Tuesday, 8 March 2011

aku tidak bersalah!

bangun di pagi isnin amatlah liat. biasalah monday bluesssssss.... hari ini aku bangun awal pagi untuk ke kampus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. "malasnya nak drive pepagi buta ni, kan best kalau ada driver tak pun s**m* kan,hhhhhmmmmmmm." ku mengeluh sendirian. sedang asyik berbual bersama sahabat baikku ketika keretaku gagah menyusur ke Sungai Buloh,dengan TIBA-TIBA ada satu bunyi yang sangat memeranjatkan kami berdua hinggakan kami berpalingan sesama sendiri dan terpaku. "nurul, apa bunyi tu. jatuh kat mana?" tanyaku kepadanya. "hmmmmmmmmmmmmmmmmm..," nurul terdiam. "WOOOOOOOOOOOOOOOOoooooooooo!!!!!  retak la nurul! mesti batu jatuh terkena kat cermin depan," aku tergamam. apabila kuberfikir sejenak, rupa-rupanya ada lori batu dari arah berlawanan berselisih dengan keretaku...oh tidak! apalah nasibku. namun, masalah itu aku lupakan sejenak, kerana aku ada tanggungjawab yang lebih besar di fakulti.

nurul. sahabat baikku

jam menunjukkan pukul 5 petang, "wahhhh..da pukul 5 la..bersiap-siap mahu pulang". TIBA-TIBA, aku teringat akan kejadian malang pagi tadi yang mana cermin kerata telah retak oleh kerana batu yang terjatuh dari lori. pada ketika itu, aku mulalah berfikir KALAULAH aku bawah laju sikit, atau lambat sikit...batu itu mesti tak jatuh kat cermin kereta. aku banyak menyalahkan diri aku sendiri dan pada yang sama juga aku amat tidak dapat menerima hakikat yang kejadian itu terjadi keatas diriku. pada mulanya aku tidak mahu menelefon ayah, namun ku gagahkan jua.....

aku: "hello, ayah kat mana?"
ayah:" on the way balik rumah daripada office la ni"
aku: " ayah, pagi tadi ada lori batu dari arah yang berlainan, time tu adik bawak slow je 60 kmj and tup tup batu dari lori tu jatuh kena cermin depan"
ayah: "retak sikit ke retak banyak?"
aku: "retak sikit je"
ayah:" retak skit ke retak banyak ke, dua-dua sama je. tu la, ko tak cukup pengalaman tak cukup makan garam lagi, konon hebat sangat bawak kerata"
aku:"hhhmmmmmmmmmmm yela T___T (dengan nada sayu)"
ayah: "ape lagi gantilah sendiri, ganti kena ada 1.5k...pandai-pandailah ko"
aku:" btolkan sendiri? yela-yela........ (hampir menangis)

ayah dengan segera mematikan panggilan dan pada masa yang sama juga aku tergamam. pada waktu itu, aku teringat akan kisah lalu yang seumpamanya. begini ceritanya....

pada pagi hari yang sama iaitu hari isnin, aku longlai bangun daripada dibuai mimpi sambil ber'monday blues'. sebelum ayah pergi kerja (lebih kurang jam 7pagi) ayah sempat berpesan denganku, " nanti sebelum pergi sungai buloh, cek dulu bawah kereta ada kucing ke tidak."aku kedengaran suara ayah yang sayup-sayup namun aku sempat menjawab. "ye ye ye..tak lupa". setelah siap berkemas, aku menghidupkan enjin kereta. aku ingat akan pesan ayah agar memastikan kucing aku tiada dibawah kereta (tempat lepak kucing aku) agar apabila kereta bergerak nanti,semua kucingku selamat daripada tergilis. pada waktu yang sama, aku sempat menekan-nekan pedal minyak agar enjin berbunyi kuat "vvrrommmmm vrrroommmmm", dengan alasan untuk menakutkan kucingku lantas mereka bertempiaran lari dari bawah kereta dek ketakutan.
kakak kepada lily

pun kakak kepada lily gak

aku pun meneruskan perjalananku hingga sampai ke destinasi. sedang asyik mengadap komputer sambil membuat kerja, aku disergah dengan deringan telefon. kringgg kringggg kringggg, "eh ayah call, ada ape ni? pelik je waktu-waktu cam ni ayah tepon." dengan segera aku menjawab panggilan itu:


