Thursday, 7 August 2014

Trip ke Port Dickson, Negeri Sembilan

Salam!
 
marathon blogging kali ni nak cite aku ngan family aku pergi bercuti. kalau nak dikira, berapa kerat jela aku g holiday ngan family. rasanya ayah aku tak suka sangat jenjalan ni. die suka duduk rumah main ngn kucing kot.hahhaaa. percutian kali ni mama yang dok beriya ajak kitorang. family aku tak ramai pun, kami hanya berempat: aku, mak, ayah ngn kakak aku. so kalau kemana-mana agak kurang havoc la sebab tak berapa nak ramai.hahhaaa. kali ni mama secara solonya telah membooking hotel kat hotel Tanjung Tuan,Port Dickson. Selalunya every weekend aku mesti merayap , nak dijadikan cerita betapa blessed nye weekend tu, aku free "patah kaki" tak pegi mana-man, so boleh la join trip yang mama nak sangat pegi ni. memandangkan ayah susah untuk diajak berjalan, mama hari-hari dok pujuk..ekekkekkee sebab da booking hotel in advance gituh! sepatutnya holiday ni 3hari 2 malam, tapi ayah cakap, ayah boleh join sampai hari sabtu jeeee. it was like err... ini dikire bercuti ke??macam pergi sensorang je.. kalau ayah balik, mama mestilah balikkkaaannnnn..
 
mama secara bijak memberi cadangan supaya aku ajak kawan-kawan lain untuk bg havoc sikit. yeay! ada gak kawan aku yang sudi teman kan. so aku boleh la stay kat PD tu sampai hari ahad. Hari Sabtu pagi tu plan nak mandi manda kat pantai! itu perkara wajib bile sampai pantai kan! jangan lupa pakai sunblock nanti hitam plak. Lepas tu bende yang teringin aku nak buat ialah main jetski! dari kecik aku tengok ayah ngan mama main jetski. aku tak pernah ada keberanian nak main bende tu, mana tak nye dulu aku kecik lagi kot. Ha! da besar sikit ni mulalah nak cuba semua bende kan...Akhirnya aku ngan kawan aku tiga orang tu main jetski, haaa.. yang paling best ayah yang belanja! ekekekkeee... lama gak kitorang main, seronok! pas da habis men jetski sambung pulak main banana boat! jangan gelak kalau aku kata aku first timer men banana boat! da habis habis main tu semua, kitorang sambung mandi kat pool plak.hahhaa
 
biasalah bila da penat, mandi pun da puas....perut pun lapar. macam biasa naik bilik carik makanan. petang tu jugak mama ngn ayah balik.huhuuu... so aku, kakak aku ngan kawan-kawan aku akan stay kat hotel. malam tu kitorang makan kat kedai mamak je senang. ape aku nak buat esok hari eh? aku pernah godek kat instagram yang mana kat area Tanjung Tuang ni ada satu kawasan yang sngat cantik dengan syarat kena panjat-panjat sikit la. bila aku wat google search, tempat tu jarang dilawati dan susah la nak gather information untuk sampai kat tempat tu. hint yang die bagi, tempat tu teletak kat Hutan Lipur Tanjung Tuan. mcam biasa pakaian hiking yang bersesuaian kitrorang pakai. kakak aku tanak ikut sebab die kate die tak fit nak panjat-panjat nih. Sampai la gak tempat yang dikatakan tu, tapi agak gamble la kitorang nak pegi panjat tempat tu sebab xad guide. pahtu aku tanya la orang-orang kat kawasan tu macam mana nak pegi kawasan bukit yang lawa tu. baru aku tau, orang tempatan kat situ mention tempat tu sebagai Bukit Batu Putih mungkin sebab kat situ banyak batu putih kot. ini hanya lah teori aku je.hahhaa..
 
Tiba-tiba je kitorang dapat guide! hahhaa tak la rasa susah hati takut sesat ke ape ke. pak cik tu cakap, nak pegi peak die ni ada dua jalan; satu jalan tar, satu jalan trekking masuk hutan. kalau nak rasa adventure leh r try jalan trekking tu. tak susah pun trek die... korang akan jumpa satu kawasan yang cantik  bile da sampai kawasan pantai. guide terjun kitorang cakap kalo nak camping situ pun boleh. perasaan panjat kat sini ala2 panjat bukit tabur kat key el camtuh.. cuma bukit kat sini tak la tinggi sangat pun... tapi lawa tempat die! tak leh nak describe banyak sebab memang lawa pun! berbaloi. dah sampai atas perkara wajib mesti ambik gambo la.... da puas hati kitorang turun bawah lalu jalan lain. jalan die agak mendatar mendatar dan mendatar.... jalan punye jalan punye jalan sampaila kat end of road yang mana kat situ la ada simpang ke rumah api Tanjung Tuan. owhhhhhh... ni ke trek yg jalan tar tu. walau macam mane pun, dengan tak ada plan atau senang kate trip terjah menerjah ni berjaya mencapai objektifnye! lepas tu kitorang balik hotel dan baru tau cite sebenar MH370 tu. Memandangkan da tengahari, waktu check out pun da sampai, kitorang packing dan kemas nak balik...
 
ok tu je nak cite.bye! 
 
pemandangan dari bukit batu putih, hutam lipur Tanjung Tuan, Port Dickson

Nampak tak aku eksesais, habis basah ketiak.hahhaa

aku bersama mereka!muka stress sebab silau

tepi pantai

fes time naik jetski

fes time naik jetski sambil pegang gopro

muka macam tahan ber**.hahah

beach boy! wow

mandi kat pool plak

fes time naik banana boat

Nampak cool je kan... padahal kalo duduk depan sekali tak berapa nak cool sgt.hahhaha.

yang belakang sekali siap berdiri -.-

haaa! kat sini ada mak aku!cuba carikkkk

model jetski

ditepian pantai maldeves....hahha

santai santai sambil usha orang

santai sampai puas hati

tempat ni lawa! u should be here!

once upon a time in Hutan Lipur Tanjung Tuan!
 

4 comments:

tiga lalat said...

Salam. Hee sungguh seronok berselfie.

superDollisa said...

boleh tahu x brpa lama ambik masa smpai peak?

Nas Sat said...

Assalam. Nk ke bukit batu putih ni ade tour guard tk ?

Nas Sat said...

Assalam nk tnye. Ke bukit batu putih ada tour guard tk ?