Monday 13 January 2014

Air Terjun Sungai Chiling, Selangor

 
assalamualaikum blogger.
 
 
dua minggu lepas punya cite, hari ni baru sempat nak hapdet cite. aktiviti weekend untuk kali ni, we planned to go Sungai Chiling. tak pernah ada idea tempat Sungai Chiling ni camne. bile aku google google tinggi Air terjun Sg. Shiling ni 300 meters. So, aku imagine aku kena hiking dan kena panjat-panjat.hahah macam exaggerate je kan. dah alang-alang nak mandi manda, so apa lah salahnya kalau wat bbq sekali. Hafiq Hashim selaku star dan ketua xpdc delegate kerja kat kitorang apa yang perlu bawak. oleh kerana Hafiq star, makanan utama kitorang masa bbq tu die yang bawak. tak lain tak bukan mestila ayam kan. bukan ayam je, ada gak makanan dan barang-barang lain yang kena bawak. makan lain macam sosej, wedges, nugget, bihun goreng, sandwich dan jajan ada lah jugak kan. ooo anggur pun aku ada bawak gak. mana tau ada yang kelaparan kan, perut ada sembilan kan, so bawak makanan tu ikut bajet yang bersesuaian la ye, kalo tak korang melompong je tengok orang makan. haha. pagi tu aku bangun seawal jam 5.30 pagi untuk sediakan makanan yang patut aku bawak. feeling-feeling macam mak sediakan sarapan pagi untuk anak-anak pegi sekolah gittew haha.
 
pagi tu, kitorang berkumpul kat rumah Wawan dekat ngn Giant Gombak. pahtu, Ken ngn Syida sempat beli nasi lemak pagi tu untuk buat alas perut. aku tak ingat kitorang gerak pukul berapa sebab aku tak pakai jam dan kali ini aku tak drive, jadi penumpang je. Perjalanan pergi kitorang tak lalu highway plus, kitorang amek jalan yang nak ke ulu yam. kalo nak rough estimate, aku agak-agak perjalanan dari Gombak tu ke Sungai Chilling tu makan masa dalam satu jam setengah perjalanan dengan kelajaun 100 km/h. Setibanya kat tempat tu, benda pertama yang kitorang wajib buat, mestilah pegi daftar nama kat pondok ranger dan RM 1 dikenakan untuk setiap kepala. punyela semangat nak wat BBQ kat air terjun kan, sekali ada spot check bag! urghhh!
 
Ranger: "sebelom masuk sila baca peraturan dulu kat situ". sambil menuding jari kearah papan tanda
Kitorang: berbisik sesama sendiri sambil buat muka frust dan tak puas hati.
manusia satu : aku dah agak dah, baik tak payah buat bbq
manusia dua: rilex la duluu...
manusia tiga : so macam mana ni
Ranger: kalau korang nak BBQ boleh, tapi kena bakar kat bawah. "mane arang?, mane grill?"
kitorang: masih menunjukkan muka blur dan sedikit frust tak puas hati tanpa buat action segera seperti mana yang diarahkan oleh ranger.
Ranger: korang jangan sampai saya bukan beg satu-satu nak cek barang untuk declare barang.
Kitorang: segera menunjukkan dan mengeluarkan beg-beg dan barang-barang yang ada. daripada makanan kering dan makanan basah.
Ranger: dok sibuk kira berapa bungkus makanan yang ada. ranger menunjukkan muka stress bila ada barang mentah.
manusia empat : borak-borak dengan ranger bagi sambil buat muka tak berapa nak stress (walhal dalam hati rasa nak campak-campak je).
manusia lima: kalau macam ni gaya die, baik kita bbq kat ulu-yam. (aku terdengar yang tu.hahha)
 
kesimpulannya, kitorang tak tahu pun tak boleh buat bbq kat kawasan air terjun, tipulah kalau kata tak frust dan tak stress. semua perasaan tu digambarkan kat muka masing-masing. ok, memandangkan tak sorang pun dari kitorang yang pernah sampai Sg. Chiling, normal la kalau tak tahu. oh setelah selesai usurusan declare barang-barang tu, kitorang dikenakan deposit RM3/item. total semua barang-barang kitorang dekat RM100 gak, so deposit RM50 ranger tu suh bayar. bile da turun daripada air terjun tu, kalau barang-barang tu ada, so deposit akan dipulangkan semula. Unless kalau ada barang yang tak cukup, duit tu kira burn jela. bila fikir-fikir balik, make sense la perturan ni, sebab kebersihan hutan terjamin ok!
 
