Sunday, 6 March 2011

alkisah hindustan si daun pisang

sambungan entry  gian (2).....



saat aku TERBANG DI KANYANGAN , tiada apa yang kufikirkan melainkan si LC. oh tidak! LC baru lahir 3 hari yang lalu, sudah terlibat dalam kemalangan. adakah aku yang cuai? hmmmm.. sudah takdir apa lagi yang boleh ku buat. ketika itu aku ayu berbaju kurung, akibat daripada terlanggar bonggol aku tercampak ala-ala superman terbang tak jadi. cerun jalan raya yang aku turuni bersama hujan lebat yang menyimbah bumi, membuatkan kemalangan bertambah tragis. badanku terhempas diatas jalan tar dan sempat untuk berguling-guling untuk beberapa kali dan akhirnya aku terseret untuk lebih kurang 25 meter daripada bonggol. yang paling teruk, ketika aku berguling-guling, helmet yang aku pakai cukup sempurna boleh tertanggal dan bergolek jauh daripada aku. begitu juga dengan nasib kedua-dua kasutku, turut tertanggal dan bertempiaran entah kemana. apabila difikir-fikir da macam kisah hindustan si daun pisang.*alahai*

ketika itu, aku teringat akan BAS RAPID KL yang ada dibelakangku. sejurus aku berhenti bergolek, aku terus bangun tanpa menghiraukan keadaan sakit dibadanku. aku takut jika aku akan digilis oleh bas. cepat-cepat aku mancari dimana sepatu ku dan segera menyarungkan di kakiku. habis bukuku di bakul bertaburan.OH TIDAK, buku hancur kena air, buku tu mahal..T___T. si LC turut terpelanting dan terheret hingga tempat duduk terbuka. habis segala kit skru dan playar juga bertaburan. aku dengan keadaan yang kelam kabut sudah tidak keruan apa yang patut aku lakukan.

disaat aku menoleh kebelakang ketika bangun daripada tersungkur oleh kerana takut digilis bas, aku terasa amat LEGA kerana bukan lah bas seperti yang disangka. RUPA-RUPANYA ada sebuah toyota CAMRY 2.2G berhenti dibelakangku. fuuuuhh~~~~ sangat lega. segala kesakitan badan dan kekalutan hilang apabila seorang jejaka membuka pintu keluar untuk membantuku yang malang ini. PERGHHH~ jantungku bagai nak tercabut dek kerana indahnya ciptaan tuhan ni. (senang cerita hensem la *.*) dengan segera pemuda itu menanya kepadaku, "ok tak?" aku membalas,"eh tak ad ape-ape, saya ok.". ketika itu kami berdua sedang sibuk mencari helmet yang bergolek, buku yang bertaburan dan skru yang bertempiaran.

setelah semua hartaku dikutip, pada masa yang sama juga, terdapat juga kereta ATOS dari arah yang berlawanan berhenti untuk membantuku. pasangan kekasih kereta itu sangat SANGAT perihatin. dengan segera mereka berdua keluar daripada kereta untuk membantu. si boy friend terus mengangkat si LC yng terbujur dan terus menghidupkan enjin.pada ketika itu, aku sangat TAKUT! "takkanlah moto da rosak, ayah baru beli, matila aku" getus hatiku. si jejaka terus dan terus mencuba untuk menghidupkan enjin dan akhirnya berjaya. ku menarik nafas lega yang sangat panjang. si girl friend membuka payung dan kami berdua berteduh bersama dan si girl friend tidak putus-putus menanyakan perkhabaranku. aku menjawab,"saya ok. terima kasih banyak-banyak".


