23/10/2014
XPDC yang aku nak sangat pegi ni telah disertai seramai 11 orang yang mana majoritinya adalah ahli daripada Gunung Online. XPDC ini telah diterajui oleh Abang Ngai diikiuti dengan Abang Jenal, Bett, Adik Idan, Sham, Jimi, Arip, Pak Abu, Gate dan Haidar. Sebenarnya yang yg join xpdc pada mulanya agak meriah, tapi disebabkan faktor kerja dan keluarga, Eppot, Abang Peja, Sani dan Tojen terpaksa menarik diri secara paksa rela dan redha. kitorang bertolak daripada KLIA2 pada jam 8.40 pagi waktu Malaysia dan dijangka tiba ke Lombok International Airport pada jam 11.45 pagi dengan menaiki AirAsia. Hanya syarikat penerbangan AirAsia yang menawarkan penerbangan ke Lombok. maksud aku tu dari airline Malaysia la. ada gak airline dari Negara lain tapi kos die agak mahal sikit. kalo korang pandai carik harga promo nice jugak. cariklah lah yang berbaloi-baloi keh. kalau kena pada masanya nak book tiket korang akan dapat tiket murahla. tapi kalo style backpacker pun boleh gak, lompat-lompat flight, kos lagi jimat, lagi boleh jalan merata cuma korang akan rasa penat sikit la. dah kate backpacker, kena la taff kan. lol
Setibanya di Airport Lombok, bende yang pertama kitorang buat adalah tukar duit bagi sapa-sapa yang tak sempat nak tukar duit tu. aku sempat gak gak beli simcard Indonesia "simPATI" nama die dengan harga IDR60,000.00 dengan data sebanyak 4.5G. bagi aku cukup sangat-sangat dah tu. pahtu kitorang meneruskan perjalanan ke Lesehan Nuansa Indah untuk makan tengah hari. makanan kat situ agak sedap dan suasananya turut nyaman. Selesai makan tengahari, kitorang pun meneruskan perjalanan ke Pondok Indah Senaru Cottage and Restaurant yang mana perjalanannya lebih kurang 2jam.sepanjang perjalanan nak ke cottage tu , kitorang sempat disajikan dengan keindahan tepian pantai yang mana kitorang dapat tengok pemandangan sekitar kepulauan gili. sempat gak la berhenti tepi jalan semata nak ambik2 gambar.
ok, malam tu dapat taklimat daripada Madil selaku ketua guide untuk esok. setelah aku fikir banyak kali, aku rasa aku nak amek porter. dari kat Malaysia lagi aku dah fikir kebarangkalian yang mungkin berlaku. nak senang, aku leh cakap aku bukan tahap truly hiker. tak sempat nak naik mana2 G7 kat Malaysia pun, nak khatam lagila jauh sekali. IDR80,000 untuk setiap 20kg dan aku adalah tong-tong jugak ngn orang. tapi kalo tak ada orang nak tong pun, aku dah sediakan bajet. Madil pun ada pesan,die rekemen amek porter tu sebab berdasarkan pengalaman die a few gak yang refuse and give up masa kat tengah-tengah jalan. Memandangkan aku tak pernah trekking kawasan savanna-like, tak salah kalau aku perlukan khidmat porter.
Mostly barang keperluan untuk hiking aku bawak dari Malaysia, kecuali sleeping mat. sleeping bag ngn sleeping mat kite leh sewa ngn guide sane. bayaran trekking Rinjani termasuk makan ngn khemah. kitorang amek pakej 4h3m lalu dari starting point Sembalun-Segara Anak-Senaru. malam tu jugak kemas barang-barang pe yang patut dikemas and aku bawak beg 20L untuk trekking esok.
