hellop!
ok harini aku nak update pasal short getaway ke Singapore. Backpacker's trip kali ni agak tergesa-gesa tapi aku akan pastikan ianya berjalan dengan lancar. First aku akan pastikan ada promotion tiket kat mana-mana syarikat penerbangan terutamanya AirAsia, barulah kaki senang nak melangkah jauh. kali ni aku decide nak pergi Universal Studio Singapore, bak kata orang USS la barulah glamor gitew. Di atas beberapa factor, akhirnya aku pergi berdua je ngn cousin aku known as Arbi atau nickname die aku panggil B.
benda pertama kalo nak pergi backpacking mestilah kena ada backpack. tak yah nak bawak luggage beroda yg vogue tu ok! dah kata nama backpackers kan. Pahtu carik tiket nak masuk USS. berdasarkan research yang aku wat, kalo nak purchase tiket kena beratur panjang. So aku cek online tiket. memandangkan time aku nak pergi tu ada promotion,so aku dapat la diskaun sikit dengan syarat kena guna Maybank mastercard. so kat situ aku da save mase dan bajet. jimat lebih kurang 20SGD bersamaan dengan 20 x 2.6 ikutla current currency.
kedua carik tempat tinggal. Orang kata, nak senang boleh je tinggal kat JB untuk stay malam tu. tapi aku nak gak rasa bermalam kat Singapore. hahhaa. memandangkan aku pergi Singapore naik flight, pergerakan adalah lebih mudah untuk menggunakan public transport, MRT. Public transport sana sangat la efficient dan tak perlu risau kalau sesat pun. kalo korang datang Singapore dari KL naik train pun senang.Oleh kerana bajet naik flight lagi murah, so amekla la yang murah. kitorang booking kat hostel backpackers kat Hostel Lavender Street. kat sini bukan 5 bintang ok, tapi untuk backpacker cam aku ni ok la.. bajet die RM66/night. kat sana breakfast tak provided pun tapi korang boleh guna pantry diorang 24 jam dan ada la biskut, roti, and coffee. kat hostel ni ada free wifi and shared bathroom. kalau korang nak tahu, kat sepanjang Lavender Street ada banyak pilihan hostel yang korang boleh pilih, just click, review and book je. aku and B pilih hostel kat Lavender street sebab dekat dengan kawasan MRT. sebab the next day aku nak jadi orang pertama masuk USS, so kena la gerak awal kan. hahhaaa..
|
pantry hostel aku dan B |
|
ruang tamu |
|
Moni hostel, Lavender street, Singapore |
bila flight tiket da setel dan hostel pun da book, kena la study map Singapore atau apa-apa yang patut. eh eh jangan lupa tukar duit ke Singapore Dollar keh! kalau korang naik flight dari KL, korang akan touchdown kat Changi Airport Singapore. Lepas je dari emigresen, korang amek skytrain ke T2 untuk ke MRT, operating hours dari 5 pagi sampai 2.30 pagi. waktu non-operating hour tu korang boleh naik free shuttle bus kat T1 departure hall door 5 berdekatan row 14 ok!jangan risau ok. masa kat stesen MRT Changi airport, aku rekemen korang beli ez.link card. kalao kat Malaysia ala-ala kad touch n go gitew. harga die lebih kurang 12SGD dan tahan untuk 5 tahun. dalam kad tu ada kredit 7SGD manakala 5SGD harga kad tu, korang boleh topap kat mana-mana stesen MRT paling minimum 10SGD kalau guna auto machine. kalau tak korang boleg je topap dengan operator kat customer servis die.
|
Changi Airport |
dari Changi Airport, korang akan tukar train kat Tanah Merah, pahtu lepas 5 station sampailah Station Lavender dan korang kena jalan kaki sikit untuk ke Lavender street, confirm tak akan sesat. Sebelom pergi korang kena list dulu tempat apa yang korang nak pergi. Well Singapore sangat terkenal dengan patung Singa tu kan. So tak sah kalau datang Singapore tak pergi Merlion Park and Marina Bay. Nak pergi Merlion Park kena turun kat kat City Hall station. Lavender street dekat dengan Boon Keng MRT station untuk pergi Merlion tu dan korang kena tukar train masa kat Dhoby Ghaut Station nanti keh. Bile dah sampai sane jangan lupa amik gambar untuk kenangan. kalau korang pergi holiday, boleh la booking hotel kat sini, 10 stars hotel pun ada memang cantik gilezzzz.
