hello guys!!
its Paris time! hahha over. bak kata orang kan, selagi kita tak kehilangan sesuatu, kita tak akan pandai menghargai. tapi, kali ni aku emerge kan dengan masa. masa yang telah lepas pastinya akan mejadi kenangan pasa masa sekarang tak kira kenangan yang baik atau yag buruk. kan kan kan. ok lets go to the main point. kali ini ak sambung entry pasal Euro Trip Part III: Bounjour Paris!!
setelah penat pusing satu
London , aku bersama kawan-kawan gegurl aku meneruskan misi penjelajahan ke Paris. kitorang bergerak dari Victoria Station dengan menaiki bas euroline ke Charles De Geulle (CDG) airport. die punye penat sampai aku tido sepanjang perjalanan ke Paris tu sampai berdengkur ke apa ke aku pun tak persaaan. hahhaa. Masa balik ni tak ada pulak aku perasan ada kena naik feri ke tak, atau aku yang betul-betul tido mati. yang penting aku lepas dari emegresen dan selamat sampai CDG. Setibanya di CGD aku dan lain-lain terus ke terminal 2 CDGVAL. nak dikatakan, aku macam da agak expert la kat airport ni. mana tak nya, a day before tu kan aku da stranded lebih kurang 8 jam kat CDG, habis semua pelusuk airport tu aku redah. hahhaa.
Tiba masa untuk membeli tiket ke mane???ok dah kate nak check-in hotel kat paris, so kite kena heading ke hotel dulu. kitorang book hotel yang berdekatan dengan stesen utama kereta api yang terletak kat Gare de Lyon. setelah mengamati dan mengkaji setiap factor termasuk kadar kejauhan, kadar kemampuan poket, akhirnya kami memilih
Adagio Access Paris Porte De Charenton . harga yang affordable untuk kami bertiga ok! berbalik kepada cerita di CDGVAL, aku pun dengan kelam kelibut speaking france, Bounjor! pahtu speaking la English balik "can I have three tickets to Gare de Lyon please?" OMG OMG.. korang nak tahu pastu orang tu reply ape? die cakap: "orang Malaysia ke?". "oh you can speak Malay???" replied aku. pergh rasa eksaited tahap over sebab jumpe somebody yang boleh cakap malay. bukan itu je yang die tahu, agak fluent jugak la dia cakap. aku sempat Tanya macam-macam dan aku dan kawan-kawan dah rasa konfiden sikit nak travel Paris ni. Almaklumlah kami semua perempuan, pastu sebelum fly g Paris, banyak rumors kate kat Paris ada banyak Gipsi (penyeluk saku tahap advance). gile tak takut!? takut la weh. tapi don't ever show it on your face, buat-buat confident sudeyh.
to be honest, kitorang jalan memang tahap gamble. dah kata backpakers kan.hahhaaa. yang kitorang tahu, kitorang mesti sampai stesen Gare de Lyon. so dipendekkan journey kitorrang nak ke Gare de Lyon perly tukar di beberapa stesen iaitu dari CDGVAL (airport) > Chatelet Les Halles > Gare de Lyon. Pabila kitorang sampai kat Gare de Lyon, memasing da putih mata tak tahu nak pegi mana. hahahhaa. apa lagi lets ask the people again. hurmmm diorang tak fasih sangat cakap omputih. kamus electronic france aku angkut kehulu kehilir pun tak membantu. so nak senang, tunjuk je peta yang aku nak pegi tu kat information center, taraaaaa pahtu die bagi la instruction. senang bukan??? hak3. apartment Adagio ni terletak kat De Charenton yang mana aku kena amek train ke Reuilly-Diderot>Michel Bizot. sampai je kat Michel Bizot, aku kena jalan kaki lagi, tapi still blurr kat mane. aku mana boleh excess tenet, tak ada free wifi, kalo nak excess takut kne charge beribu-ribu. so, aku Tanya la orang lagi. "Holla Bonjour! how can I reach to this place?" Im so lucky that the person yang aku jumpe tu boleh cakap omputih. hik3. Time ni kan memasing kaki da penat gile. banyak sangat episode dramanya. hahhaa.. yang penting kitorang sampai di ADAGIO!! yezaa. tips: Tanya je orang kalau tak tahu, bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan kan. abaikan grammar ke ape ke, janji maklumat yang hendak diperkatakan oleh kedua pihak tu sampai ok?
