Monday, 9 September 2013

dejavu di Kinabalu Part II

assalamualaikum bloggers!

setelah sekian lamanya meninggalkan dunia alam maya, akhirnya aku kembali jua. ahha! straight to the main point! pada 31 Ogos 2013 bersamaan dengan hari Sabtu, aku bersama rakan xpdc telah memulakan pendakian untuk menakluk puncak Gunung Kinabalu. Tapi sebelum tu, jom kite rewind balik apa yang telah berlaku dan apa sepatutnye kite buat sebelum datangnya hari yang dinanti ni.

pernah tengok cerita "dejavu di Kinabalu " by Aqasha and Tiz zaqyah? masa episode pertama cerita tu ditayangkan kat TV aku tak berapa minat sangat nak nengok. tapi bila dah terjebak satu episode, hambik kau! kan mana-mana lah tab-ing tonton.com tu. tak boleh miss episode ok! situasi ni sama dengan cerita "cinta jangan pergi", sampai ke Eiffel Tower tu! Memandangkan Kinabalu hanya di Malaysia, why not aku pergi realisasikan impian seterusnya di puncak Kinabalu! yeay! need to manage and organize another trip!

So, what suppose I need to do?

1) obviously I have to increase my stamina level. how? we go to the easiest way. JOGGING. at least 2km, lagi jauh lagi bagus. lagi bagus kalau lagi laju, dan lagi bagus kalau increase "incline" tu.

2)Diet dan jaga makan. aku ni bukan ringan sangat pun. apa salahnya ringankan berat badan. dan tiba-tiba rasa menyesal sebab makan coklat banyak sangat.

3)Training.  mula-mula latih kuatkan otot kaki. paling simple buat la lunges and squat exercise, jumping squat, leg press, cross training. kalau cross training amek la incline and level resistant paling tinggi ok! ataupun korang boleh training je naik turun tangga, kalau nak pergi batu caves pun bole. kalau rasa-rasa kaki dah kuat, korang boleh training outdoor pulak. Biasanya, orang yang nak daki kinabalu akan training daki Gunung Nuang, Gunung Datuk dan Gunung Angsi. Bukit Tabur pun boleh jugak.

4) Shopping! pergi Kinabalu bukan hiking macam gunung biasa. Kinabalau ada special attire sikit. kenkonon pergi oversea time winter. so korang boleh ada alasan yang bagus untuk masuk universal traveler ke winter time ke. haha! well, suhu kat peak of Kinabalu can reach into 0 degree. Be prepared! Tapi nak shopping ape kan? setelah aku google tiap-tiap malam, inilah hasil pencarian aku tuh. harus diingatkan yang ni untuk extra gear tahan sejuk, kelengkapan yang lain adalah kelengkapan standard untuk hiking:

4.1) Jacket - jacket ni ala-ala winter jacket gitew. cariklah yang tahan lasak dan kalis air.
kalau korang ada bajet lebih, boleh la dapatkan barang-barang outdoor kat The North Face, Columbia, Salomon etc etc. Tapi aku beli kat Universal traveler. ok je..

4.2) thermal wear- yg ni aku beli kat Universal traveler gak. aku suka baju ni, set dengan seluar sekali.

4.3) Glove- korang boleh carik yg brand outdoor/ski. pakai yang sarung tangan kebun pun boleh. cariklah yang tahan lasak, sebab korang kena panjat gunung curam lebih kurang 300 meter.

4.4) Kasut- carik kasut yang bersesuaian. kalo boleh yang boleh grip dengan kuat dan tak mudah tergelincir. kasut adidas kampong pun boleh, guide guna yang tu je.

4.5) stoking- kalau boleh carik stoking yang tebal sikit. aritu aku beli stoking Columbia yang ada special design. seriously selesa dan puas hati, tapi aku masih pakai dua lapis sebab sejuk sangat.

4.6)Balaclava- yang ni option, tapi highly recommended to have this. baki perjalanan 1.7km ke Low's peak amat mencabar. dengan keadaan yang sangat sejuk dan angin yang sangat kuat, tanpa disedari ada bendalir yang keluar dari hidung, kalau tak prevent muka, jenuh la asyik lap air hidung tu.. sampai satu tahap akan jadi pedih dan luka. so, the best prevention is to keep your mouth and nose using the balaclava.

