Friday 18 March 2011

gelora jiwa dan Tsunami

letupan di Jepun kesan daripada gempa bumi dan Tsunami
berita gemba bumi di Jepun amat menggemparkan seluruh dunia apabila Tsunami 8.9 magnitud menghempas pesisiran pantai timut laut Jepun dan antara yang terburuk dalam 140 tahun. sehari selepas kejadian tersebut, dimaklumkan bahawa terdapat letupan dan kepulan asap kelihatan daripada loji tenaga nuklear Fukushima Daini.

kerajaan Jepun memberi amaran wujudnya cairan di reaktor nuklear yang rosak ekoran gempa bumi dan tsunami  tetapi berkata, risikonya kecil.Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kabinet Jeoun Yukio Edano kemudian mengesahkan satu letupan dan kebocoran radiasi di loji tersebut. pengosongan jarak 10 km daripada tempat kejadian telah diambil sebagai langkah berjaga-jaga, namun setelah beberapa langkah keselamatan telah dipertingkatkan agar pengosongan di tambah ke 20 km. selain daripada itu, berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta tidak keluar rumah, tidak minum air paip dan perlu menutup muka mereka dengan topeng pernafasan ataupun tuala basah sebagai langkah berjaga-jaga. tambahan lagi,kira-kira 140,000 penduduk telah dipindahkan dari sekitar Fukushima.

rentetan daripada tragedi Tsunami itu,dua reaktor telah hilang keupayaan mengawal tahap kedinginan dan cairan kemungkinan berlaku di salah satu reaktor disebabkan suhu terlalu tinggi, kata Ryohei Shiomi, seorang pegawai di suruhanjaya keselamatan nuklear Jepun. sehubungan dengan itu, Tokyo berusaha mencegah sebarang peleburan di tiga buah reaktor loji nuklear di Fukushima dalam satu insiden nuklear terburuk sejak bencana Chernobyl di Ukraine pada 1986.Crick berkata, peleburan sebahagian bahan radioaktif di loji Pulau Three Mile di Amerika Syarikat (AS) pada 1979 diklasifikasikan lebih serius berbanding insiden di Jepun berdasarkan skala antarabangsa walaupun ia hanya membebaskan jumlah radiasi yang kecil.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, risiko ke atas kesihatan dari loji-loji atom Jepun terbabit masih rendah. more info sini dan sini

walaupun begitu, masih lagi terdapat risiko walaupun ianya rendah. bak kata pepatah " lebih baik mencegah daripada mengubati". ada khabar angin bahawa, pencemaran radiasi akan menyebabkan kejadian hujan asid. Di, Malaysia, pakar bahagian kesihatan dan keselamatan radiologi telah memberi amaran kepada penduduk agar sentiasa berada di dalam rumah atau bangunan, kerana mendakwa bahawa kejadian letupan di Jepun boleh mengakibatkan hujan asid.namun, Prof Ahmad Termizi Ramli,  Universiti Teknologi Malaysia daripada fakulti fizik, mengatakan bahawa letupan di Jepun tidak mengakibatkan perlepasan bahan radioaktif ke udara. more infro sini. dimaklumkan di TV3 sebentar tadi, kadar radiasi di Malaysia masih lagi di tahap minimum dan selamat.

hujan ketika pulang seperti hujan di dalam hati
hari ini hujan, mengingatkan aku kesan letupan di Jepun yang mana risiko radiasi mungkin akan terjadi. namun, setelah di beritahu oleh pihak-pihak bertanggungjawab bahawa Malaysia masih lagi dalam keadaan yang selamat, aku boleh manarik nafas lega yang mana membolehkan aku untuk pulang ke kampung. rupa-rupanya cuaca hari ini bagaikan sudah dapat membaca fikiranku yang sedang bermuram durja. seolah-olah tidak bertenaga walaupun tengahari aku dah membaham lauk ikan dan daging( terlebih dari cukup tu khasiat die). tidak seperti selalu yang mana aku amat suka memandu ala-ala "drifter". potong sane-potong sini, brek sane-brek sini, pecut sane-pecut sini, cukup mencabar. namun pada waktu petang dengan hujan yang lebat, meruntuhkan jiwaku untuk memamdu seperti biasa  kerana kalah dek kerana perasaan hati.

McD hanya dipinggiran
Mcd!!! makanan kegemaranku..... setiap kali balik, biasanya aku akan singgah, at least beli sundae choc + fries!! sedap~~~ korang patut cuba kombinasi ni. tetapi xad mood nak beli harini, sedondon la sangat dengan jiwa yang tak tenteram ni.
kesian dengan insan yang kebasahan dalam hujan
dah kate peminat extreme McD...sticker pelekat VIP mesti kena ad tau! any purchase rm 20 and above ad dapat makanan free contoh macam apple pie atau fries.. YIHAA! cuba tengok betul-betul kat gambar atas tu. dah la hujan lebat masa balik, ada pulak lori rosak kat tengah-tengah jalan, kat tonggek bukit plak tu..nak ikutkan hati aku marah sangat dengan lori sebab menyebabkan cermin depan kereta aku tu retak. tapi..bila aku tengok driver tu..raa sedih pulak..Kesian die.....
rumahku syurgaku

setelah 1 jam perjalanan, tepat pada pukul 6.53 petang aku pun sampai rumah. tutup je enjin kereta aku rasa LAPAR gile.. rasanya rugi tak singgah pergi DRIVE THRU..... alahai kurus ke aku walaupun tak makan? apakah yang telah berlaku kepadaku hari ini. mengapakah aku tak seceria seperti yang selalu....