ketika tersedar daripada tidur, aku merasakan badan ini terlampau lemah dan tidak bermaya untuk bangun apatah lagi untuk menggosok gigi dan mandi. hendak buka kelompak mata pun tak larat rasanya. aku hanya baring diatas katil di asrama kolej. "aku rasa aku kena pergi berurut la......," mana tak nya badanku amat-amat sakit terutamanya dibahagian leher. aku baru teringat yang mana nurul sangat pandai mengurut. lalu ku bertandang ke biliknya untuk melegakan sengal-sengal badan akibat kemalangan yang lalu.
mak aiiiii...kuat sungguh nurul mengurut. SANGAT SAKIT.SANGAT TIDAK TERTAHAN!... tuhan sajalah yang tahu, hampir menangis dibuatnya. setelah selesai berurut, aku pun pulang ke bilik semula, namun kesakitan itu tidak berkurang malah makin bertambah. pada waktu petang itu, nana, sahabat baikku ketika di matrik johor ingin singgah ke bilikku lantas ku menyuruhnya untuk mengurutku juga...nasibla korang sapa yang datang bilik, memnag aku suh korang urut aku...pada masa ni lah terbayang-bayang abang camry tu kan...segala kesakitan hilang untuk sementara waktu.
pada malam selepas kejadian, aku amat risau akan LC hinggakan aku mengabaikan kesihatan sendiri. yelah mana taknye LC bau kedai lagi da excident, ni semua gara-gara aku. selepas waktu isya', aku cuba betulkan alignment handle secara manual dengan hentakkannya ke tembok, namun tidak berjaya dan membuktikan bahawa kerosakan alignment itu sangat serius. aku mencuba menghidupkan enjin moto dan cuba "round-round" kawasan sekeliling, namun aku merasakan LC tidak seperti dulu. macam da rasa "keras" sikit dan tak "smooth" seperti dahulunya.
BKS 255! |
kos untuk membaik-pulih semula LC adalah lebih kurang RM150...mahal jugak la.. untuk alignment da RM100, pastu tukar cermin sisi yang pecah lagi. time ni aku nak ganti semua barang baru kepada yang original(YAMAHA) sebab aku tak mahu ayah perasan yang LC pernah mengalami kemalangan yang teruk. bahagian handle pun aku tukar besi die daripada warna hitam kepada warna emas. pastu body LC memang calar habis! aku mcam nak tukar body tue je..tapi bapak MAHAL dan takde stock, so aku redha je.. asalkan LC hensem seperti dahulu aku da cukup bahagia........
rajin-rajin jumpa doktor! |
doktor: "sakit kat bahagian mane?"
aku: "sakit kat bahagian bahu Dr. sebab haritu excident jatuh moto kat bukit sampai terguling-guling"
doktor: "kenapa lepas excident tak datang sini?"
aku:"time tu hujan Dr, lagipun badan tak sakit sangat sakit. luka-luka kecik dan ada lebam sikit"
doktor:" kita kat pusat kesihatan memnag selalu terima kes macam ni, bahaya kalau tak cek awal takut ada pendarahan"
aku:" yeke doktor?"
doktor telah memeriksa nadi, denyutan jantung dan tekanan darah, keputusan menunjukkan bahawa aku dalam keadaan yang normal NORMAL doktor mengatakan otot-otot dibahagian bahu telah koyak akibat hentakan dalam kemalanagn yang lalu. doktor menyuruhkan untuk mengambil suntikan tahan sakit. aku pulang ke kolej dengan hati yang tenang kerana tiada masalah yang serius.
bercakap mengenai jejaka CAMRY, aku tidak pernah jumpa dan terserempak sehingga ke hari ini. pernah aku cuba untuk menjejakinya namun, amat sukar..... TERIMA KASIH ku ucapkan untuk segalanya....
jem ketika pulang ke rumah. nampak je camry terus snap pic..huhu |
2 comments:
ayat dedey masa diurut: ok2, kat situ... a ah, sakit, tp leh tahan... (lalu aku tambahkan tekanan mengurut) oh, nakalnya aku... ngehehehee
boleyh tahan ko weh urut! siyes..sakittt..
Post a Comment