helo guys! what are you doing right now? study? watching drama series or movies esp korea? working? counting sheep while waiting to fall asleep? Im just about to sleep after having tired day as being part of organizing committee for 2nd Annual IMMB Postgraduate Colloquium 2013. But the courage is still there to ensure the blog is still alive. ok lah, straight to the point. have you ever done something for your community? mungkin susah untuk kita melakukan sesuatu jika kita bergerak berseorangan.Penubuhan sesuatu persatuan pun hendaklah didaftarkan sebagai Non-Government Organization (NGO). selain daripada itu juga,komitmen yang konsisten juga perlu dicurahakan untuk memastikan keberkesanan penubuhan persatuan tersebut.
usah risau, ada lagi cara lain macam mana kita boleh berbakti kepada masyarakat. yang paling senang adalah...JENG JENG JENG...Derma Darah!! ramai orang yang takut untuk derma darah? kenapa? pertama, ramai yang memberikan respon berkenaan dengan rasa sakit. tipulah kalau aku kata tak sakit kan, biasa la tu jarum kan. Some tips kalau tak nak rasa sakit adalah uols jangan tengok masa nurse nak cucuk jarum tu, jangan fikir sangat sakit tu. fikir la masa pergi holiday ke? shopping atau pun makan.
kedua, semua takut berat naik? mengikut pengalaman aku,lepas derma darah badan aku tak adalah naik mendadak sangat.kalau naik pun sebab aku makan banyak. lepas derma darah doktor ada bekalkan ubat untuk merangsang pembentukan dan penghasilan darah yang baru. kalau takut berat naik,jangan risau,amalkan lah pemakanan yang sihat. Nak diet pun boleh tapi ikutlah cara yang betul. tidak makan dan berlapar adalah cara diet yang salah. Diet yang betul adalah makan makanan yang seimbang tepat pada waktunya. tapi bagaimana?
ok..ini adalahcara aku, sarapan pagi adalah sangat penting, makanlah walaupun sekeping roti pun. pada waktu pagi kadar metabolism kita adalah masih rendah, disebabkan oleh itu kita dinasihatkan untuk makan makanan yang ringan seperti roti etc. kalau berdiet lebih baik makan roti wholemeal diet yang mana kalori intake adalah lebih rendah berbanding roti butterscotch ataupun roti putih gardenia. waktu tengah hari pula, adalah dimana kadar metabolism kita adalah tinggi, jadi waktu ni boleh la makan nasi berlauk ataupun apa-apa saja. tapi janganla makan sampai tak hingga dunia,berpada-pada lah. cara aku, sekarang aku tak makan nasi hampir setahun. jadi pengambilan karbohidrat aku ganti dengan roti ataupun pasta esp aglio olio. petang pun sama, kadang-kadang aku makan roti nan, tandori tak pun capati. hahaha...masa zaman rajin pergi gym, aku ada personal trainer (PT) . perghhhhh PT ni train aku ala-ala
military,siap bagi meal plan diet. aglio-olio, capati dan tandori ni, PT la yang syorkan. lagi satu minum air kosong banyak-banyak, kalau bole lebih 2L per day. malam kalau boleh tak payah makan lepas pukul 8 malam. waktu tu metabolism badan dah mula turun. kenapa kita tak boleh makan malam-malam? sebab pada waktu tu aktiviti metabolism dah slow down dan aktiviti repairing cell akan aktif. kalau kita makan,sudah lah makanan tidak diproces malah proses pembaikan sel dalam badan juga turut terbantut.
|
beberapa dokumen yang diperlukan sebelum menderma darah. ini adalah kawasan menderma darah yang sangat selesa. |
|
bersedia! |
|
jom menjadi hero setanding dengan hero-hero hollywood macam superman and batman.hahaha |
|
10 reasons why you need to donate blood |
|
kawasan letak kereta yang disediakan khas untuk penderma darah |
|
foyer utama PDN |
|
nowadays, PDN is open everyday! |
|
my personal rekod |
|
my certificate! |
kembali pada tajuk asal, kalau uols berminat nak derma derma, boleh join mana-mana kempen derma darah yang biasanya akan diadakan di tempat-tempat tumpuan, pusat membeli belah adalah sebagai contoh. uols kena lah sentiasa update kat mane korang nak derma. tapi kalau korang penderma darah tegar,aku sarankan uols pergi Pusat Darah Negara (PDN) yang mana tempat adalah tertutup dan lebih selesa. Jangan risau berkenaan dengan tempat letak kereta sebab ada kawasan khas yang disediakan. walaupun rekod derma darah aku masih tak banyak lagi,aku sarankan uols untuk menderma darah disamping kita boleh membantu orang yang betul-betul memerlukan pertolongan. aku dah berazam dan bertekad untuk menjadi perderma darah tegar mulai 2013. korang bila lagi?! jomlah! lepas selesai derma darah, uols dikehendaki untuk berehat sebentar untuk lebih kurang 10-15 minit. kalau uols tak pening ,lepas tu uols bolehla mengisi perut sikit. Biasanya, pihak penganjur akan menyediakan sedikit makanan. dulu aku pernah dapat air milo kotak, 100 plus, biskut,roti, kuih-muih, nasi goreng, sijil dan macam-macam lagi. kalau bertuah boleh dapat key-chain, mug, t-shirt, pen.
berikut adalah kriteria-kriteria jika uols ingin menderma darah:
uols berasa sihat pada hari tersebut.
uols mestilah berumur 18-60 tahun
berat badan melebihi 45 kg
tidur yang cukup dan melebihi 5 jam
tiada masalah perubatan
tidak mengambil sebarang ubat (cth : antibiotik)
uols telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah
uols tidak terlibat dalam kegiatan homosexual, bisexual,penyalah gunaan dadah atau pun menjadi pasangan bagi golongan tersebut.
pendermaan terakhir adalah selepas 3 bulan.
kalau uols menepati ciri-ciri tersebut,apalagi jom Menderma Darah!
ok da habis, bye!
4 comments:
Apparently, kita ada azam yg sama..
Kalo rasa boleh komit dgn derma darah, apa kata upgrade jadi penderma aferesis tetap plak..
Boleh derma setiap 2 minggu..
oh, btw, salam singgah..
sila singgah entri aku ni utk tahu azam aku yg lain..heheh
http://cerolian.blogspot.com/2013/01/6resolusi.html
yups..memang berniat nak jdi donor untuk aferesis...cuma masih kurang clear dgn requiremant die :-).... Soon ill be like u!
sama la kita :) kalau tak keberatan lawatla my blog..
Post a Comment