Tuesday 5 August 2014

XPDC Bukit Kutu, Selangor

hai. da lama rasanya tak update blog. kali terakhir update blog mase bulan January. how time flies guys. between that month tu, banyak gak aktiviti yang aku wat. cuma tak sempat nak update je. lagi mudah nak update dalam instagram kot. tak tahu nak start dari mane sebab konkonon nak lumsum cerita. so jalan cerita tu nanti kurang detail plak. hihiii.. nak flash back sangat pun tak ingat. Ok aku tulis la pe yang aku ingat.
 
 
ok start dengan masa mula-mula aku teringin gak nak panjat bukit kutu sebab dekat kat Selangor je.  tapi tak pena tau kat mne area tu, kalo setakat Selangor bole la aku boleh pergi sendiri. masatu area bulan februari dan nak dijadikan cerita, dah dok teringin sangat nak pegi, baru la aku realize yang mana tak dari seorang pun antara kitorang yang penah naik kutu. bunyi agak gila, mana la tau sesat dalam hutan nanti da la tak ada guide. so mcm biasa aku google carik info-info berguna. baca punya baca punya baca last2 aku pening sendiri. walaupun orang cakap trek die senang tapi senanya agak tricky. dipendekkan cite aku whatsapp jela otai2 gunug yang aku kenal. instruction yang die bagi cenggini:
 
1) lalu jambatan kat area empangan tu masuk kanan ke arah Kampung Pertak; hint: simpang tu betol betol lepas empangan, kalau laju konpem terlepas.
2) lepas tu masuk straight je, ada simpnag tiga; satu naik bukit satu turun bukit. ambik kanan (turun bukit)
3) pahtu terus sampai jalan kecik, tetus dan terus sampai jalan mati.
4) lepas tu kalau nak trekking, die cakap senang je sebab trek clear tapi banyak simpang la awal2
5) aku diarahkan untuk ikut kanan jeee
6)lepas jambatan runtuh amek simpang kanan
7) pastu kanan lagi sampai turun bukit sikit,jangan ambik kiri. lepas tu akan cross sungai.
8) dari sungai tu kekiri, jalan die agak kebawah sikit, pahtu terus je sampai jumpa simpang then amek kanan. Hint: ada signage bukit kutu kat pokok.
9) pahtu terus je sampai puncak ok.
 
hahha. macam tu je instruction untuk kitorang yang tak pena naik kutu. kite tengok samaada intstruction ni dapat di follow atau tidak.hahhaa. kali ni punye trip agak ramai yang join sampaikan ada yang tak kenal pun.friend of friend. mula-mula agak takut sebab aku yang ajak pahtu aku jela yang tau jalan itupun base on instruction yang member aku bg. hahha. pahtu bende yang paling aku nak buat masa kat puncak adalah main masak-masak. da lama aku nak main masak-masak tapi tak kesampaian niat aku tu. almaklumkan aku newbie je lol. so we plan to have steamboat kat puncak. adala yang bawak stove, gas, makanan sampingan, ada gak yang bawak megi sardine so on. yang penting air kena la cukup sebab nak masak sume pun guna air kan.
 
janji hanya tinggal janji. janji nak gerak awal, sudah tu hurmmmm... tapi tak pela suma pun sampai. pendakian memamakan masa selama 3 jam. nama je bukit tapi taraf gunung jugakla. trek seswai untuk sapa-sapa nak wat training. ada kawasan bamboo yang cantik.  setibanya di puncak, owh macam ni ke puncak die? kena bergilir naik kat puncak atas batu tu. limit dalam 3-4 orang camtuh. kalo mak aku tahu mesti die dok mengucap, kawasan agak bahaya, so berhati-hatilah ye. sesudah semua kawan kawan member member friend of friend sampai puncak, kitorang memulakan party steamboat. ak beli pes tomyam kat pasar besar klang. sedap wo pes tu..kikiiikii... aku Berjaya masak megi akhirnya hahhhaaa. buat air kopi, air teh masak sardine sumelah. dah habis makan da habis masak, sampah jangan lupa bawak turun. sayangilah hutan kita ok.
 
 
lepas amek gambar kat puncak, bersiap sedia untuk turun. sampai je kat bawah sambung mandi manda kat sungai. air sangat sejuk sangat fresh! tapi aku tak mandi, aku tengok jela bebudak ni mandi. macam best la plak kan. lepas mandi tu apa lagi perut lapar balik. masa kat atas kalo korang nak tau, roti ngan sardine adalah makanan yang agak kurang laku. hahhaaa.. sume pakat dok makan steamboat -.-. akhirnya sampai bawah kelaparan, sardine ngn roti gak yang dicari. hahhaa.
 
selesai sume, kitorang singgah masjid untuk solat pahtu masing-masing balik la rumah. mak aku dah tepon-tepon aku nape tak balik lagi. hihiii...ha! akhirnya Berjaya jgak sampai puncak dengan guna instruction macam tu. tapi aku rasa better korang pegi dengan orang yang da pena pegi. incase kalo ada pape ke kan. precaution and preparation tu penting. masa naik tu,ramai gak la hikers lain. meriah, parking bawah pun penuh. so far aku sangat berpuas hati dengan xpdc ni. boleh repeat!!ok bye!
 
kawasan yang agak cantik sebelum sampai puncak. batu besar besar

Nampak tu batu tu?sume posing sakan

ni la puncak bukit kutu tu! agak bahaya slah step boleh jatuh. hati hati!

kibar sikit bendera Malaysia! aku tatau nape orang panggil bukit kutu. banyak kutukah?

antara yang turut memecah lemak

yes! we do selfie!
 
 

1 comment:

Unknown said...

salam
boleh x email direction ke bukit kutu?