Saturday, 11 March 2017

Trip ke Bali, Indonesia

It has been awhile since my last update in blog. Approximately 3 years for me to start the engine back. After settle down and finished my postgraduate studies, get married and being hired, now I feel comfortable to write something. Hai Hai Hai!

Rasanya kalau tak silap last entry pasal Gunung Rinjani. Kali ini aku nak kongsi itinerary sepanjang percutian ke Bali, Indonesia. Plan kali ni agak adhock sebab aku beli tiket dua bulan sebelum pergi tapi harga tiket masih ok la lagi lah. Persiapan nak pergi tu macam biasalah, boleh refer kat sini (yang ni korang refer yang bersesuaian untuk negara Asean la ye). Sebelum pergi, wajib buat itinerary sendiri sebab aku cuma amek khidmat supir iaitu tanpa pakej. Segala perancangan nak pergi explore tempat-tempat yang cantik  tu aku buat sendiri. Sebenarnya aku da aim mane tempat yang aku nak pergi. Kalau ambek pakej takut tak berpuas hati. Kirenya ni barulah macam half backpackers. hihi. Oleh kerana kedengaran backpackers, so perbelanjaan haruslah digunakan sejimat mungkin. Tapi tak lah backpacker sebab guna supir. Pening jugak nak bukak peta kat situ kang sesat pulak. haha

Bajet untuk supir adalah sebanyak IDR350.000 untuk satu hari dan kitorang dapat kereta Avanza. Bayaran kereta termasuk petrol, parking fee dan makanan untuk driver. tidak termasuk makan (tengahari dan malam) , entrance fee dan juga hotel. Aku menggunakan khidmat Pak Isme selama 2 hari setengah dengan total bayaran IDR950.000.

Day I (7 Januari 2017)

Perjalanan lebih kurang mengambil masa selama 3 jam. Kitorang sampai agak lambat sebab flight delay. Setibanya disana, Pak supir da siap-siap pampang nama aku. Jadi flow perjalanan sangat mudah dan lancar. Kalau ada yang tak booking supir lagi, jangan risau sebab banyak juga teksi-teksi yang akan offer korang. For smooth journey, better contact supir awal-awal sebab tak ada advance bayaran pun. Kitorang bayar full masa last day nak balik Malaysia tu. Setibanya di Ngurah Rai Airport, Kitorang terus check in kat Manggar Indonesia Hotel. Hotel ni dekat je dengan Airport iaitu sekitar kawasan Kuta dengan 10 minit perjalanan. Untuk nak jimat, korang leh amek B&B ataupun bed and breakfast. Pekerja hotel sangat welcoming, pastu masuk bilik terus tido sebab penat dan nak get ready untuk perjalanan esok. 


Day 2 (8 Januari 2017)

Matahari kat Bali ni naik awal, sudahnya subuh die pun awal tapi waktu Malaysia dan waktu Bali sama je, tak yah pening-pening. Style breakfast kat Bali ni bukan style buffet tau. Mungkin oleh kerana Bali dikenali dan sememangnya menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia, set sarapan ada beberapa set iaitu ada english breakfast, continental breakfast, local breakfast. Pilih la mana-mana yang korang suka. Disebabkan aku nak kenyang sampai tengahari dan tahan lama, aku amek local breakfast iaitu nasi goreng + local fruit + juice&coffee.

Manggar Indonesia Hotel

Aku da janji dengan supir untuk gerak seawal jam 9 pagi. Pagi-pagi tu kitorang pergi tengok pembuatan Batik. Secara amnnya, tak banyak beza hasil pembuatan batik kat Bali dengan kat Malaysia. Masuk kawasan batik ni percuma je. Lepas tu kitorang pergi Yan-Yan silver. Kat sini ditunjukkan bagaimana silver itu dihasilkan. memang seratus peratus adalah handmade. Terjuling-juling la mata aku nak tengok diorang buat bentuk-bentuk kecik sampai jadi product macam cincin, gelang dan rantai. masuk kat sini pun percuma sahaja. kemudian kitorang dibawa ke tempat canvas painting. Lukisan di Bali adalah sangat jelas motifnya iaitu tumbuh-tumbuhan dan kawasan-kawasan popular di Bali. Husband aku adalah terbeli jugak sebagai ole-ole Bali untuk feeling-feeling Bali masa balik Malaysia nanti haha.