24/10/2014
pukul 6.30 pg kitorang siap-siap untuk sarapan. sarapan pagi tu kitorang disajikan dengan Banana Pancake. wow, nama agak kelas, tapi hakikat Nye lempeng pisang je pun lol. first time rasa sedap, sebab mkan pun habis. selesai sume, kitorang naik lori secara berhimpit-himpit menuju ke pejabat pendaftaran bahagian perlindunagn hutan dan konservasi alam untuk wat pendaftaran. korang akan dapat tag dan mandatory untuk sangkut kat beg masing-masing. Dalam pukul 9 pagi kitorang mula mendaki. dah boleh Nampak psyco die dah. nun nun jauh disana puncak die. sebelom jalan, sapu sunblock macam orang letak icing kat kek. lagi tebal lagi bagus.lol. baru jalan sikit, aku da mula rasa panas dah, nak wat cane..pandai kan aku sebab aku pilih baju warna hitam kan. nasib la.. jauh disudut hati ada gak rasa nak patah balik. #iniserious bukan main-main. tapi kena jadi determine, jangan mudah give up! come on.. keep ur step because this is what you want! jalan punya jalan punya jalan sampaila aku kat post satu. aku tak ingat la pukul berapa sampai. jalan punya jalan punya jalan akhirnya sampai kat pos 2. sampai kat pos 2 pukul 12 tengahari. cuaca waktu tersangat la terik, panas, berdebu. waktu ni lah air sangat sangat mahal. hahhaa. Madil bagi masa rehat 2 jam. bunyi macam lama kan, cukupla la masa untuk diorang masak and untuk kitorang rehat jugak. kitorang disajikan dengan gado2, nasi, nenas sebagai pencuci mulut ngn air sprite. macam sedap je kan. cukup 2 jam kitaorang teruskan perjalanan ke cp3 dan kemudian bermula-mula episode sesal atau tak sesal. mana taknye, nama trek tu bukit penyesalan, nak tau macam mane, rasa la sendiri sebab tak tergambar macam mana rasa sesalnye. hahhaa. aku sampai campsite pelawangan sembalun jam 7 malam. dah pun malam, khemah da siap pasang. suhu yanag agak sejuk gile. pergh 6 lapis baju pun tak jamin kehangantan yang ada. LOL. malam tu mkan dinner nasi goreng ayam ngan teh o panas. time ni kalau dapat pegang bende panas memamg best gile! keindahan bintang malam tu tak tergambar dengan kata-kata. one word, AMAZING. lepas tu, aku sambung tido sebab esok pukul 2.30 pagi nak sambung trekking untuk ke summit.
25/10/2014
sayup-sayup aku dengar orang kejut suh bangun. tdo bukannya lena sangat, so aku siap2 kan barang apa yang patut disiapkan. jangan lupa pakai gaiter, sbb trek nak ke summit berbatu dan berpasir. kalo tak de, jenuh jugak nak keluarkan batu and pasir dalam kasut tu nanti. dengan keadaan yang sejuk aku meneruskan perjalanan yang mana aku dipahamkan perjalanan ke puncak akan mengambil masa selama 3 jam. hurm dah bajet nak tengok sunrise. aleh2 amek kau. pewai tahap tak boleh nak kata. dipendekkan cerita, setiap kali kau melangkah, pasti akan ada step yang korang turun balik. daripada 5 langkah turun 3 langkah. kalo salah step lagi la.. rasa macam tak naik langsung. inilah cabaran Rinjani ni. aku agak bertuah la sebab dapat guide macam Win, encourage aku nak sampai puncak. perasaan determined tu kadang-kadang cukup. tapi bila dihantui bisikan give up, sampai satu masa korang akan tumbang. Cikgu cakap, jalan slow-slow sebab mesti akan sampai punya. aku sebebarnya ada gak rasa give up ngn sempat wat cut off time ngan Win untuk descend! jalan punye jalan punye jalan, sampailah kat route yang paling mencabar. Win cakap nak naik 1 jam untuk 200 meter tu. tapi aku naik 2 jam kot. kat situ memang mencabar giler. aku tanak tulis panjang-panjang, sebab tak terkata-kata. dan akhirnya penat lelah saikologi aku terbalas dengan papan tanda Puncak Rinjani. yeay! dah sampai puncak amek gambar victory moment! rehat beberapa minit pahtu turun dari Puncak ke campsite Sembalun. untuk naik aku amek masa 7 jam setengah, bila turun aku amek masa 2 jam. korang bayangkan macam mana nak bermain dengan saikologi waktu tu.
bila sampai campsite kitorang makan banana pancake lagi.. rasa die separuh sedap dah. lol. penat kot. rehat dalam 2 jam, kitorang teruskan perjalanan ke Campsite Danau Segara Anak yang mana akan amek masa 3 jam untuk sampai. Perjalanan die menurun, ada gak kena ascend tapi tak ada la hardcore. kitorang sampai tepat jam 5 petang. Mashallah subhanallah. Sungguh nyaman sekali pemandangan itu. dari bawah ku lihat puncak Rinjani yang aku daki semalam. mak ai, tinggi gile! terima jela hakikat kan.hahhaa... kat danau segara anak ni, air tasik die korang tak leh minum sebab tinggi dengan sulfur dan memudaratkan kesihatan, tapi kalo nk mandi ok. kalau nak mandi atau nak amek air untuk masak, ada kawasan punca air yang tertentu. wow, air panasssss.... sape nak mandi boleh mandi, sape tak nak mandi takde sape halang. hahahhaa.. nak ke water point agak jauh dan perjalanan die naik dan turun. kalau dah mandi, nak patah balik ke campsite kalau korang berpeluh balik tak pelik la..hahhaha..Oleh kerana, last makam kitorang pukul 1, tu pun makan pancake, perut kitorang adalah sangat-sangat lapar! malam tu guide masak nasi dengan lauk kari. lauk kari die macam kuah lodeh. oleh kerana lapar semua pun sedap , semua pun habis!!! lepas makan, borak-borak pahtu tdo. oleh kerana untuk ke segara anak kite dah descend dari pelawangan Sembalun, nak keluar dari tempat tu kitorang kena ascend canak balik. saiko yang bermain difikiran aku. penat summit attempt tak habis lagi kan.hahhaa.tengokjela besok macam mane.
