Sunday 13 March 2011

jom ke dapur!!!

first time cuba, inilah hasilnya..hehhehee


HOME MADE FRUIT TART

kalau singgah shah alam, perkara pertama yang aku mesti buat adalah singgah kat bakeri ground floor,  tak sure name die ape, tapi kedai tu jual tart yang sangat sedap! muffin choc die pun sedap. harga die lebih kurang RM 2.90.. ikut la jenis dan saiz. kalau asyik beli je hari-hari pokai jugak seems income pun tak ada. oleh itu, mulalah tergerak hati nak cuba buat satu. mula-mula mesti la pergi shopping barang. tak ada spesifik tempat nak shop barang-barang bakeri pun, pergi tesco pun da cukup. as a first timer, belajar dari interenet, dari kawan-kawan jugak.....

jadi inilah barang yang perlu anda beli:

sebelum tu, kita kena bahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk buat pastri dan filing(toping):

~~~PASTRI~~~

1)500G TEPUNG GANDUM
2)1 BIJI TELUR AYAM
3) 2 SUDU BESAR GULA HALUS
4) 2 SUDU BESAR MAJERIN

~~~FILLING~~~

1) 4 SUDU BESAR TEPUNG CASTARD
2)500 ML SUSU
3) ANEKA BUAH-BUAHAN

cara-cara membuatnya:

1.   Cara membuat pastri. mula-mula, ayakkan tepung.

2.   masukkan majerin dalam mangkuk dan kacau sampai lembut, kemudian tambahkan gula dan pukul sehingga putih.

3.   masukkan telur kuning. kacau dan adunkan sehingga sebati. tambahkan sedikit esen vanilla

4.   kemudian masukan bahan-bahan yang telah diadun sebati kedalam tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau. tambah garam sdikit ikut cita rasa.

5.   masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehinnga jadi doh. uli sehingga jadi bentul bulat dan simpan dalam peti ais lebih kurang 2 jam sebelum digunakan.

6.   canaikan doh ke dalam cutter.bakar selama 10-15 minit dengan suhu 180 degree atau sehingga pastri nampak kuning/perang.

7.  cara buat filling. masukkan susu segar dan tepung castard ke dalam periuk dan panaskan atas api yang kecil untuk lebih kurang 15 minit. atau pun sehingga cecair menjadi likat. tambahkan sedikit gula dan garam sebagai perasa.

8.   buah-buah terpulang ikut citarasa masing-masing. kombinasi warna oren, hijau dan merah menjadi pilihan warnaku. aku pilih buah oren, kiwi dan strawberi. boleh potong buah tu kecik-kecik dan comel-comel.

9.  letakkan filing dalam satu sudu besar ke dalam pastri tadi dan hiaskan mengikut cara anda sendiri.

10.  masukkan dlam peti ais biarkan ia sejuk dan sedia di makan atau dijadikan buah tangan ;)



wahhh!!! walaupun first time buat bejaya la jugak sebab dengan adanya sepupu yang hebat memasak, safika nama die.! a big thank to you girl! lepas siap wat tart ni, aku bawak pergi fakulti suruh kawan-kawan rasa. dan responnye amat positif! ok lainkali aku nak cuba wat lagi~~~~~lets try!aku ada cuba wat cheese tart..boleyh tgok kat sini. ada resipi jugak kat komen-komen tu..hehhee... PEACE and KEEP SMILING!

4 comments:

Nazar Ito said...

wow sedapnyer.....bg la cikit....hahahaha

rafidahfadzilla said...

interesting! HEHE, nanti boleh la try . :)

Sal~Asyraf said...

Cik dedey syg~ cutter tuh menatang apa?hehe

dedey said...

naza: hehehe..boleh2...
rafidah: cuba jgn xcuba..ok! =P
nana: cutter tu tempat acuan nak buat pastri tu...ada kat link fb, warna die silver...