Friday 18 January 2013

Aku hanya pendaki amatur yang mencari sesuatu

hye readers! apa khabar? ni hao ma? wo hen hao. xie xie... :) ok, entry kali ni aku nak sembang-sembang tentang aktiviti mendaki bukit atau pun hiking. seperti yang sedia maklum aktiviti ini  amat menarik untuk diceburi terutamanya kepada sesiapa yang sukakan aktiviti outdoor mahupun aktiviti lasak. al kisahnya bermula dengan keindahan pemandangan Bukit Broga, Semenyih, Selangor . Bukit Broga sangat terkenal dengan keindahan pemandangannya terutamanya lalang. oleh kerana itu, Bukit Broga juga dikenali sebagai Bukit Lalang. Pengalaman pertama kali mendaki sangat horror, ini baru bukit bukan gunung ok! bukit je.... Oleh kerana last minute planning, aku dan member memulakan perjalanan seawal jam 4pagi, yang mana kami bertolak daripada puncak alam. kami memulakan pendakian seawal jam 6.30 pagi. pada ketika itu aku tak bawak head lamp mahupun torchlight, so sepanjang pendakian  aku memang bergantung dengan pencahayaan member lain. kenapa aku kata horor? sebab masa tu aku gemuk gila, tanpa training aku belasah je naik. manalah tak mengah wehh..habis aku kena tinggal dan aku rasa looser gila! member sume sempat mengamati suasana sunrise siap capture amazing moment, aku? putih mata. dengan rasa kecewa aku tak habiskan pendakian hingga ke puncak Bukit Broga pun, hanya berjaya sampai di bukit pertama. aku ingat lagi,aku ambil masa hampir satu jam untuk sampai puncak yang pertama tu. perasaan aku? horror dan sedih. memandangkan aku guna garmin dalam telefon untuk guide jalan ke Bukit Broga, bateri pun kong. So, punahlah harapan untuk bergambar. sedih dan kecewa ganda dua, sekian.
 
 
beberapa bulan selepas itu, aku telah melakukan anjakan paradigma yang mana aku perlu untuk turunkan berat badan. apa yang aku buat? pergi sign up gym, hire personal trainer, sign up weight management programme, guna produk kesihatan etc. setelah melalui hari-hari yang memeritkan, alhamdulillah aku turun 20 kg! personal trainer aku memang terbaik! walaupun die train aku macam nak mati ala-ala military, tapi memang berkesan. fitness and strenght memang boleh dikatakan mantaplah kalau dalam gym tu. then aku decide nak test fitness outdoor pulak. Kali ni, aku dengan member yang lain bercadang hiking Gunung Nuang! pergh mantapppp... aku google untuk pastikan ketinggian Nuang ni berapa, dan ianya adalah lebih kurang 8kali Broga! adakah aku betul-betul bersedia?aku tak mahu pisang berbuah dua kali okeyh! kali ini aku dah berbincang dengan trainer aku macam mana nak well prepare my fitness. then, the day arrived! ekspidisi Nuang kali ni disertai 5 orang. perghhh..tipulah siapa yang kata Nuang ni kacang goreng!? boleh tahan gak! disebabkan fitness aku da well prepared, so aku boleh katakan, fitness aku memang lebih baik kalau nak bandingkan hiking Broga dulu. Jadi, kali ni aku tak rasa looser. perjalanan dan pendakian bagi kami yang amatur dan bukan pro, telah mengambil masa selama 4 jam setengah untuk sampai ke puncak sejauh lebih kurang 7.5km (6km-kaki bukit ke kaki gunung, 1.5km-kaki gunung ke puncak). Setibanya di puncak, hari mula mendung, dan cuaca amatlah sejuk! kami berada di puncak selama kurang dari setengah jam dan harus turun dengan segera kerana cuaca diramalkan hujan. kitorang turun dari puncak gunung dengan keadaan yang tergesa-gesa, hujan sangat lebat dan ditambah dengan trek licin, mak ai pacat memang confirm naik! akhirnya kami selamat sampai ke kaki bukit. perasaan yang aku boleh gambarkan, PUAS!
hentian di puncak persinggahan! hampir tibaaaaa

mercu tanda puncak Gunung Nuang

finally we did it! cuaca sejuk

kaki bukit

kaki gunung

pokok ni sangat unik ok!