berbalik pada first imagination aku pasal sungai chilling ni, aku ingat kena daki-daki, owh itu semua imaginasi yang auta belaka sebab perjalanan die straight je,kalau nak lari ke jogging boleh sangat.hahha. ha! kalao nak ke air terjun Sungai Chiling ni, aku recommend korang pakai jela sandal. kalau nak pakai kasut boleh, but make sure kasut tu bersesuaian dengan aktiviti air sebab korang akan melepasi sebanyak 6 kawasan "river crossing". river cross 1-5 masih boleh jalan santai-santai, bila da masuk kawasan river cross yang ke-6, ketinggian air boleh mencecah aras dada, itu kalo ikut tinggi aku la 160cm. Ada yang teruja sangat masa lalu river cross sampai jatuh tegolek. hahha. memandangkan ni la kali pertama aku datang sini, perasaan teruja tu memang ada, lagi-lagi tengok ikan kelah yang jinak-jinak belaka. well, air terjun Sungai Chiling pun dikenali dengan antara kawasan air terjun yang top jugak. bile sampai tempat die, WOW ni la tempat die??seriously cantik u! bila sampai situ, kitorang bentang tikar, dan keluarkan makanan yang ada. tipulah kalau kata tak lapar. nasib beli nasi lemak boleh la wat back up. pahtu mandi main air, lapar naik makan pahtu masuk air balik sampai la puas hati.
 
tak boleh la nak mandi kat air terjun lama-lama sangat sebab sume asyik dok teringat ayam kat bawah tu. punyelah semangat star perap ayam malam-malam, carik resepi lagi kat internet, hahahaa. kitorang turun dalam pukul 12 tengahari dan lebih kurang 45 minit kitorang sampai balik kat pondok ranger tu. Setibanya kat pondok tu, kitorang kena tunjuk sampah-sampah dan barang yang dibawa untuk dapatkan duit deposit tu balik. So far semua cukup dan tak ada pun masalah yang timbul. Selesai je urusan tu, maka bermulalah aktiviti bakar-bakar  dan makan. kalau korang nak dirikan khemah pun boleh, sebab kawasan ada disediakan. nak solat pun boleh, surau ada disediakan tapi kena sabar dan gigih sikitlah sebab tempat solat tu kena share laki dengan perempuan. tandas pun ada gak disediakan tanpa dikenakan sebarang charge untuk masuk. oleh itu, koramg tak payah bersusah payah nak buang air kat sungai tu memandangkan toilet pun free je. kawasan Santuari Ikan kelah Sungai Chiling tutup pada pukul 6.00 petang, so pukul 5.30 petang tu kitorang dah kemas-kemas untuk pulang. Sebelum pulang macam biasa, kenalah amek gambar untuk dijadikan kenangan! So, mana lagi nak pergi lepas ni??
 
btw, thanks for reading!
 
 

this is our STAR. muka serius tak? serius tak?

star kire nasi lemak, kena betul-betu kire nanti ranger marah.hihi

yang dalam palstik hitam tu ayam, yang dalam kotak tu arang. tak boleh bawak naik. selelasai bayar deposit, dapat resit yang telah dicop ok!please simpan resit tu elok2

aku rasa ni teruja sangat! seriously lawa.

kami! sorry photographer

I know this is not the best shot! but one day, it will!

pembakar ayan paling serius!

sape la dok bertenggek kat batu tuh!

Nampak tak ikan tu!? I  like this pic!

ni gaya masa star kat dalam perut mak die lagi heheee

gaya paling style!
 
ni gaya macam hamper lemas dah ni
 
Star paling focus dalam semua benda pun. tiup tiupppp
 
tengok la sape paling star? haihhh

 
 
yang pakai towel kuning tu paling terer bab-bab terjun dalam air...

river cross area
 
bergambar sebelom pulang! timekaseh menjayakan xtvt ni!

7 comments:

Syahirah Rasdi said...

nice..

wakgelas said...

sian kann xleh bbq kat atas nunn., harhar2 bro AFDHAL pon ado kewww..,untung rrr

shekimura said...

hai deydey...sy plan nak pegi sana next weekend.
thanks for sharing..
btw..deposit mmg kena byr rm100 plus rm 1 per pax ke? kanak-kanak bayaran sama ke?
bayran kelah sanctuary asing jgk ke?
sorry to many questions..hehe
need the info.hope rep. thank you

Puteri Ninja said...

nak tau..ade camp site or rumah2 x kalau nak bermalam kat situ? means..ade tapak utk beraktiviti x kat situ? bilik air or watsoevee :) hehe.

Johan said...

BBQ tak dibenarkan kerana ada yang ambil kesempatan bakar ikan kelsh.

CeritaMama said...

Nice blog.. thank you for sharing :) Great pictures & shoots.
For sharing, Kolam Renang Putrajaya

Anonymous said...

BBQ je ke xle? If sy bwk mihun or mknn dh masak?