Seterusnya, perjalanan diteruskan ke tempat yang aku aim iaitu Rice Teracce! Tengok gambar masa google je dah cantik, lagilah kalau tengok depan mata kan. Kat sini fees entrance yang dikenakan adalah sebanyak IDR10.000/person. Pada ketika ini, padi bukit tak la hijau sangat sebab diorang baru nak tanam balik padi tu. Orang kat bali tu bagitahu yang kawasan kat sini paling cantik dengan keindahan warna hijau dan nampak segar adalah pada sekitar bulan March. Tapi aku tengok pun da cukup cantik dan teruja. Dengan bayaran IDR10.000 tu korang boleh masuk dari mana-mana laluan pun. Oleh sebab aku tak cukup stamina nak naik turun kawasan padi bukit tu, aku stick pada satu kawasan. kalau korang nak naik lagi tinggi, ada lagi fees entrance yang dikenakan. Senang cakap, semakin tinggi korang naik, semakin banyak la kena bayar. Berapa jumlah entrancenye aku pun tak pasti. Kat rice terrace ni aku sempat duduk-duduk sambil menghayati pemandangan sekitar sambil minum air teh dingin dan makan local aiskrim.

Tea Dingin di Rice Terrace

Pemandangan dari restoran
mampu tengok ja, tak larat nak daki.hihi

overall view

Selesai di Rice Terrace, Kitorang meneruskan perjalanan ke Kintamani. Waktu pun dah tengahari perut pun dah lapar, apalagi makanlah! Untuk pengetahuan korang, penduduk Bali majoritinya adalah penganut Hindu. Oleh kerana itu, untuk korang mencari makanan yang halal adalah agak susah. Di kawasan Kintamani ni ada satu kedai makan buffet yang terpampang tulisan Halal. So , confident la sikit kalau nak makan. Restoran kat sini adalah style buffet dan harganya sebanyak IDR150.000/person , yang mana bagi aku harga nya adalah agak mahal berdasarkan dengan menu yang disediakan. So apalagi makanlah sampai kenyang, selagi belum kenyang jangan balik. hihi. Istimewanya disini adalah korang boleh makan sambil menikmati keindahan kawasan pergunungan iaitu kawasan Gunung Batur. Cuacanya juga agak sejuk dan nyaman. Kat sini juga ada musolla disediakan dan korang boleh solat jamak dan qasar untuk memudahkan perjalanan.

makan tengah hari di Kintamani

Pemandangan Gunung Batur


Perjalanan diteruskan ke tempat yang aku nak sangat pergi! Tapi sebelum tu kitorang singgah sebentar di kawasan tempat penghasilan kopi luwak. Disini kitorang diberitahu dan ditunjukkan bagaimana kopi luwak dihasilkan dari awal sampai akhir. teruja jugaklah sebab pertama kali tengok musang live depan mata. Selepas tu, kitorang disajikan dengan pelbagai produk teh dan kopi. Cuma aku tak rasa kopi luwak pun dan kos nak minum adalah IDR50.000/cup. Kitorang cuba yang percuma je. Well, kopi luwak sangat popular disini dan antara kopi yang termahal disini dengan kos pembelian sekitar IDR280.000/60gram. Kitorang adalah beli teh sikit suntuk ole-ole balik Malaysia nanti.

lokasi kopi luwak dihasilkan

pelbagai perisa teh untuk dicuba dan kesemuanya adalah percuma

minum kat atas pokok

Seterusnya kitorang pergi Tanah Lot! kalau korang pergi sekitar waktu petang, air laut dah pasang dan bolehlah korang nikmati deruan bunyi ombak. Untuk masuk ke kawsan ni sebanyak IDR60.000 dikenakan untuk seorang. Untuk pengetahuan korang, ritual sembahyang hindu bagi orang hindu di Bali adalah pada waktu pagi, tengahari (12pm) dan petang (6pm). kebanyakan kawasan tumpuan di Bali adalah kuil seperti kawasan Tanah Lot. Kitorang habiskan masa  lebih kurang 1 jam dan kitorang rasa tak cukup! hihi.. 

air pasang dikawasan Tanah Lot

ambik gambar sekejap
Kawasan sekitar di Tanah Lot

Seharian berjalan perut pun dah lapar. Kitorang makan malam kat tempat yang supir rekemen. Tempat halal tapi aku tak ingat pun nama die hihi. Selesai Makan kitorang check in di Bali Breeze Hotel. Hotel ni sangat best dengan harga yang sangat berpatutan. Aku sengaja pilih dekat kawasan Jimbaran sebab keesokkan harinya aku nak feeling-feeling romantik dinner dekat Jimbaran Beach! Kaki pun dah penat, badan pun dah letih, jom Tido esok nak jalan lagi!