setelah semuanya selesai dan redha, pasangan kekasih itu pun bergegas pergi, mungkin mereka ada kelas. cukup bersyukur kerana masuh ada yang ingin membantu. OH! tidak lupa pada si pemuda CAMRY, sempat dia bertanya kepadaku,"nak saya hantakan awak balik kolej ke?". niat dalam hati nak je berkata YA, apakan daya aku amat risau akan LC. aku harus bertanggungjawab keatasnya tanpa meninggalkanya ditempat kemalangan. aku menjawab, "eh tak pe, saya ok. saya boleh balik sendiri". setelah semua selamat, pemuda itu dengan segera pergi untuk mengalihkan kenderaan yang telah menyebabkan seluruh kawasa dalam kampus sesak dan jem keranaku. oh tidak, aku tak sempat nak ucap terima kasih kepadanya kerana keadaan sangat kalut.


ketika itu hujan masih lagi lebat, aku segera pergi ke arah LC yang juga cedera. kesian betol LC, aku amat bersalah. mana taknye, cermin sisi tercabut dan pecah, alignment untuk handle memang da senget dan juga banyak calar balar dek terseret. aku gigih memandu pulang ke kolej dan setibanya dikolej, aku terus menangis. aku tidak tahu kepada siapa aku harus mengadu. nak mengadu kepada ayah, OH TIDAK SAMA SEKALI! kalau ayah tahu aku excident moto, aku takut ayah marah. ayah pernah warning kalau aku excident, ayah nak tarik balik moto. tak nak tak nak, tak mahu naik bas. ketika itu, baru aku perasan yang baju hujanku koyak, tidak terkecuali baju kurungku turut koyak rabak. beg guess ku juga turut tercalar (sedihnya, beg ni mama yang kasi)



biarlah kusimpan dalam hati, aku masih ada tanggungjawab sebagai pelajar untuk ke kelas pada jam 8 malam. ketika sampai dikelas, aku mengadu kepada roommateku, dia sangat terkejut dengan apa yang terjadi, semua bagaikan sekelip mata, dan pada masa yang sama badanku terasa sakit-sakit dan kakiku mula bengkak-bengkak.habis je kelas, aku balik bilik dan terasa sangat tak senang hati. APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN? untuk melegakan hati yang runsing ini, dengan segera aku menelefon ayah.

apabila ayah tahu aku kemalangan, ayah tidak mahu bercakap denganku dan telefon diberikan kepada mama. mama sempat menanyakan bagaimana keadaanku. aku segera manjawab yang aku tidak cedera melainkan sengal-sengal badan. mama terus menyuruhku pulang untuk pergi mandapatkan urutan tradisional. aku menolak kerana banyak assignment yang perlu diselesaikan. walaupun ayah tidak mahu bercakap denganku oleh kerana marah yang teramat, suaranya amat jelas sekali ku dengar melalui telefon. hal ini  kerana ayah menjerit sebab apa yang ayah janngkakan sudah terjadi, apalagi mengamuk lah tu. sempat lagi menjerit menanyakan bagaimana keadaan moto. aku menjawab moto sihat walafiat sahaja, hanya terguris sedikit. padahal aku menipu kerana aku takut moto akan ditarik balik.


hari demi hari, masa pun berlalu. badanku semakin sakit. bukan sakit sedikit, tetapi sakit yang teramat. tidak boleh bangun lagi-lagi bahagian dada dan keatas. pada masa yang sama, aku turut demam panas. aku sudah mula risau. mulalah tebayang-bayang, mungkinkah aku mengalami pendarahan dalaman atau pun keretakan tulang? hanya tuhan sahaja yang tahu..........pada masa yang sama, aku berfikir mungkinkan aku akan bertemu sekali lagi wahai si pemuda CAMRY untuk ucapan terima kasih???....................................bersambung

4 comments:

Anonymous said...

wah penceritaan yang baek,, bLe wat noVel u.. xsabar nk dgr cerita si camry.. so sweet.. kesian awk.. len kali hati2..!! tp nk wat cmne kalo bnder nk kne kan..?? alhmdulillah xder pape,, cept2 wat medical checkup..!!

dedey said...

jeng jeng....nantikan. ok len kali akan berhati! baek bos..hehhe :p

Amirul Airil said...

cam aku dah tau je cite ni..huahuahua

dedey said...

arm.. Kalo da tau diam je...hehe.sejarah xmungkin berulang sbb skrung jarang nek m0to..