Friday, 22 November 2013

Euro Trip Diary Part II : London

hello blogger!

ok dah tiba masanya aku sambung perceritaan aku yang lalu.bajet busy kenkonon la kan. untuk entri kali ni, aku sambung macam mana perjalanan aku kat London tu. flight aku malam tu dari Kuala Lumpur adalah pada pukul 11.40 malam waktu Malaysia. aku naik MAS direct ke Charles De Gaulle Airport  yang mana perjalan akan mengambil 12 jam. pergh lama gile kan. flight MH 20 akan sampai Paris lebih kurang kol 12 tengah hari gitu. tak reti la nak kira ngan bajet masa sebab kan dah merentasi masa. hahaha. memandangkan aku naik kelas ekonomi, agak kebas la la jugak urat-urat saraf aku ni. pasal makan aku tak ragu langsung sebab Malaysia Airline kannn... lepas dua jam naik flight akan dapat makan. Pas makan tido, celik..eh belom sampai, tdo lagi. last2 sampai bosan tatau nak wat ape, aku tengok sume movie yang ada kat dalam flight. waktu tu keterujaan tu masih tak ada lagi. aku anggap macam pergi Terengganu. yela mana tak nye sehari sebelom fly g Paris aku baru balik dari Terengganu naik flight gitew.hahah. Dan setelah berdrama bosan selama 12 jam kat dalam flight, akhirnya sampai la di bumi Paris. aku tak pernah bermimpi nak sampai Paris. yela dulu suh belajar, aku main je tido dalam kelas.

setibanya di bumi Europe ni, perasaan takut teruja gembira tu semua bercampur baur. yela ni bukan pergi holiday yang ada travel agent ok! ni ala-ala backpacker bidang terjun. ok senang je kita wat muka confident, kalo tak tau Tanya je. kat sane aku tak cakap omputih pun, seronok gila cakap melayu, sebab tak ada sapa paham. sesuka hati la nak cakap ape, yang penting muka senyum.hahhaa.. mengikut plan asal, setibanya aku kat Paris, aku ngn kawan aku akan naik bas pergi London. naik bas la jimat sikit, kata ala-ala backpacker kan. oh lupa nak mention backpack yang aku pikul tu berat die 14kg. gila! macam nak mati aku rasa. Tapi semangat dan keterujaan mengatasi segalanya.wah gitu kau kan. hahaa...

kitorang naik bas Euroline, tempat bas tu macam agak tersorok sikit, bukan main terminal, persinggahan jee. disebabkan tula aku rasa macam tak konfiden je dengan tempat tu. So, aku Tanya minah Paris kat information kaunter tu banyak kali. cakap omputih lah kite, mana la ambe reti kecek Peris ni. aku sempat belajar sampai Bonjour je..hahhaaa..ok tu tak lawak. aku bawak kamus elektronik France okeyh. nak online takboleh la kan, sebab mahal. wireless airport boleh guna 15 minit jerk.hmmm.. Bas kitorang pukul 10 malam. sepanjang dari pukul 12 tengahari sampai pukul 10 malam tu kitorang duk melegar-legar kat airport tanpa arah tujuan. baru 1o jam, ada yang transit 48 jam, ha .. yang tu lagi mati kutu. gile banyak adegan kat CDG airport tu, dari yang gila (tapi tak kacau orang cuma saiko orang), pastu ada tentera yang bawak senapang , ada anak negro admire kat kitorang.hahhaaa...itu sume experience, mahal tu nak dapat. sejuk dibumi Eropahtak sama sejuk kat bumi Malaysia. aku pakai baju 5 helai pun tak cukup, itu sume dah tebal-tebal tu. aish Nampak sangat kejutan cuaca kat situ. ao nak wat guane, aku hanya orang kampong je.heheeee

yeay! 10.30 malam! eh eh eh jumpa orang Malaysia! apalagi jangan la sombong. hikhik. perjalanan ke London akan mengambil masa lebih kurang 8 jam. pergh lama lan kan kan sempat transit naik feri gitew. saat masuk London adalah waktu yang paling takut, aku tak buat salah pun, wat pe nak takut kan. hahaaa..biasa la first timer.. gugup la nak cakap omputih ni. lepas setel emigresen, maka tiba lah kitorang kat Victoria Station London! Wow aku dah sampai London.. dok caya ambe bule sampai London.hahaa...sampai je sane aku letak backpack aku yang berat tu kat tempat simpan luggage dengan bayaran 20 pound kot. tak ingat la sebab kitorang letak sekali 3 orang kan. London wait for us!

Tempat pertama yang kitorang visit adalah House of Parliament, Westmeinster Abbey. oh lupa nak mention, kitorang naik train je sepanjang bergerak kesana dan kemari. sangat efficient public transport die. tadaaaaaaaaaaaaaaa... tak habis-habis bergambar. banyak lagi tempat yang kitorang pergi, so biarlah gambar yang menceritakan segalanya..hikhikhik..

orang Malaysia dan barang-barang baru sampai CDG airport

terminal 2, tempat tunggu bas

shuttle train dari main Terminal 1 CDG airport ke Terminal II

eh orang Malaysia ke??

oversea sangatttt

CDGVAL aka Terminal III kalo nak pergi Paris

epic place for us!

budak ni admire gile dengan dslr aku,ngn smart phone farah. pegang macam die punye

bas nak pergi Disney LAND!!!!

sejuk wehhhh

gemuk semacam, bukan pe, baju berlapis lapis tu.hahaaa

Time ni teruja sangat sangat. naik feriii

sejuk yang dicover, walhal meroyan aku menggigil



its LONDON bebeh!

tak pernah bermimpi aku nak sampai siniiiiii

well,hello London!

aku ingat dapat tengok eye of Malaysia pun jadi la, sekali aku tengok eye of London dulu...

the embankment of London

kawasan sekitar embankment

pergh baru beberapa hari hibernate, dah jadi gemok.hahhaa

the public transport

bajet pro ke?

orang kampong sampai London

National gallery

china town

kat sini pun boleeee

Hyde park!

hyde park jugeee

pun kat hyde park jugak

tunggu bas lah kite

naik doubledecker

London Victoria station!







Buckingham palace, London

England


rasa macam pokok tu hidup

tower of London

sejuk tahap maharajalela!

shopping center! Harrods!

oh London!


ok itulah cerita aku dan member member aku menerjah bumi London. nantikan Euro Trip part III menjejaki France... tungguuuuu.....




















2 comments:

Nor Farina Kamaruddin said...

Assalamualaikum . Morning Akak . Eina menyingah di blog akak . Best story + best holiday . Terasa jealous okay . . Enjoy kehidupan akak . . :'( Lain kali bawak Eina sekali *muka tak malu* i'm waiting your next post . :D

dedey said...

waalaikum salam Eina :) jom jom ikut..boleh start menabung daru sekarang :P