Day 3 (9 Januari 2017)

Seperti biasa pagi tu kitorang breakfast kat hotel dan meneruskan perjalanan seawal jam 9 pagi. Nusa Dua adalah destinasi pertama untuk hari ke-3. Untuk pengetahuan korang, Nusa Dua adalah kawasan pantai yang popular dengan water sport. Cuma kat sini korang boleh bargain harga die. kalau nak dibandingkan harga water sport kat sini sama je dengan kat Malaysia, malah ada yang lebih mahal. Yelah kawasan pelancongan kan. Kitorang decide untuk ambil pakej boat tour dengan bayaran IDR700.000 untuk dua orang dengan lebih kurang 1 jam perjalanan. Untuk pakej ni, kitorang bagi makan ikan kat lautan tapi tak la dalam sangat. Aku rasa ikan-ikan dah kekenyangan sebab aku tabur roti ikan tak mahu timbul unuk makan. lol. kemudian perjalanan diteruskan ke kawasan Turtle island dengan bayaran sebanyak IDR10.000. Dekat sini korang akan diperkenalkan dengan Penyu lah! First time la jumpe turtle livee! Usia penyu kat sini ada yang mencecah sampai umur 75 Tahun, aku pun lagi muda hihi. Selain penyu ada jugak binatang lain yang korang boleh tengok macam burung helang, ular sawa, kelawar dan banyak lagi. 


Breakfast di Bali Breeze Hotel


Pemandangan pool 

cafe di Bali Breeze

boat tour di Nusa Dua


ular ni pasif je hihi

ok itu Iguana

The Turle

Jalan punya jalan punnya jalan, dah tengah hari dan perut pun dah lapar. Selesai makan, kitorang pergi Masjid Agung Ibnu Batutah, Bali. Masjidnya agak besar dan sangat selesa. Kemudian perjalan an diteruskan ke kawasan-kawasan pantai. Pantai yang kitorang sempat cover kat kawasan Bali ni adalah Pantai Pendawa dan Dreamland. Nak dikatakanlah, kawasan pantai kat Bali ni sangat cantik dan ombak nye boleh tahan besar bersesuaian dengan aktiviti surfing kat sini. 


Makan tengah hari

Masjid


sebelah tu ada gereja tapi tak nampak pulak 


Pantai Pendawa

waktu ni panas terik

Dreamland beach

Pantai ni menghadap ke lautan Hindi

walk by the beach

A selfie at Dreamland beach

ramai orang mandi tapi kami lalu lalang ja


Seterusnya kitorang ke Uluwatu Temple, di antara tempat yang tak kurang popularnya di Bali. Sebanyak IDR30.000 dikenakan untuk entrance fees. Korang kena pakai kain samada kat pinggang ke kepala ke, janji pakai. Kat sini korang kena hati-hati dengan topi dan cermin mata sebab kawasan sini monyet die nakal dn aggresive. Kalau hilang nasib lah hihi. Lama dan agak jauh jugak kalau nak jalan kaki dari hujung ke hujung. Kat Uluwatu Temple ni ada jugak Kechak dance, tapi kitorang tak masukkan dalam itinerary pun. Selesai di Uluwatu, kitorang pulang ke hotel semula berehat sebentar sebelum meneruskan perjalan untuk dinner romantik hihi.

Uluwatu

potrait di Uluwatu




Jarak antara Bali Breeze Hotel dan Restoran Jimbaran hanya 10 minit. Kitorang gerak dalam jam 6.45 petang. Makanan kat Jimbaran beach ni ada set ataupun ala-cart. Harga untuk ala-cart adalah serendah IDR400.000 dan harga untuk set adalah serendah IDR1.000.000. kitorang makan malam sambil menikmati suasana matahari terbenam "sunset" dengan didengarkan lagu "suci dalam debu" versi unplugged oleh kugiran tempatan. Untu makan malam tu, kitorang tak habis pun pastu siap bungkus. hihi. Dah kenyang pulang lah kami ke hotel untuk berehat.

Dinner di Jimbaran Beach

a lovely sunset view

lobster lah!

fullhouse already


time ni dah kenyang balik la kot hihi


Day 4 (10 Januari 2017)

Untuk hari terakhir di Bali, kitorang pergi tempat paling murah untuk membeli belah dan memborong barang ole-ole, iaitu di Krisna. Kat sini korang leh jumpe macam-macam dari makanan, baju-baju, kain-kain sarung, barang perhiasaan, fridge magnet, key chain, barang-barang mandian dan macam-macam lagi. dengan IDR 300.000 korang leh dapat banyak bende hihi. Selesai cuci mata ole-ole dan memborong, kitorang makan siang di Ayam Tulang Lunak Malioboro. Aku rasa ni lah satu-satunya tempat makan yang aku ingat. hihi. Masa pun da suntuk, kitorang meneruskan perjalanan ke Ngurah Rai Airport untuk meneruskan perjalanan pulang.

enak jugak rasanya hihi

the menu

Secara keseluruhannya, percutian ke Bali adalah menarik. Banyak juga tempat yang lawa yang tak sempat cover sebab cuti nya sedikit saja. Next time la kalau ada rezeki.  Cuma diingatkan agar korang tak pergi ketika waktu sambutan Hari Nyepi kerana, pada waktu ni tiada seorang pun akan keluar dari rumah selama 24 jam. Kalau korang pergi, rugilah satu hari tu. Rancanglah perjalanan korang baik-baik kalau nak pergi. Ok tu je nak kongsi, Bai!