26/10/2014
Bangun pagi sembahyang subuh, kitorang disajikan dengan keindahan sunrise live from Segara Anak. sangat-sangat cantik, tak nak cite lebih korang pergilah sendiri. hari ketiga, kitorang disajikan dengan banana pancake lagi. hurm.. aku da rindu nasi lemak ngan roti canai. sedapnyeeeee... hahhaa. makan jela, kalau tak lapar nanti. guide cakap, kitorang akan amek early lunch; makan spageti ngn air coke yeay! kali ni aku makan licin, sedap, lapar?? semuanya! hahha. tepat jam 10 pagi, kitorang teruskan perjalanan ke campsite palawangan senaru. trek ascend nak ke permatang amatlah meruntun jiwa. tapi pemandangan die sangat -sangat lawa. asek kate lawa je kan. tapi memang seriously lawa. sewaktu perjalanan ke campsite pelawangan Senaru, kitorang decide untuk keluar dari trek pada malm tu jugak. setelah mencapai kata sepakat, trekking selama 4 hari 3 malam telah dipendekkan menjadi 3 hari 2 malam. aku pun tak sabar nak mandi, tak sabar nak tdo atas katil, tak sabar nak membuang jat tempat yang ada flush. lol. masing-masing dengan azam masing menuju ke kegarisan terakhir dengan kadar yang segera. trek dari kawasan permatang ke pintu Senaru adalah menurun. nak turun pun kena hati-hati, kawasan curam, kawasan berdebu kalau jatuh memang pedih. pada jam 8 malam, akhirnya kitorang Berjaya sampai di pintu keluat Senaru. perasaan die hanya tuhan yang tahu. wow! malam tu jugak balik cottage yang sama. malam tu kitorang dinner, borak-borak pastu tdo!
27/10/2014
Pagi ni korang leh teka kitorang sarapan apa. time ni aku dah keuarkan paket milo sendiri dah rindu nak mkan sarapan ala-ala Malaysia konon! hahaa.. tak lain tak bukan banana pancake dihati laaaa...hahhaa. sepatutnya harini adalah hari kitorang keluar dari hutan, disebab kan awal sehari, ada yang plan pergi Gili Island dan ada yang plan nak stay kat Mataram. Aku dan beberapa kawan yang lain, stay kat Mataram sebab flight kitorang esok tengahhari. oleh kerana tak rush kitorang just stay and having a good and relax day kat Lombok raya Hotel. very nice hotel! malam tu kitorang makan kat kawasan yang berhampiran dengan kos IDR400,000. terima kasih sebab sudi belanja! yeay! jasamu dikenang!
28/10/2014
sampailah hari yang dinanti! Malaysia Im coming home! tell the world Im coming home! pengalaman mendaki ke Gunug Rinjani adalah satu pengalaman yang amat unik, memorable, adventure and the most your determination value in life. you have your own way to feel happy. there is no wrong and no right because it is very subjective. kalau korang Tanya samada aku nak repeat ke x? jawapan die masih lagi dipikirin... hahhaa..
ok tu je nak cite.. k bye!
6 comments:
Salam. Hee sungguh seronok mendaki ke Gunung Rinjani itu.
Salam. Mana nak cari gaiter tuh ye. Cantiknyaaa. Subhanallah. Tp mcm psiko pon ye part trek itu hee
insya Allah bulan 4 ini...
teruja baca xprience u...
*walau dikatekan penat n nak give up, tp snap pic masih tsenyum ayu... cayalah!
oke mantep
Gunung rinjani memang amazing lah.
Hi ini saya Madil, sekarang saya punya website untuk semua orang yang mau trekking Gunung Rinjani. Contact saya disini: www.rinjaniexpedition.net
Regards
Madil
Post a Comment