4.7) hiking pole/walking stick- amat digalakkan untuk korang bawak hiking pole. sebab ape? sebab kalo penat sangat hiking pole pun boleh digunakan untuk ringankan beban badan tu. masa tu aku last minute carik pole, lagi sehari nak pergi hambek kau malam tu baru nak carik. pusing pusing kat OU akhirnye jumpe la pole die. harga pole adalah serendah RM40 (ni yang aku jumpe laa).

5) persediaan mental- ada yang beranggapan naik kinabalu ni mudah, dan ada juga yang susah. Tapi semuanya bergantung pada individu. Guide aku quote " biarlah patah kaki, jangan patah semangat". Jangan pandang rendah terhadap orang lain, dan jangan buat sesuatu yang tak patut kat dlam hutan ok!
kalau naik mahaupun turun gunung tu, saling tegur menegur dan bagi semangat, tak salah pun. kalau penat sangat, sekadar senyum pun da cukup :)

kat sini aku catit serba sedikit keperluan standard hiking yang perlu ada termasuk checklist boarding:

1) I/C atau passport
2)Boarding pass
3)booking confirmation ( hotel etc etc)
4)backpack with rain cover
5)sweater / winter jacket
6)Glove
7)socks (at least two)
8) track bottom (recommended dry fit- 2 pasang)
9)Shirt (recommended dry fit- 2 pasang)
10) Kasut/sandal
11)baju hujan/pocho/payung
12)botol air/ water bladder
13)torch light/headlamp + extra bateri
14) camera/gopro + beg kalis air
15) plastic baju kotor
16) energy food
17) basic medicine (panadol/pain killer/sallonplus/vicks etc)
18)disposable innerwear (optional)
19) thermal innerwear
20) knee guard/ankle guard
21) walking stick/hiking pole
22) toiletries
23) wet tissue
24) balaclava/head cap


Maka bermulalah xpdc kami!

peserta : Hakimah Hashim, Hafiq Hashim, Hazeem Hashim, Hidayah Ishak
Guide: Akmal

31 Ogos 2013
jam 7.00 pagi

kami berempat bersarapan di Villa Lodge ( terletak kira-kira 500 meter dari Kinabalu Park). Kemudian kami mendapatkan permit, guide dan bungkusan makanan di Kinabalu Park. Permit adalah wajib bagi membolehkan korang meneruskan pendakian. kalau tak bawak permit alamatnye berputih mata la korang, menangis air mata darah pun tak guna, ranger tak akan layan. So, sangkut kat kepala 24 jam ok permit tu. Guide adalah wajib dengan bayaran rm150 untuk 4 orang. sesiapa yang memerlukan bantuan porter bolehlah menyediakan ongkos sebanyak RM 80/10kg.

jam 9.20 pagi
 kami tiba di gate Timpohon (starting point) dari Kinabalu park HQ dengan menaiki van lebih kurang 0.5km. Sewaktu di  gate Timpohon, kami diberi sedikit briefing oleh guide dan kami dikehendaki untuk menunjukkan tag nama (permit) sebelum memulakan pendakian.Lets go!! pada jam 12.10 kami meneruskan perjalanan daripada Layang-layang staff Quaters (KM4.5) menuju ke laban rata. kalau korang dah jumpa empat pondok (Ubah, Lowii Mempening dan Villosa shelther) sepanjang pendakian, maknanya korang da dekat dengan Laban Rata ok! don't give up! teruskan pendakian.

jam 2.30 petang.
yeay! kami tiba di laban rata rest house setelah banyak adegan drama masing-masing.hihi. makanan disediakan seawal jam 4.30 petang, sebelum tu sempatla kitorang mandi, solat dan amek-amek gambar yang patut. kat rest house ni ada air sejuk , hot shower tak available. sejuk die mak ai.... rasa kalau tak mandi pun tak apa..hahhaaa...makanan yang disediakan pun boleh tahan la sedap. sedap atau lapar? korang nak tau? korang naik la!! seawal jam 7 malam, kitorang da bersiap-sedia untuk tido! mak ai..awal gile kan...bukan ape, untuk rehat kan badan dan persediaan esok pagi. waktu nak tido tu da boleh pakai pakaian untuk hiking esok pagi ok! dan disarankan agar telan sebiji atau dua biji panadol.