mari mendaki dan terus mendaki
Oleh kerana, sewaktu turun dari Nuang aku telah toleh ke belakang, maka perasaan ingin mendaki tu masih membuak-buak. mana lagi nak daki ni?? aku buat keputusan untuk cabar diri aku dengan keadaan looser aku sewaktu mendaki Broga! kali ni, kami bertiga. Ianya adalah satu pencapaian yang amat bagus bagi diri aku kerana daripada satu jam (dakian Broga kali pertama), aku telah sampai ke puncak Broga kurang daripada setengah jam. perasaan yang aku boleh gambarkan, Gembira sambil meloncat-loncat!
dendamku terbalas!! hiha
lalang oh lalang
lalang tumbuh merata
no word can describe my feeling!
finally i reached peak of Broga Hill!
cabaran
float in the air
kegembiraan sehingga meloncat-loncat
karakter extra memang macam ni.hahaha
 
ok seterusnya, oleh kerana kali ni member-member hiking semuanya sibuk, aku masih meneruskan niat pendakian. Dimana? dekat je..FRIM, Kepong KL. sebenarnya, ini adalah wishlist yang aku nak realisasikan sejak lama lagi, Baru kali ni aku berkesempatan untuk meneroka canopy walk. Pendakian sekejap je lebih kurang 800 meter untuk sampai ke puncak canopy walk tu. perasaan yang aku boleh gambarkan, aku sangat teruja kerana aku berjaya realisasikan impian aku!
canopy walk is in the air bebeh!

trek

gayat kah?

it was awesome experience

finally the wishlist being realized!

the view from canopy walk

satisfied. fly me away please!
setelah beberapa bulan, aku jarang bersenam dan aktiviti mingguan sering dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan cari makan, memang aku dapat rasakan yang stamina agak low. nak dijadikan cerita, aku dapat panggilan malam-malam buta yang mana member aku ajak hike Tabur!? tak sempat befikir. YES! aku nak ikut! tak sedar diri, aku pergi tanpa training ok... nak pisang berbuah dua kali ke? hurm tak kesah, aku akan pastikan aku sampai ke puncak Bukit Tabur, KL! kami memulakan pendakian seawal jam 6 pagi. terus-terang la, aku memang mengah-mengah sikit tapi kemengahan tu hilang pabila puncak Bukit Tabur berjaya ku tawan jua. seronok naik Tabur ni sebab trek die banyak batu and for those yang nak try hiking Tabur, pastikan korang pergi dengan kawan-kawan. sangat bahaya dan curam. perasaan yang aku boleh gambarkan, rasanya kalau tak malu aku dah menjerit sekuat hati! malangnya, aku masih pemalu dan hanya senyuman yang aku dapat lemparkan di depan lensa kamera!
mencabar

view of KL from Bukit Tabur

laluan tebing yang curam.beware!

it was so wonderful!

langkah demi langkah

picture of them! lots of thanks guys!

bukit tabur's view from my lense

it was so amazing!

smile guys!

tabur berjaya ku tawan!
secara keseluruhan, mendaki adalah aktiviti yang menyihatkan dan menyeronokkan, ditambah pula dengan keindahan pemandangan alam semula jadi . proper training is needed for those who are interested to join this activity! kalo stamina dan fitness dah mantap, apalagi..banyak lagi bukit dan gunung kat Malaysia ni :) setakat ni, aku cuba daki area selangor-kl dulu.
 
 
da habis..k bye!

6 comments:

Aku pengembara said...

Cantik siot tempat nie.. hr tu ada rombongan nak p sana, ada hal plak.. Rugi! rugi!

dedey said...

memang cantik! tengok dengan mata sendri and feel the environment lagi besh! so fresh~

Anonymous said...

Hi... Nice entries & good info. Interested ngan gunung nuang punya entry. Kiteorg 4sekawan plan nk g naik gunung nuang nanti. So nk minta advice, kiteorg beginner, perlu ke ambek guider service? N kalau kiteorg x nk amek guider, nak naik nuang tu punya percentage utk sesat tinggi x? Atau kat trek nk naik tu ada banyak petunjuk jalan yang membolehkan kiteorg x menggunakan guider service? Tq.

Pok nik said...

untuk aktiviti pendakian lawati

kembara-alam-aadk.blogspot.com

sekadar berkongsi pengalaman

Anonymous said...

Bukit tabur ramai.jatuh yg mati pun ada. Experienced pendaki pun jatuh mati dr haluza dgn dramin tai. Al fatihah

aina said...

Nak tanya nii.. kalaau nak naik bukit tabur ni kena ada guider x? Takut sesat ja.. sbb first time nk naik