Sunday, 6 March 2011

siapakah dia yang tercipta untukku

ahad melabuhkan tirainya, berdesing laungan mama mengejutkan aku daripada lamunan tidur. "adik, bangun cepat. nak pergi puchong hari ini. cepat bangun pak long da janji nak pergi sama pukul 10,". sejurus mama beredar, aku merebahkan kepala kembali (sambung tidur la) tapi, rasa tak sedap hati, ku gigih kan diri bangun tidur untuk gosok baju kemudian bersiram. "hmmmmmmmmmm da pukul 10pagi, mama dengan ayah kat mane?", bisikku dalam hati sambil menggaru kepala. ouh rupanya ayah sedang giat mencuci kereta barunya dan mama sedang sibuk memberi makan pada kucing-kucingku. kucingku ad 6 ekor kesemunya, tetapi dua daripada cacat jadi mama dan ayah memang sayang akan mereka dengan memberikan perhatian yang lebih (aku?? alahhh tak cemburu walau sedikit pun). selepas mandi, aku bersiap dengan mengenakan baju kurung berwarna kelabu dan berselendang. ku menambahkn make-up diwajahku agar kelihatan manis. yela...kan nak pergi rumah orang kawin, sambil berwalimatularus sambil menikmati ciptaan tuhan( you get what i mean) hhahaaaa...

susah betul cari rumah pengantin ni ( rumah saudara jauh la katakan, jadi tidak begitu pasti mana satu jalan yang betul). pusing punya pusing punya pusing... akhirnya sampai. "aik? tak ada orang pun? salah rumah ke?," keluh dihatiku. laaaaaaaaaa..patut pun, masuk ikut belakang rumah (inilah akibat tersesat jalan tadi). lagipun majlis perkahwinan ni, dikendalikan oleh 'caterer'. jadi, tetamu yang hadir adalah sangat terikat pada waktu yang telah ditetapkan dalam kad jemputan (lebih-lebih lagi jika tuan rumah adalah orang melayu). berlainan jika dikampungku, para jemputan dialu-alukan untuk datang seawal malam hari sabtu dan berterusan hingga ahad. biaslah orang kampung masak secara gotong-royong. (so, makanan tu available pada bila-bila masa).

aku sangat kurang gemar nasi minyak, jadi aku tiada pilihan selain makan nasi putih. biasalah lauk rumah orang kawin ni, aku ambil daging masak kari, sambal sotong, kuah acar dan dua potong oren sunkis. aku makan dengan gelojoh kerana dari pagi tidak menjamah walau sedikit pun. TETAPI, aku masih dapat meng"control" ayu. hahahahaha...sopan lagi la, bukan la macam raksasa makan. SOPAN dan AYU ok?
mia bersama adib..amboi-amboi
TIBA-TIBA, ada seorang pakcik menghampiri mamaku. (pada firasat aku, sure pak cik ni taun rumah sebab lengkap berbaju melayu putih dan bersongkok dan cukup bergaya dengan cermin mata gelapnya. apalagi, sambil makan. sambil pasang telinga lah.....

 tuan rumah : "anak kamu perempuan sorang kan?"
mama: "eh tak la, ada dua orang"
tuan rumah: "24 kan umurnya, yang sulung tuuu?"
mama: "ha'a"
tuan rumah &mama :"@#$%)(*&%@#$%^&*(&^#$%^&*(@#$%^&*(&^"
tuan rumah: "kita hanya merancang, yang selebihnya tuhan yang tentukan"
mama hanya tersenyum-senyum.

APAKAH? owh malas nak ambil tahu, baik aku makan.. lapar ni. terdetik pula hatiku nak bawak DSLR time pergi kenduri kawen ni. bawak jela lagipun bukan rumah orang lain saudara aku gak. So, lepas makan apa lagi dok snap gambar jela. oleh kerana aku sangat amatuer, berkali-kali gak la aku amek gambar yang sama sampai dapat snap yang power. hahhaa. sampaikan semua tetamu ingat aku jurugambar tuan rumah. WAH! aku ada style la.... heeeeeeeeee..sebenarnya, tuan rumah tu pun ada photographer die gak. COMEL COMEL COMEL! hahhaaaa... ( oh bukti yang mengatakan bahawa.." its normal for a girl like me being attracted to a guys thus showing me im not lesbian.hahahah).
nokia>laptop>dslr. nanti upload yang real kasi cun lagi
pelamin>choc gold
ini bunga
catalog ke?haha

sedang aku asyik mencari view paling hebat, tiba-tiba aku disergah tuan rumah. "eh? pak cik nak apa" tanyaku dengan penuh dengan persoalaan. "ambillah gambar ini anak pak cik ni." katanya. "aku hanya tersenyum-senyum tanpa mengambil sebarang tindakan.pak cik ni beria-ria sangat lalu dipanggil anaknya untuk bergambar bersama (gambar anak dan bapa). aku jadi kaku, erkkkkkkk....nak tekan apa ni, nak guna mode apa ni? auto focus?manual fokus? auto snap? so.......aku main tembak dan ambek je sebab kalut. tindakan aku diperhatikan oleh saudara-maraku yang lain begitu juga dengan mama dan ayah. MALU la... apatah lagi jejaka itu. keh keh keh.rock la that guy, rambut die panjang dan rebond ada gaya macam artis. seriously!
what do u expect????

tak sabar timang cucu ke ma?
apakah yang ada difikirannya?
umur jejaka itu pun 24 tahun gak...ouh!macam mana aku nak bagi respon bila mama tanya, aku pun tak tahu. sesungguhnya kakak tidak tahu menahu mengenai perkara ini lagi. kalau dia tahu, macam mana agaknya.hmmmm orang tua-tua biasala tu..entah ye entah tak. gurau-gurau je kot. disaat ini aku masih berfikir mungkinkah aku akan bertemu si jejaka CAMRY... nantikan entry yang akan datang. bak kata pak cik tuan rumah "kita hanya merancang, tuhan saja yang menentukan". siapakah dia yang tecipta untukku...........

10 comments:

Sal~Asyraf said...

Cik dedey~ u ll find ur mr right one day..ke dah ada ni?tak update dekat nana pun?

dedey said...

one day.insyaALLAH...single lagi ni nana =)

Anonymous said...

hakhakhak~~ umor mcm kiter nie jgn jual mahal sgt,, tkot xlaku plak nanti,, tp sgt nk dgr citer si camry jgk..!!hakhakhak~~ gud Luck..!!

dedey said...

kalau ad masuk minang, accept je =P..hahhaa.. ayat redha. nantikan entry si abang camry =P

kak suhana said...

dedey ko tulis cerita bersambung la..cambest! yeahh!

dedey said...

yiha.....!! nantikan enrty terbaru, kak suhana =P

Anonymous said...

wah..hobi baru..gud job!!!
haha..truskan!!!
n___n

dedey said...

hye anonymous! i knoe u must be mastura..hehhee.. thnx!

Sal~Asyraf said...

Cik dedey syg~ dah ada camera best tuh..nnt my wed, jd fotographer ea..hehe

dedey said...

anything for you dear. but im not that expert la..heeeeeeeee