trip Diary Part II : London

hello blogger!

ok dah tiba masanya aku sambung perceritaan aku yang lalu.bajet busy kenkonon la kan. untuk entri kali ni, aku sambung macam mana perjalanan aku kat London tu. flight aku malam tu dari Kuala Lumpur adalah pada pukul 11.40 malam waktu Malaysia. aku naik MAS direct ke Charles De Gaulle Airport  yang mana perjalan akan mengambil 12 jam. pergh lama gile kan. flight MH 20 akan sampai Paris lebih kurang kol 12 tengah hari gitu. tak reti la nak kira ngan bajet masa sebab kan dah merentasi masa. hahaha. memandangkan aku naik kelas ekonomi, agak kebas la la jugak urat-urat saraf aku ni. pasal makan aku tak ragu langsung sebab Malaysia Airline kannn... lepas dua jam naik flight akan dapat makan. Pas makan tido, celik..eh belom sampai, tdo lagi. last2 sampai bosan tatau nak wat ape, aku tengok sume movie yang ada kat dalam flight. waktu tu keterujaan tu masih tak ada lagi. aku anggap macam pergi Terengganu. yela mana tak nye sehari sebelom fly g Paris aku baru balik dari Terengganu naik flight gitew.hahah. Dan setelah berdrama bosan selama 12 jam kat dalam flight, akhirnya sampai la di bumi Paris. aku tak pernah bermimpi nak sampai Paris. yela dulu suh belajar, aku main je tido dalam kelas.

setibanya di bumi Europe ni, perasaan takut teruja gembira tu semua bercampur baur. yela ni bukan pergi holiday yang ada travel agent ok! ni ala-ala backpacker bidang terjun. ok senang je kita wat muka confident, kalo tak tau Tanya je. kat sane aku tak cakap omputih pun, seronok gila cakap melayu, sebab tak ada sapa paham. sesuka hati la nak cakap ape, yang penting muka senyum.hahhaa.. mengikut plan asal, setibanya aku kat Paris, aku ngn kawan aku akan naik bas pergi London. naik bas la jimat sikit, kata ala-ala backpacker kan. oh lupa nak mention backpack yang aku pikul tu berat die 14kg. gila! macam nak mati aku rasa. Tapi semangat dan keterujaan mengatasi segalanya.wah gitu kau kan. hahaa...

kitorang naik bas Euroline, tempat bas tu macam agak tersorok sikit, bukan main terminal, persinggahan jee. disebabkan tula aku rasa macam tak konfiden je dengan tempat tu. So, aku Tanya minah Paris kat information kaunter tu banyak kali. cakap omputih lah kite, mana la ambe reti kecek Peris ni. aku sempat belajar sampai Bonjour je..hahhaaa..ok tu tak lawak. aku bawak kamus elektronik France okeyh. nak online takboleh la kan, sebab mahal. wireless airport boleh guna 15 minit jerk.hmmm.. Bas kitorang pukul 10 malam. sepanjang dari pukul 12 tengahari sampai pukul 10 malam tu kitorang duk melegar-legar kat airport tanpa arah tujuan. baru 1o jam, ada yang transit 48 jam, ha .. yang tu lagi mati kutu. gile banyak adegan kat CDG airport tu, dari yang gila (tapi tak kacau orang cuma saiko orang), pastu ada tentera yang bawak senapang , ada anak negro admire kat kitorang.hahhaaa...itu sume experience, mahal tu nak dapat. sejuk dibumi Eropahtak sama sejuk kat bumi Malaysia. aku pakai baju 5 helai pun tak cukup, itu sume dah tebal-tebal tu. aish Nampak sangat kejutan cuaca kat situ. ao nak wat guane, aku hanya orang kampong je.heheeee

yeay! 10.30 malam! eh eh eh jumpa orang Malaysia! apalagi jangan la sombong. hikhik. perjalanan ke London akan mengambil masa lebih kurang 8 jam. pergh lama lan kan kan sempat transit naik feri gitew. saat masuk London adalah waktu yang paling takut, aku tak buat salah pun, wat pe nak takut kan. hahaaa..biasa la first timer.. gugup la nak cakap omputih ni. lepas setel emigresen, maka tiba lah kitorang kat Victoria Station London! Wow aku dah sampai London.. dok caya ambe bule sampai London.hahaa...sampai je sane aku letak backpack aku yang berat tu kat tempat simpan luggage dengan bayaran 20 pound kot. tak ingat la sebab kitorang letak sekali 3 orang kan. London wait for us!

Tempat pertama yang kitorang visit adalah House of Parliament, Westmeinster Abbey. oh lupa nak mention, kitorang naik train je sepanjang bergerak kesana dan kemari. sangat efficient public transport die. tadaaaaaaaaaaaaaaa... tak habis-habis bergambar. banyak lagi tempat yang kitorang pergi, so biarlah gambar yang menceritakan segalanya..hikhikhik..

orang Malaysia dan barang-barang baru sampai CDG airport

terminal 2, tempat tunggu bas

shuttle train dari main Terminal 1 CDG airport ke Terminal II

eh orang Malaysia ke??

oversea sangatttt

CDGVAL aka Terminal III kalo nak pergi Paris

epic place for us!

budak ni admire gile dengan dslr aku,ngn smart phone farah. pegang macam die punye

bas nak pergi Disney LAND!!!!

sejuk wehhhh

gemuk semacam, bukan pe, baju berlapis lapis tu.hahaaa

Time ni teruja sangat sangat. naik feriii

sejuk yang dicover, walhal meroyan aku menggigil



its LONDON bebeh!

tak pernah bermimpi aku nak sampai siniiiiii

well,hello London!

aku ingat dapat tengok eye of Malaysia pun jadi la, sekali aku tengok eye of London dulu...

the embankment of London

kawasan sekitar embankment

pergh baru beberapa hari hibernate, dah jadi gemok.hahhaa

the public transport

bajet pro ke?

orang kampong sampai London

National gallery

china town

kat sini pun boleeee

Hyde park!

hyde park jugeee

pun kat hyde park jugak

tunggu bas lah kite

naik doubledecker

London Victoria station!







Buckingham palace, London

England


rasa macam pokok tu hidup

tower of London

sejuk tahap maharajalela!

shopping center! Harrods!

oh London!


ok itulah cerita aku dan member member aku menerjah bumi London. nantikan Euro Trip part III menjejaki France... tungguuuuu.....