aku:"helloo ayah, ad pew?"
ayah:"pagi tadi sebelom pergi sungai buloh cek kereta dulu tak?"
aku" cek je... sampai vrrrommm vrroommmm lagi. pastu dok tonggek tengok bawah kereta tak ad kucing pun?'
ayah: "ko mesti tak cek betul-betul sebab Lili (kucing aku yang masih kecik tapi dah aktif bermain-comel giler) tak ada sekarang, sebenarnya dari masa ayah bagi makan tengahari die da tak ada. ingatkan Lily pergi jalan tapi sampai sekarang tak balik-balik. ayah rasa mesti Lily ikut pergi Sungai Buloh"
aku:"eh pagi tadi cek tak ad.sure tak ad yah..."
ayah: " ko bukak bonet tak? Lily suka duduk dalam-dalam kat bahagian enjin tu"
aku:terdiammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..
ayah:"tu la lain kali cek betul, tengok Lily kesayangan dah tak ad"


aku hanya mampu terdiam kerana pada firasatkuku, ini bukanlah salahku kerana aku dah pastikan dengan betul bahawa tiada seekor kucingpun berada di situ dan pada masa yang sama ayah seolah-olah marah kepadaku kerana padanya ini adalah kesalahku. aku hampir menangis dan pada malam itu, aku tidak memberitahu yang aku tidak pulang ke rumah (sebenarnya merajuk dan terasa ingin membawa diri).pada malam itu, berkali-kali mama menelefonku namun aku tidak menjawab panggilan itu. setelah banyak 'missed call', aku pun menjawab panggilan itu. ayah amat marah kerana ku tidak memberitahunya bahawa aku tidak pulang ke rumah (stay di kolej), aku tahu mereka risau namun perasaan merajukku amat membuak-buak hinggakan banyak panggilan yang terbiar. ayah berulang kali kali berkata ," adik ni belajar da tingggi tapi asam garam kehidupan masih tak cukup lagi. banyak lagi cabaran hidup yang masih belum adik tempuhi, jangan pandang remeh je." dengan segera ayah letak telefon. apalagi aku sedihla..... sebenarnya bukan niatku untuk menjadi degil seperti ini.....


pada keesokkan harinya, aku mempunyai urusan di shah alam. aku perlu bergerak awal dari SUNGAI BULOH ke SHAH ALAM melalui lebuh raya NKVE. dengan TIBA-TIBA, enjin kereta gagal dihidupkan.APAKAHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!... pada katika itu aku sudah kalut. minta bantuan dari ayah??? tidak sama sekali! (merajuk dengan ayah, so tak boleh mintak tolong, tak pun kena marah marah sebab ni urusan duniawi yang mana aku belum cukup makan garam). aku harus tiba di SHAH ALAM tepat pada jam 9 pagi dan jam telah menunjukkan pukul 8.25 pagi. namun masalah dapat diselesaikan dengan meminjam kerata orang lain. fuhhhhhhhhhhh..lega. namun kelegaan ini amat merisaukan aku, kerana kereta yang diberi pinjam itu adalah MANUAL dan enjin TURBO! oh no! can I survive????


kalau anda semua nak tahu,perjalanan tu horrible gle! asek mati je enjin die.. sebab aku da biasa bawa auto, bila bawak manual mulalah terhenjut-henjut macam kuda, mak ai turbo pula tu. sepanjang-panjang lebuh raya aku lah gadis paling HOT sebab bawak kereta semput-semput sengan keadaan yang JEM gile. bayangkanlah.. sepanjang perjalanan aku sangat kalut dan asyik pok pek pok pek je. takut weh..lagi-lagi bila stuck kat bukit mampus la aku nak main clutch dengan minyak, macam harimau MENGAUM sejauh 10 kilometer(bayangkanlah kuatnya). adeh..rasa malu ada, segan, HOT pun ada gak( pada masa yang sama akupun pakai baju merah, hmmm  mak ngah menyala la wei)


selesai urusanku di shah alam, aku pulang dengan hati yang lega kerana segalanya berjalan dengan lancar. hatiku tetap runsing, bagaimanakah aku harus pulang dengan enjin kereta yang mati?dengan terpaksa dan tiada pilihan lain aku menelefon siapa lagi kalau bukan ayah:


aku: "hello, ayah kat mana?"
ayah: "kat klang baru jemput mama balik kerja"
aku: "ayah nak balik rumah petang ni, tappiiiiiiiii enjin kereta tak hidup"
ayah: "tu la semalam tak nak balik!, ada pentingnya kalau ko balik rumah, ayah boleh cek kereta tiap-tiap pagi. apa yang rosak apa yang tak ok, tengok bila ko tak balik macam mane ayah nak cek?"
aku :" so, ayah nak datang tak?"
ayah:"datang mana? buat apa"

aku:"sungai buloh la kan kereta tak hidup"
ayah: " buat apa ayah nak datang. betulkan sendiri selagi kereta tak hidup selagi tu jangan balik"
aku: "yela-yela"


pada ketika itu aku berfikir mungkin ayah hanya bergurau, mungkin dalam masa 45 minit akan tiba di sungai buloh...jadi tak perlu risau. hmmmm hari da makin senja da 2 jam sudah berlalu. ayah betul-betul marah ke? sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaa..T__T ayah tak datang pun. aku mengambil inisiatif lain untuk memohon bantuan dari kalangan sahabatku. HHHHAAAA.... mungkin si F ni dapat tolong aku, sebab dia kerja kat fire fly so expert la bahgian enjin-enjin ni. apalagi aku terus menelefonnya. dipendekkan cerita, aku kalau boleh nak setel masalah kereta ni malam tu jugak sebab aku nak tunjukkan kat ayah yang aku boleh buat.tapi, si F ni dapat tolong dan datang sungai buloh hari esokknya sebab ada hal-hal yang perlu diutamakannya.
encik F yang gigih bekerja
aku dengan kalut, memohon bantuan daripada fellow kolej iaitu encik shidee. agak bertanggunjawab juga la fellow ni sebab dia yang tolong aku bawa jumpa orang bahagian pengurusan asrama untuk menyelesaikan masalah ini. lalu, en Ipin(pengurusan asrama) meng'kontek' semua kenalannya untuk membaiki enjin. dengan keadaan yang riuh rendah pada malam itu, dengan seramai 5 orang pak guard dan en. shidee(fellow) termasuk aku, manjalankan "jumping" antara kereta ku dan kereta turbo itu.pada masa yang sama ayah menelefonku:

ayah: " hello adik, kereta macam mane?"
aku: "sekarang tengah wat jumping"
ayah:"dengan kereta ape"
aku:"kancil tapi enjin turbo"
ayah:" dah tak payah, matikan je semua. memang la tak boleh sebab cc kerta lain.mustahil boleh buat. itu kereta ayah. so ayah tahu apa maslah die. ni sebab bateri die!"
aku: "yeke? so esok kena cari bateri kereta baru la. harga berapa nak model macam mane?", serious aku buta pasal enjin menjin ni...T__T
ayah: "esok pergi kedai cakap kat orang tu guna enjin cc 2.2.. harga dalam lebuh kurang rm160. nak ayah beli ke ko nak beli sendiri?"
aku:"yela adik beli sendiri.................." (dengan nada sedih ingin meminta simpati namun tidak dilayan)
fellow asrama, encik shidee

kereta dibiarkan tersadai di tepi jalan kerana aksi jumping meng-jumping itu gagal. ku berasa amat kecewa namun ku amat beterima kasih pada yang membantuku pada malam itu. pada keesokkan harinya encik F pun datang memberikan harapan terakhir agar aku dapat buktikan pada ayah yang aku bisa selesaikan masalah ini sendiri. encik F sampai pada waktu petang, pada waktu yang sama aku telah habis kelas. encik F pun mengecek-ngecek dan tindakan pertama adalah dengan menukar bateri keretanya untuk memastikan bahawa masalah utama enjin tak boleh di hidupkan adalah masalah bateri. dengan gigih dan tekun encik F membaikinya..almaklumlah orang kerja kat fire fly..tabek weh!!!! TERBUKTI bahawa bateri kereta bermasalah.

