Saturday, 28 December 2013

XPDC Gunung Datuk, Negeri Sembilan

Assalamualaikum Bloggers!

malam masih muda bukan? jom kite hapdet sikit cerita hari tu. Pada 251213 aku bersama rakan-rakan berjaya menakluk puncak Gunung Datuk! dah lama rasenye aku tak hapdet misi panjat panjat kan. last update bulan 9 aritu cite pasal Kinabalu. So lepas 3 bulan kalo pancit, mengah-mengah xyah tanya la nape kan.haha. Gunung Datuk terletak kat Rembau Negeri Sembilan dengan ketinggian setinggi 885 meter. aku tak cukup otai lagi nak daki G7 lagi. G7 tu pebende? G7 adalah gunung yang mempunyai ketinggin gunung lebih daripada 7,000 kaki bersamaan dengan 2311.6 meter dari aras laut. Antara gunung-gunung G7 yg popular kat Malaysia ni adalah :
 
1. Gunung Tahan (2,187 meter @ 7,186') - Banjaran Tahan , Pahang
2. Gunung Korbu (2,183 meter @ 7,162') - Banjaran Titiwangsa
3. Gunung Yong Belar (2,181 meter @ 7,156') - Banjaran Titiwangsa
4. Gunung Gayong (2,173 meter@ 7,129') - Banjaran Titiwangsa
5. Gunung Chamah (2,171 meter@ 7,119') - Banjaran Titiwangsa
6.Gunung Yong Yap (2,167 meter @ 7,110') - Banjaran Titiwangsa
7. Gunung Ulu Sepat (2,161 meter @ 7,089') - Banjaran Titiwangsa
 
setakat ni memang aku tak pernah khatam dan tak pernah grad G7 ni hahhaa. tapi jangan terkejut kalo aku da grad G12. pebende G12 tu? G12 tu gabungan G7 dengan 5 gunung tertinggi kat Sabah Sarawak. Jadi 7 + 5 = 12. haaa gittew jawapan die. Puncak Gunung Kinabalu adalah yg paling tinggi kat Malaysia dan Asia Tenggara dengan ketinggian 4095.2 meter. Alhamdulillah dah sampai aku kat puncak drama kesukaan aku, Dejavu di Kinabalu. Walaupun aku tak grad G7 lagi, aku yakin G7 lagi tough dari Kinabalu. sebab ape? G7 xad toilet kat checkpoint, xad restoran, xad porter. kite kena angkut backpack yg besar2 tu sendiri, atleast nak naik G7 akan makan masa 4 hari.  

Berbalik pada cite Datuk kite ni, xpdc kali ni pada awalnya disertai oleh 13 orang. Namun diatas faktor-faktor tertentu hanya 10 orang peserta yang berjaya memunculkan diri masing-masing. Kami berlapan iaitu aku, Remee, Hafiq, K-en, Shida, Afdhal, Man dan Lala berkumpul di Petron Ampang seawal jam 4 pagi. Oleh kerana aku berdrama pagi tu, akhirnya aku dan Remee lambat sampai. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke RnR Seremban dan tepat pada pukul 5 pagi kami sampai disana. Jimot dan Azuan tunggu kat sana sebab diorang gerak daripada Shah Alam. Perjalanan dari RnR Seremban ke exit Pedas mengambil masa lebih kurang 30 minit, Kitorang singgah kat masjid berdekatan untuk menunaikan solat subuh dan kemudian perjalanan diteruskan ke Hutan Lipur Gunung Datuk. Bayaran sebanyak RM5 dikenakan untuk setiap kepala sebelom memulakan pendakian. Alhamdulillah cuaca pada pagi tu sangat cantik. Mana taknya, setiap hari aku risau sebab Kawasan Daerah Rembau di ramal hujan. takkan lah kitorang nak berputih mata datang jauh-jauh, kalau kitorang tak dibenarkan naik sebab hujan. Sampai hari-hari aku update pasal ramalan cuaca kat Jabatan Meteorology Malaysia. hee

Oleh kerana kitorang plan untuk daypack hiking, so xyah la bawak backpack besar-besar. cukuplah bawak air 1L, energy booster (coklat), roti. Baju hujan, headlamp dan ubat-ubatan adalah keperluan standard kalau nak hiking. manalah tau hujan lebat tiba-tiba runtuh dari langit kan. Kitorang memulakan pendakian seawal jam 7.20 pagi dan lebih kurang 2 jam perjalanan akhirnya kami sampai kat puncak. WoW angin kuat gile! aku yang tak berapa nak ringan ni turut rasa nak melayang! hahha... Pada waktu tu sume dah dok sibuk dengan kamera masing-masing. aku pun tak tertinggal sebab nak test baby baru si GoPro tula! lama gak kitorang menghayati suasana kat puncak, adalah dalam lebih kurang 1 jam 20 minit. Cuaca sangat cantik sebab matahari pun sempat memunculkan dirinya. pada masa tu juga, sempat la kitorang mengalas perut masing-masing setelah bersusah payah mengangkut makanan tu kan. Hiker kalini tak ramai seperti mana dakian Datuk yang lepas, mungkin disebabkan perayaan Hari Natal. lagi syiok sebab boleh konker satu puncak tu! tepat jam 10.50 pagi kami memulakan perjalanan untuk turun dan tepat pada jam 12.10 kami sampai di kaki Gunung. Seterusnya perut pun dah lapar ktorang carik tempat makan tengah hari sebelom pulang ke KL.




kawasan lapang sebelom sampai puncak

 



ada matahari! lega sangat dikurniakan cuaca yang cantik pada hari tersebut!



GoPro in action!



pertandingan mata sepet
the signature of Datuk!


testing GoPro


still testing?


nice gak la....8 bintang ntok post ni


bertapa


the view from Mt Datuk


Remee and I


sapa yang paling cute?


candid?


sila focus kat mulut K-en!hahhaa


Rembau most wanted yaw!


selfie sendiri


novel picture?


the route of Mt. Datuk!

 
yeay! Gunung Datuk kami Tawan!

 

Tahniah kawan-kawan untuk yang pertama kali sampai puncak! DAEBAK! dan aakhirnya aku, tak lupa pada Remee dan Hafiq yang juga berjaya sampai puncak Datuk untuk kali kedua! mungkinkan ada untuk kali ke3??tepuk dada tanya fitness.hahha ok tu je nak cite. K BYE! 
 
 
 
 

2 comments:

wakgelas said...

wak pon baru je naek gng datuk jugakk.., chantekks kann}

Farah said...

Trail clear tak?