1 September 2013
jam 1.00 pagi
aku dikejutkan alarm? no I'm not!tak boleh tido ok! aku rasa takut sebenarnya.haha! ok la..just take a deep breath and rilex.cool je... macam biasa, aku kalau hiking ni tak berapa lalu nak makan.tapi jangan tak makan because u need the energy! tepat jam 2.30 pagi kami memulakan pendakian. alhamdullillah cuaca sangat baik pada pagi itu dengan ditemani cahaya bintang dan bulan dilangit. seriously lawa sangat sangat! kami dikehendaki untuk sampai di Sayat-sayat Hut sebelum pukul 5.00 pagi bagi membolehkan kami untuk meneruskan perjalanan ke puncak.


jam 4.10 pagi
Kami tiba di sayat-sayat hut, permit hendaklah dipamerkan kepada ranger yang bertugas. baki perjalanan 1.7km terakhir sebelum tiba di Low's Peak sangat mencabar! Dengan keadaan yang sangat gelap, cuaca sejuk dan angin yang kuat, hanya semangat yang menjadi peneman ok! masa tu hidung aku dah meleleh dah, nak lap seriously pedih..so aku biarkan je, tutup guna balaclava je la.. mata dah berair, aku rasa nak nangis.tabek sangat-sangat kat pendaki Everest, ni baru Kinabalu JE. hahaa..pada waktu tu, solusi aku untuk terus bertahan adalah dengan berjalan setiap 20 langkah dan berhenti. Korang bolehla menyanyi lagu kegemaran masa naik tu tak pun baca-baca yang patut. Waktu tu kamera DSLR hanya mampu duduk dalam beg je, tak larat la hamba nak keluarkannya. nak keluarkan botol air pun sudahnya botol air tu berguling-guling atas gunung tu....haishhh....perjalanan masih diteruskan.

jam 6.15 pagi
Hampir sampai Low's Peak! sikit lagi sikit lagi sikit lagiiiiiiii...................................... Yeah! we did it mom! Finally!!!! tapi jenuh gak nak tunggu turn bergambar kat mercu tanda die. Jangan gaduh-gaduh, ikut turn ok! memandangkan 1 September masih dalam bulan Syawal, tak salah rasanya ambe nak berhari raya atas gunung. Orang lain dok sibuk g open house, kite berkebaya kat puncak Kinabalu la!  :) ramai yang Tanya, aku pakai kebaya masa hiking ke? idok le yop! kalau tak habis rabak-rabak baju tuuhhh. aik macam mane tukar baju? ada bilik tukar baju ke? hahaaa...mustahil la adaaaa.. tahan jela sejuk tu....hanya bertemankan sehelai baju thermal wear je! nak sarung kain pun terjatuh..oopps!


jam 9.15 pagi
kami tiba di laban rata rest house untuk bersarapan dan bersiap untuk check out dan pulang. Tepat jam 2.00 petang kami berjaya turun ke Gate Timpohon semula dan sempat makan tengah hari di Kinabalu Park HQ.

jam 11.30 malam
selamat tiba di Kuala Lumpur!

mendaki Gunung Kinabalu adalah pengalaman yang sangat istimewa. mungkin ada yang kata tak ingin menjejakakan kaki semula ke puncak kinabalu? mungkin ada yang ingin kembali? tepuk dada Tanyalah selera.

makan malam terakhir sebelom xpdc....

pandai makan budak ni

view kinabalu peak from HQ

inilah tangga yang seriau tu...

ada lagi lebih kurang 6 lebih km...

the climber

nenek mane ni?

jalan macam tangga lagii

meriah sikit kat sini

sikit lagi sikit lagiiii

sempat berdrama apa yang patut.keh2

KM 5.....come on bebeh

sempat bergambar

drama ape lagi ni?

Add caption

macam gembira jeeeeee

nice route

jalan luas ada, jalan sempit yang ambe pilih

santai sikit



KM 5.5


sempat lagi tih...macam tak penat kan..walhalllll


yeay da nak sampat laban rata

ececeh..sampai tertutup mata gembira sangat

the best picture ever!

can you read?

nak turun dahhhhhh...


the best-est picture too!

yeay guide tolong



turun anak tangga pulok doh






kat sini boleh berlari-lari

labat rata! I like this pic! tq camera man!


dalam cite Dejavu dikinabalu, ada gak adegan buat kat sini..kih3

ajim sedaya upaya naikkan bendera Malasia sempena Merdeka 31 0gos. tapi macam fail je sebab bendera terbalik.haha

akhirnya, berkebaya! misi tercapai


yeay! we reach the peak!

no word! just smiling!

view from laban rata rest house

from balcony of laban rata rest house

we did the jump!

the signage

finally!

this is our moment!
 
 
sudikah anda datang lagi?
 
 
we are successful climbers with colorful certificate! yeay!


1 comment:

Unknown said...

hai kt satu xpdc pada masa tu ehehe