dengan segera mendapatkan bekalan bateri baru di bengkel-bengkel berhampiran. sewaktu di bengkel, alamak rambang mata la mana satu nak beli bateri ni....(walhal bateri kereta aje ok!). apa lagi telefon ayah macam mane nak buat:

aku:"ayah macam mana nak beli bateri ni..ayah kate rm 160..yang ada rm 2ratus lebih je"
ayah:"tengok cc kereta la...."
aku: :"yela nak beli yang maintaince free ke? nak yang sel basah? sel kering? serious aku da pening tak pahm tak paham." last-last aku suruh encik F cakap sendiri dengan ayah..HAA... senang cite ok!
encik F dan ayah:"@#$%^&*_)(*&^%$@#$%^&*()(*&^%$#@$%^&*()(*&^%$%^&*," eh F ni cakap apa lama gile, kate nak cakap pasal harga. ni asyik cakap ye ye ye ye je..alah lantak la..janji kereta selamat
ayah: "nanti jangan lupa bile da beli, time nak pasang bateri tu balik, kena pastikan anod dan katodnya..pasang bateri ikut warna JANGAN SALAH! nanti shot kereta tu da rosak the whole system engine. dah rosak kena lagi rm 2 ribu!
aku:"OMG!!!! gila la...tak pe suh encik F la...die terer...

sewaktu pulang ke kolej tempat keretaku tersadai, sempat lagi aku korek rahsia pe yang si F ni dok cakap "ye ye ye". rupa-rupanya mengumpat aku la tu.. si F terlepas cakap, die kate yaang ayah aku ni garang dan asyik kate yang aku ni kurang lagi makan garam, tak cukup lagi pengalaman hidup da bla bla bla.... hmmmm.. memang aku kurang makan garam pun, ni la tiba masanya makan garam lebih sikit!

setibanya dikolej, encik F meneruskan kerja-kerja amal jariahnya... HIDUPPPPPP PUN KERETA. YES!!!! boleh balik rumah. HEBAT SUNGGUH! hiha... ku amat berterima kasih dengannya. "terima kasih daun keladi, lain kali mintak tolong lagi,ok?,"

lega....satu masalah selesai tanpa melibatkan ayah hanya berkomunikasi di talian sahaja. OOpppppsssss.. berbalik pada kisah cermin yang pecah tu...hmmm rasanya takut gila..mana aku nak cari rm 1.5k..adoiiiii..

tiba-tiba aku mandapat telefon daripada ayah pada lewat petang:

ayah: "hello adik, yang pasal kerata pecah cermin tu biarkan dulu, nanti ayah uruskan"
aku:" ye ye ye (nada sedih walhal hati gembira sebab aku selamat!!!!)
ayah: " ok da.bye"

aku pemandu berhemah!
hehheeee...... selamat selamat selamat hingga tak terkata apa.pada firasat aku. mungkin nak claim insurance kowt la....... FUUHHH~~~~ makin jahanam benda yang ada kat tangan aku ni..

jangan lupa nantikan sambungan alkisah hindustan si daun pisang~~~~

5 comments:

Miss F said...

garang gle ayah ko huhu

dunia nurul said...

kesimpulannye: aku comel...mekaseh

dedey said...

miss F: hahhaaa..anaknya degil
nurul: nak aku tunjuk muka depan ko ke?lg comel kan

Kembang Perawan 3288 said...

ko bwak kreta elok2 la.hoho dpan prents kne berhemah. ayahko dh tua mmg kuat mrah mcm wak din sabar je la.kalo tepon tu nk tengking2.wak jain ok lagi lah.huhu cuma mmg kalo kreta rosak ak tepon mak ak... haha bia mak ak uruskan ckap ngn ayah ak.. wajib dtg UKM papehal... ari tu kali kedua bteri abes... ak x suh ayah ak dtg.tp suh bank in dwet.ckap kt kdai je mntak bateri kering @ bteri basah... elok bteri basah kalo dwet xde... murah skit.bteri kering mahal tp tahan lame... huhu ko nk cas kreta pon kne pkir2 weh kreta mne yg ko nk cas tu haha x yah kot pkai kancil mmg x sama lgsung.huhu better ngn MPV ke. huhu. better xyah ade moto... bek mntk je kreta awal2 dulu... dpt viva ke myvi ko leh survive sndiri.. rosak kite pk sndri.hahahahah

dedey said...

btol2.. da pertengahan umur agaknya...buat pengetahuan ko arbi..mak aku baca blog ni..harap-harap boleyh juga jadi orang perantaraan..sejuk sikit... sekarang aku da pandai la bab2 kereta moto.. selagi tak kene mane nak tau weh~~~hehhehheee