Saturday 5 March 2011

gian (2)

sambungan drpd gian (1)......

"WAHHHHHH! hebatnya orang tu bawak kereta. laju dan sangat cekap," hatiku terdetik. aku SANGAT tak berani. mulalah berangan-angan nak ada driver sendiri. heeeeee... well, never try never know girl. just keep trying and take any difficulties in your life as your challenge and always believe in your self. there must be something special in you that others dont. even though how hard it is, you have to face it!semangat SEMANGAT!!

alkisahnya, ketika menuntut ilmu semasa undergrad.. aku duduk asrama sejak sem 1. biaslah budak baru, budak mentah, fikiran baru dan tak tahu apa-apa. yang tahu hujung minggu MESTI nak balik sebab homesick (walhal rumah dekat je, 15km dan antara geng2 kelas, rumah akulah yang paling dekat). kalau kawan-kawan ajak hangout on weekends sah-sah aku akan tolak.( family 1st kononnya).

jikalau anda mendapat kemudahan kolej, dilarang keras membawa kenderaan. hurrmmm slogan memang cukup bermakna kat kampus ni. SANGAT sesak!! nak bernafas pun susah. jalan raya sempit tetapi kenderaan amatlah banyak. concept physic can be applied in this situation, "when velocity decrease, pressure would be increased (promoting science is fun..=)) yela mane taknye, jem sane jem sini..hhmm nak je shout out kat para pemandu agar bawalah roti sebab jem da banyak. hahha..ok tak lawak. student yang mendapat kemudahan kolej(kawasan dalam kampus) hanya dibenarkan membawa motosikal, kalau tidak jadilah penumpang bas tegar! I LOVE RAPID KEY EL! ( tangan kat dada, mata sambil pandang atas)
jikalau anda penumpang bas tegar, anda dikendaki bangun dan bersiap untuk ke kelas lebih kurang 2 jam awal. significant nye di sini adalah:

1) tidak mahu rebut-rebut naik bus
2) mahu elakkan kes tersepit kat pintu bas kesan daripada rebut-rebut naik bus
3)tidak mahu berpeluh-peluh ( bus rapid hanya berhenti kat tempat-tempat tertentu, nak ke fakulti terpaksa jalan kaki. yang begitu azab adalah kena jalan kaki sejauh lebih kurang 1/2 km dengan keadaan struktur jalan yang berbukit tonggek. PENATpenatPENAT. SANGAT menguji stamina)-hari-hari nangis dalam hati.
4)aku adalah budak skema. duduk kat depan. hehhheeeeee.... ( duduk kat depan tapi tidur jugak..aiyooo)

pejam CELIK pejam CELIK, sudah hampir dua tahun setengah aku naik bus, turun bus, naik bukit, turun bukit, naik tangga, turun tangga. sungguh gagah! tetapi malangnya berat badan aku maintain je. mane tidaknye, dah penat pergi balik kelas, sure lapar...apalagi MAKAN. makanlah selagi ada rezeki dan boleh makan. enjoy your life (hehhheheee...)but remember friends, makanlah untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan ok! PEACE!

mukaddamah panjang giler..... baru nak masuk point ni....sedia..ok!
sem akhir..sem akhir.. hurmm.. baru tergerak hati nak ada moto, kan senang nak pergi kelas. boleh bangun lambat. tak yah rebut-rebut bas yang macam sardin tu... haaa!! kat rumah ada moto sebijik. TAPI...agak uzur cukuplah janji cukup sifat, dapat bergerak dan memudahkan. pernah terfikir dalam hati yang mane aku nak ubah suai moto tu jadi cantik. heeeehheee pakai duit sendiri tak mintak duit orang lagi lagi-lagi duit mama dan ayah. TAPI, aku ada masalah utama kat sini, AKU TIDAK ADA LESEN MOTOSIKAL B2. T________T. nangeslah sampai air mata darah sekalipun. tak kemana pun. huh! macam mane ni!!!!

