Wednesday, 6 August 2014

Trip ke Pulau Kapas, Terengganu

hai. korang sihat arini da makan? jom kite sambung marathon blogging. macam cerita yang lepas entri pasal hiking, so arini nak cite pasal pegi pulau. nak kata aku pena pegi pulau ke? so far pulau langkawi je penah pegi. tak pernah nak feeling pegi pulau mandi manda duduk lepak sambil angin meniup secara sepoi sepoi bahasa kat muka. selalu je imagine tapi tak pernah nak feeling sendiri. hihihi.
 
nak dijadikan cerita dan aku pendekkan cerita ni, tiba-tiba aku boleh join trip kenduri kawen kawan aku tu. masa kawan aku tu ajak, apa yang aku fikirkan aku teringin sangat nak feeling alone lonely.hahhaa  sebab waktu ni aku kena wat final draft thesis. So, masa tempoh berkurung kat rumah tu, aku membayangkan yang aku nak pergi somewhere else yang sunyi tenang bawah pokok tepi pantai sambil wat thesis.gitu kannnn.. yela kawan aku cakap die da book chalet, so masa diorang attend weeding tu aku boleh la isi masa wat thesis. **hangat-hangat tahi ayam atau tidak??**nanti kite tengok. lepas diorang attend wedding barulah plan nak pergi pulau kapas. yeay!
 
sebelom tu sediakan biskut oreo ngn susu, sebab aku rasa mukaddimah panjang sikit hahhaa.pagi 01032014, sume bangun awal sibuk nak pergi wedding. kawan aku naik satu kereta ngn member-member die. chalet kitorang tu terletak dekat dekat ngn airport Kuala Terengganu. Weeding tu kat Besut kalau tak silap aku la. aku tak nak ikut sebab bajet nak wat thesis pagi tu. Adik kawan aku tu ikut sekali dalam trip ni dan die pun tak join pergi wedding tu. pagi tu memang bersemangat wat thesis. on laptop bawak journal bagai. tapi tapi tapiiiiii baru satu perenggan da rasa bosan.hahahahaaa... then aku decide untuk kontek kawan lama aku kat Gong Badak. rupanya chalet ngan rumah kawan aku, Tasha tu dekat je around 10 minutes da sampai. almaklumlah kitrong sampai KT malam mana nak nampak jalan, pahtu sampai terus tdo. aleh2 dekat rupanya rumah Tasha ngan chalet. Memandangkan dekat nak ke sana, aku decide nak ziarah Tasha sebab die pun baru selamat melahirkan baby boy! da alang alang sampai Terengganu kite pergi la jenguk sekali dan aku dah rasa mak ayah die macam mak ayah aku sendiri sebab selalu g KT mesti g umah Tasha dari bujang sampai la jadi mak orang.hahaha. So, aku gtau kawan aku tu yang aku n adek die g rumah Tasha and prepare breakfast sekali (boleh la plak kannn). then sampai rumah Tasha, pung pang pung pang borak makan breakfast nasi tomato berdessertkan bubur jagung. sedap! nasi dagang je tak de. lol sampailah satu masa kawan aku tu call bile nak balik. ok I think someone mad on us. sebab LAMBAT! on the way balik boleh sesat la plak kannnn siap waze siap Tanya mak cik tepi jalan finally sampai chalet dan nampak la muka singa someone. gulp. ok panjang sangat mukaddimahnye niiiiii....
 
ok back to main point, kitorang bergerak dari chalet around jam 12.15 tghri camtu dr KT. plan awal nak gerak kol 11 tgri sebab estimate sampai Marang dalam 12.30 tghri macam tu. disebabkan kitorang lambat, maka tertunda la sikit perjalanannya. aku nampak kening someone berkerut je, marah? huhuu ok takut sikit je.lol. pahtu bila da sampai Marang yang mana terletaknya jeti Pulau Kapas, baru la masing masing rasa eksaited tak sabar nak sampai pulau. RM5.00 dikenakan untuk bayaran parking untuk setiap kenderaan kat kawasan jeti Pulau Kapas tu. kitorang amek pakej RM75.00 termasuk bayaran bot pegi balik dan aktiviti seperti kayaking and snorkeling. sementara bot sampai, kitorang sempat beli roti, jajan ngn air untuk dijadikan bekalan masa kat pulau tu nanti.
 