yeay! lepas je kemas salin baju sembahyang, kitorang meneruskan perjalanan untuk melawat beberapa tempat di Paris. when talking about Paris, mesti la terbayang Eiffel Tower kan, city of romance. now the next task, macam mane kami nak ke sana?? kalo baca peta kan, terlampau banyak option yang korang boleh pilih untuk ke Eiffel. nak senang, kite Tanya la receptionist. "hye miss, can u help us on how to reach this place, I mean is the easiest route" haaaa giteeww. lepas dapat route yang mana satu nak pilih, kitorang kena beli tiket plak. aku rasa yang ni paling adventure. well, standard la kan kalo nak beli tiket kite gune kaunter kan, but not in this place! sume kena guna self-service. die punye instruction agak mengelirukan so kena la Tanya information kaunter. selepas berkomunikasi gaya orang bisu guna bahasa isyarat akhirnya kami Berjaya membeli tiket! yeay! satu kepuasan.hahhaa. kitorang tak amek travel pass sebab orang yang boleh cakap melayu kat CDGVAL tu kate rugi dan bek tak payah, sebab tu kitorang travel macam orang kebanyakkan je. hihii..
you know what, London tak macam Paris, Paris tak macam London. I don't know what others say about Paris. kenapa aku kate macam tu? hahhaaa.. biasala orang melayu kampong datang Paris mesti la orang Paris pelik. macam orang negro datang Malaysia, mestila orang Malaysia pelik kan. nak pandang pun jeling-jeling kan. even kalo kite senyum kat diorang pun, diorang akan bertambah pelik. mungkin bukan culture sana kot. yang penting aku dengan kawan-kawan aku seronok cakap melayu sepanjang naik train. time ni kitorang tak berani nak keluarkan sebarang gadget untuk amek gambar ke ape ke sebab telalu banyak rumors pasal gipsi. haha. setelah beberapa minit dalam train, akhirnya menara Eiffel Berjaya menampakkan dirinya. Gile kot ! teruja gile. hanya aku yang tahu perasaan tu.
Perasaan takut tu mesti ada, tapi kadar keterujaan tu melebihi kadar ketakutan sikit je. so, kitorang biasa-biasa je. ada gak jumpe orang Malaysia kat sini, tapi diorang tak ramah nak balas senyuman yang kitorang bagi. bukan la semua, maksud aku segelintir saja. adakah mereka merasakan apa yang kitorang rasa? owh tepuk dada Tanya selera. uih tak habes-habes kitorang posing sana-sini. banyak sangat orang jual souvenir kat bawah Eiffel Tower tu. ada yang legal ada yang illegal. yang jual illegally tu harga die murah sikit dari yang legal. apa masuk legal dan illegal ni dedey? adoi. ohh Legal tu maksud die, orang tempatan yang berdaftar jual souvenir situ. illegal tu kebanyakkannya orang negro dan orang asing yang jual souvenir dengan harga yang lebih murah. Souvenir yang dijual tu sama ja. terpulanglah pada korang nak beli dari sapa kan. yang tak bestnye, pejual souvenir yang negro tu suka paksa dan psyco pelancong-pelancong kat situ termasuk aku. aku adalah juga rasa terancam sikit. hahhahaaa. tapi the best tips is, jangan layan diorang kalo korang tak ada sebarang bisnes, jangan layan and don't say even a word pun dan buat tatau saja. jangan terkejut kalau negro-negro tu tau cakap bahasa melayu sebab diorang dah di train untuk marketing diorang. jangan terkejut kalau Nampak negro-negro tu lari bertempiaran lintang pukang dek kerana di kejar polis ok!walaupun begitu,Eiffel Tower still the best place to go and recommended to experience your "city of Romance" by yourself ok!
setibanya di apartment, masing-masing sudah kepenatan dan kelaparan. Tibalah masanya untuk kitorang keluarkan bekal-bekal yang kitorang bawak dari Malaysia. Daripada Meggi, Milo, Vico, Bubur knorr, sardine dan tak lupa juga ikan bilis. hahhaa. apartment ni ada dapur, so boleh masak-masak pa yang patut. malam tu sejuk sangat-sangat and its time to rest.
ok itulah cerita kitorang aku menerjah bumi Paris. nantikan Euro Trip part IV menjejaki Lyon, France... tungguuuuu.....