Malam tu kitorang jalan-jalan carik makan. makanan kat sini harga die lebih kurang 5SGD satu pinggan kat kedai biasa-biasa. aku tak ada lah nak pergi restaurant grand-grand lenla kalo ada orang sponsor kan. sebelum kitorang isi tanki perut, aku and B g jalan-jalan kat Mustapha street, kat sini serious ramai gile orang membeli belah. orang kate kat kawasan ni harga ni murah-murah, bila da sampai baru tahu, patutla ramai orang orang. Jalan punya jalan aku carikla sikit souvenir untuk kawan-kawan dan keluarga. Pukul 11 malam baru balik bilik, Nampak je macam lewat, tapi kat Singapore waktu macam ni pun jem lagi.aish aish....
Lepas seharian bejalan kat Bandar Singapore, keletihan sampai tertidur mati. ZZZZzzzZZZz. kring kring kring alarm berbunyi menunjukkan jam 6pagi. hahhaaa.. awal tak? kat KL pun aku xbgun awal macam ni.boooo..yela mana taknya, dah eksaited sangat. hampeh. agak sedih sebab pagi tu hujan, tapi tak membataskan semangat untuk aku dan B pergi awal. plan awal sepatutnye kitorang pergi kat Boon Keng station. Oleh kerana hujan kitorang tukar plan naik train dari Farrer Park station. kalau korang nak g USS korang kena pergi HarbourFront Station sebelum naik Sentosa Express. masa kat Farrer Park kitorang sempat topap EzLink dengan beli payung.hahaa..
|
Marina Bay |
|
Merlion park |
|
the MRT map |
Finally we reached the destination! aku dan B sampai pukul 8.30 pagi. Kalo purchase online tiket korang da tak payah nak beratur, terus je tunjuk kat kaunter and scan pahtu bole masukkk. ada beberapa tips kalo korang nak masuk USS. First, kalo nak masuk awal, korang kena beli tiket sekali dengan set breakfast sesame street. boleh masuk seawal 7 pagi. kedua kalau korang nak cepat main segala permainan dalam USS tu tanpa beratur panjang, korang boleh beli express tiket. kalau tak silap harga die 50 SGD. kalau tiket korang just a normal tiket, korang hanya akan dibenarkan masuk seawal jam 10 pagi. memandangkan aku sampai awal, dapatla aku amek gambar kat globe USS tu sorang-sorang. oh terlupa, kalau korang bawak beg besar-besar jangan risau, korang boleh simpan backpack korang dalam locker yang disediakan dengan bayaran 20SGD untuk sehari.
bende pertama yang aku main masa kat USS, transformers ride, rollers coaster kat tempat mumia tu.. die punye best sampai aku tak amek tahu nama die, men naik je.hahhaa.. sampai lah pukul 4 petang aku da kepenatan sebab hampir semua kitorang naik. tak perlu risau kalau korang da checkout dari USS, korang boleh check in balik dengan syarat korang simpan tiket korang depends kat pass untuk bape hari punya tiket. sebelom keluar boleh la beli ole-ole2 dari USS sebagai bukti da sampai. hikhik. lepas tu aku and B teruskan perjalanan ke Sentosa Island. WoWowwWW! to be honest, Sentosa Island lagi best, this is form my personal view sebab kat Sentosa Island banyak aktiviti lagi adventure. OMG! aku nak rasa semua memang tak sempat la sebab duit habis dah, lagipun flight malam tu kol 8 malam. tak sempat tak sempat. nampaknya next time jelaaaaa.... Sentosa! ill come again! tengah malam tu sampai lah KL dan berakhirlah episode short gateway ke Singapore.
|
hujan da berhenti. orang first beratur nak masuk USS.hahha eksaited |
|
semakin ramai yang berbaris |
|
yeay! the novel picture of the day! haha |
ok tu je. thanks for reading
2 comments:
Done follow sini #48. Follow back - http://sharifahamarina.blogspot.com/
best kann gi USS tuu.,ehHHee
Post a Comment