RILEX!setiap masalah pasti ada jalan. at that time, dah ad lesen penuh kelas D. so, kalau nak ambil lesen kelas B2, kne datang kelas amali for once. no need to sit undang-undang! yiha..harapan semakin cerah. ok. telefon pusat memandu, bayaran yang dikenakan untuk hidupkan lesen L B2 lebih kurang RM 200. sekarang, masaalahnya adalah BIG BOSS! big boss tak kasi bawak moto alasan beliau adalah:

1) im a girl
2)im a girl
3)im a girl


tu je... big boss suruh naik bas je. sedih SEDIH sedih. proposal di tolak bulat-bulat. strategi yang seterusnya adalah, buat cerita sedih dan minta simpati.. AKHIRNYA dengan menggunakan skrip " ayah, nak moto, nak moto, moto buruk pun jadilah. penatlah naik bas. tak pe, ayah jangan risau segala bayaran pasal ambek lesen akan ditanggung sepenuhnya oleh adik (aku la tu). ok?!. janji tak bawak moto laju. janji berhati-hati. JANJI akn bawa moto dengan selamat. heeeeeeeee.....". ayah terdiam tanpa respon. tak kira aku nak gak amek lesen ni.

dipendekkan cerita, "kring kring kring," telefonku berbunyi. "hello adik, da dapat lesen blom?;" ayah menanya. aku menjawab,"belom lagi ahad baru siap". pada ketika itu adalah hari jumaat. pada hari yang sama pula pada sebelah malamnya, mama telefon dan bergosip denganku, JENGjengJENG. "adik lambatnya lesen "L" tu nak siap, tak bayar ke?. "wwoohhooooo... bayar la mama cuma lambat sikit," jawabku. mama meneruskan perbualan, "LAMBATNYE....... macam mana nak bawak moto kalau lesen tak ad. moto da ad kat rumah ni, ayah baru beli. "AAAAAAAAAAAAPPPPPPPPPPAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!! aku sangat terkejut!! wahhhh..tak sabar nak hari isnin. waahhhh! AKHIRNYA berjaya!hehheee... bila balik rumah apa lagi sibuk mengeTEST moto nak bagi selesa. aku ingat dapat moto lama ayah pun da cukup bersyukur.. tetapi ini yang ku dapat BKS 255. 
pada hari ahad, kami bertiga, ayah mama dan aku. ayah masih tak percaya nak lepaskan aku naik moto tu. so, ayah yang naik moto tu dr rumah smpai shah alam. aku bawak kereta, macam biasa mama jadi tuan, bos  untuk jadi penumpang tegar. ahirnya sampai dikolej. wah! banyak dan panjang lebar ceramah keselamatan ayah ni. hihii.. tu tanda nya sayang and risau la. moto harus dikunci digari la...macam-macam btol.pada hari pertama. fffsssuuuuuuuuuuuuhhhhh.. gagah sungguh moto ni menyusur atas jalan raya. hensem sungguh moto ni, tapi lagi hensem student engine yang bawak moto. hikhi... its normal for a girl like me being attracted to a guys thus showing im not a lesbian. proved! hahha...

namun langit tidak selalunya cerah ataupun ku sangkakan panas hinnga ke petang rupanya hujan ditengahari.
pada ketika itu hujan sangat lebat. kalau nak tahu lebatnye macam mane, apabila hujan turun, kena bahagian permukaan kulit pasti sakit seolah-oleh ditusuk jarum atau duri. pemandangan juga sangat kabur oleh kerana terlampau lebat. kelas tamat pada jam 6 petang, kelas seterusnya pada jam 8. aku terdetik dan berkeras mahu pulang ke kolej oleh kerana lapar, ingin menukar pakaian dan solat dibilik. ketika keluar daripada kelas, hujan hanya rintik-rintik dan semakin lebat. dengan cepat, aku membuka rantai moto, letak buku dalam bakul dan pakai baju hujan. jangan lupa pakai helmet!

hidupkan moto gne starter, malas gen kaki. vvvrooooooooooooooooommm.... turun bukit. ketika itu aku memakai kasut tetapi sudah dipenuhi air oleh kerana hujan lebat. aku sangat perihatin akan kenderaan yang ada dibelakangku dan yang palig jelas adalah BAS RAPID KL. dengan pandangn yang kabur, aku terlepas pandang ada bonggol ketika menuruni bukit. lantas, dengan segera menarik brek tangan dan juga brek kaki. sungguh tidak ku sangka aku seolah-oleh TERBANG DI KAYANGAN........ bersambung.

2 comments:

Kembang Perawan 3288 said...

gigih ko taip. well done

dedey said...

baru mula semangat lebih..ko dah pro..hehe...