agak agak dalam 20-30 minit perjalanan menaiki bot laju dari jeti Pulau Kapas ke Pulau Kapas. kalo naik bot biasa biasa mau sampai 2 jam.hahahahaa. kalo korang nak tau, sebelah Pulau Kapas ni la kawasan orang-orang tempatan wat pesta candat sotong. tahun lepas aku pegi memang seronok dan tahun ni aku pegi lagi dengan experience yang lagi mencabar, nanti aku update kat entri akan datang. sampai je pulau, sumerang dah eksaited tak sabo nak main air. snorkel is one of the wishlist yg aku nak realize kan, sebab tu aku join trip ni walaupun agak adhock decision die. but before that, kitorang main kayak dulu. hahhaa so far aku pernah main kayak kat tasik and never in pantai dan laut. hahhaa rasa die sama je tak de beza. life jacket jangan lupa pakai ok! jangan lupa pakai sunblock sebab aku tak jamin kalo korang balik rumah mak korang da tak kenal sapa anak anak memasing. hahhaa.masa main kayak korang kena hati-hati dan jangan lepas dari boarder line yang dorang da pasang, ditakuti ada ada kawasan batu karang yang boleh membahayakan korang. that's the tip ok.
 
Lepas kayak, baru la main snorkel! ha ni la pengalaman die. perasaan die best! korang kena tahu dan pastikan alat yang korang pakai kat muka tu berfungsi dengan baik. tak nak la masa snorkel air masuk dalam muka, da susah nak nafas. pakai bende ni korang breathing guna mulut ok! dari hujung ke hujung aku snorkel kat kawasan yang diorang rekemen suh snorkel. lawa kawasan die, air pun jernih. tak boleh nak compare dengan pulau lain sebab ini kali pertama aku jejakkan kaki kat pulau ni, maksud aku pulau peranginan la. sempat gak kitronag feeding ikan ikan kat situ dengan bekalan makanan yang kitorang bawak. hahhaa. lepas tu jangan lupa amek gambar ok dan yang lagi penting sampah tak mau tinggal rata-rata ok!
 
around jam 6petang kitorang selamat tiba kat jeti Pulau Kapas balik. memasing da lapar so jom kita makan. aku suggest makan ICT kat gerai PokLoNg. ICT tu bukan ICT Shah alam tapi Ikan Celup Tepung! gerai PokLong terletak dekat dengan UMT/UNISZA. specific name pantai die aku tak berapa ingat walau da bape kali jejak kat situ. recommended pegi sini sebab bukan saja terkenal, harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan! ikan ikan dengan sotong sotong die sume besar-besar. korang akan berpuas hati gile! kalau korang datang pukul 4-6 petang, itulah peak hour die ramai sangat orang sampai berebut rebut nak amek sotong tu. Seriously it was fun! hahha. memandangkan kali ni aku dengan yang lain sampai agak lewat dalam pukul 8 malam camtu, orang pun da tak ramai sangat sampaikan toke kedai boleh serve kan untuk kitorang. nice tak nice tak? nice kannn... hihiii...lepas kenyang kitorang pun balik chalet. aktiviti tak habis lagi ok, malam tu kitorang sambung aktiviti bbq plak. haaaaaa semangat bawak gitar kan kenkonon nak strum n men lagu tapi hurmmm bukan pandai sangat pun kan..kikikiii. selesai je sume, apalagi tdo lah kitorang sume.


okeyh tu je nak cite. bye!

cantek x cantek x...yang belakang tu!

feeling die best gileee!

cantik kan pantai tuuuuuuu....langit tu sumeeee...hihiii

bagi can orang selfie!

lawa kan tempat ni...ni la tempat kayak n snorkel, maksud aku tempat brang2 equipment

selfie while kayaking

selfie paling cun!

sangat sangat lawaaaaaaaaaaaaa...

I am snorkeling!

duyung terdampar gituuu

don't miss a chance to have selfie

choral?

the scenery from pulau kapas

the scenery II from Pulau Kapas


rasa rasa ada mutiara tak dalm tu

ketua pelancongan

selfie! langit tu biru sangat!

the scenery

naik boat! ok nak balik dahhhhh

masing masing gembira n mahu pulanggggg
 

4 comments:

css pooiying said...

Hi,saya nak tanya harganya berapa Snorkelling di pulau kapas? pantai dan sea view di pulau kapas nice tak ?

tiga lalat said...

salam. hee chantek kan pulau kapass ;p

Anne said...

kak nak tanye, kt sana ade public toilet tak untuk mandi ke nk salin baju ke for day trip??

Nadzirah Zainudin said...

salam..saya nak tanya.. mcm mana nak contact orang yang buat pakej day trip tu ye? boleh tolong??